Khamis, 15 Januari 2015

Istilah Umpan Power Tongsan Sisik Halus

Hi.. bertemu kembali kita pada artikel kali ini yang mana saya rasa amat dinanti-nanti kan oleh para Pembaca juga Abang Pancing ( kaki pancing ), Ramai juga para pemancing yang bimbang untuk menyatakan atau mengongsikan istilah umpan power ini.

Saya juga faham bukan mudah untuk mendapatkan umpan yang betul-betul disukai oleh si ikan tongsan ini, terus terang saya katakan saya bukan lah seorang pemancing yang profesional namun begitu dengan berbekalkan pengalaman yang ada, sedikit sebanyak dapat membantu menceritakan sedikit keadaan serta gambaran sejauh mana apa yang di maksudkan ' Umpan  Power '

Dari pengalaman yang saya faham waktu itu ialah, umpan power ini bukan sejenis umpan power berkuasa dan kuat akan tetapi kenapa ia digelar umpan power? Umpan power bermaksud, umpan yang kita bancuh benar-benar menepati selera ikan tongsan sahaja, maknanya umpan tadi hanya di sukai oleh ikan tongsan sahaja, ini lah yang di gelar umpan power.

Umpan tadi hanya disukai oleh ikan tongsan dan tidak disukai oleh ikan jenis lain. kita memburu ikan tongsan dan kita akan dapat ikan tongsan,itu lah umpan yang akan di panggil umpan power. Namun begitu segala- gala rezeki kita pada hari itu adalah TUHAN yang menentukannya. Umpan Power adalah umpan ikhtiar dari kita. Kalau dah rezeki kita pada hari itu, insyaallah tetap hak milik kita.

Namun begitu umpan ikan juga merupakan asas kepada perkara penting untuk memancing, kalau tidak ada umpan macam mana nak memancing betul tak..??

Banyak juga saya mendengar dan banyak juga saya dapat tahu dari pada mulut pemancing-pemancing ikan tongsan ini yang banyak mengatakan " Lain Padang Lain Belalang " Pernah tak anda mendengar ayat seperti ini?

Dari pengalaman yang pernah saya tempuhi selama bertahun berkecimpung dalam sukan memancing atau juga aktiviti memancing ini, apa yang saya tahu pasal umpan ikan tongsan ini, boleh dikatakan umpan yang kita gunakan adalah sama umpan nya dengan pemancing - pemancing yang lain di mana-mana kolam pancing tersebut. Yang membezakan umpan kita dengan umpan pemancing lain adalah SETING & RENCAH umpan kita dengan umpan pemancing lain.

Contohnya

SETING : merupakan timbang, gram, level bau, berat umpan, ml air, cara bancuhan.

RENCAH : merupakan campuran umpan, perasa, jenis dedak/palet/, jenis jenama produk yang digunakan, umpan tambahan, jenis-jenis pewangi ( isen ), segala macam bentuk tambahan lain dari umpan asas tadi.

Ini yang membezakan umpan-umpan kita tadi dengan pemancing-pemancing ikan tongsan yang lain.

Baiklah kita sambung balik pasal topik " Lain Padang Lain Belalang " sebenarnya kalau ikutkan memang tidak ada istilah seperti ' lain padang lain belalang' sekiranya seting kita adalah tepat dan disukai ikan-ikan kolam bayar. Mungkin maksud para pemancing tadi itu adalah berkaitan seting umpan .contoh macam ini.
Kita sering juga memancing ikan di banyak tempat dan kolam, banyak kolam kita pernah kita turun dan memancing setakat ini, betulkan..?? Yang membezakan adalah disitu nanti adalah :

1. Air
2.Suhu
3.Ph.
4.Koloni Ikan.
5. Kandungan Neutral Galian Tanah
6. Keadaan dasar kolam
7. Populasi Ikan disitu.
8. Bancuhan umpan kita.
9. Jenis air
10. dan banyak lagi kategori yang perlu di ambil kira.
11. Penggunaan dedak yang di ajarkan kerap oleh pemancing-pemancing kolam disitu perlu di ambil kira.

Ini adalah kategori dalam jenis-jenis seting umpan tongsan kita tadi, bukan mudah k.semasa kita memancing disitu kita kena rajin selidik Rencah - rencah umpan yang kerap digunakan dikolam tersebut.

Kebanyak pemancing-pemancing kolam di seluruh malaysia hampir menggunakan umpan yang sama, yang membezakan adalah seting dan rencah sahaja. Jadi bagi saya tidak ada lagi istilah " Lain Padang,Lain Belalang ".

Namun begitu umpan yang paling mencabar bagi saya setakat ini, adalah umpan ikan tongsan liar, di mana terdapatnya empanga, lombong-lombong tinggal, lombong pecah, dan tasik. Kalau umpan seperti tempat-tempat tadi memang saya akui belum lagi menjumpai umpannya.

Maklumat yang saya kongsikan pada hari ini adalah berkaitan tentang umpan tongsan power kolam berbayar sahaja.

Sekian dulu artikel saya kali ini, diharapkan semoga artikel saya ini sedikit sebanyak dapat membantu kepada geng-geng pancing di malaysia, sekiranya ada silap dah salah dari saya harap dapat di maafkan, sekian terima kasih.