Ahad, 24 Mei 2015

Teknik Memancing Dasar Menggunakan Batu Ladung Saiz No.1


Hi...Kali ini saya akan mengongsikan teknik memancing menggunakan Batu Ladung bagi menjerat ikan tongsan sisik halus yang begitu licik mencuri umpan kita, bukan mudah untuk mendaratkan ikan tongsan yang bersaiz besar yang begitu licik dan cerdik. 

Ikan Tongsan yang bersaiz 10-22 kilogram adalah kategori ikan tongsan yang bersaiz besar yang licik menyedut umpan pemancing, ia makan tidak gopoh berbanding ikan tongsan yang bersaiz 9 kilo ke bawah. Ini membuatkan para pemancing ikan tongsan gelisah di kolam, ikan tongsan yang bersaiz besar akan menyedut umpan pancing mengambil masa yang agak lama sehingga mencecah 1 hingga 3 jam lamanya.

Para pemancing harus bersabar dengan karenah ikan tongsan yang bersaiz besar ini, jangan cepat menarik pancing sekiranya kita sudah lihat tanda-tanda ikan ini sudah masuk ke lubuk kita membalingkan umpan kita, jika ikan ini sudah masuk terlihat gelombang air di kawasan di mana kita membalingkan umpan tadi jadi kita harus menunggu seberapa lama yang boleh.

Kita dapat melihat apabila straw atau signal ikan kita sudah turun dengan lembut ke bawah apabila ikan ini sudah mula menyedut umpan kita, ikan besar ini sangat licik, jika tali pancing kita turun secara perlahan-lahan dah berhenti, apa perlu kita buat adalah kita mesti sentiasa di dalam keadaan berjaga-jaga sebab tidak lama lagi tali pancing kita akan di tarik deras oleh ikan ini.

Kita mesti menegangkan berkali-kali tali pancing kita apabila tali pancing kita kendur berkali sehingga mata pancing benar-benar berada dan mengena mulut ikan ini, Jika tali pancing turun dengan lembut dan tali pancing naik semula separuh tegang kita dah boleh sentap pancing kita.

Sebenarnya apabila tali pancing tuan-tuan sudah kendur, mata kail  sudah berada di dalam mulut ikan  itu, hanya tunggu masa ikan itu menarik sahaja tali pancing kita.

Teknik ini jika memancing dasar di kolam berbayar, ramai juga yang tidak tahu sebiji umpan tongsan yang dikepal di spring ini boleh bertahan selama 3 jam di dalam air atau di dasar kolam, benar kalau di ikutkan umpan-umpan yang di kepal di spring sudah mula lerai sepenuhnya namun begitu umpan-umpan tadi masih lagi berada di bawah spring kosong tadi dan masih tidak hilang di dasar kolam, ikan tongsan terpaksa juga menyedut umpan ini walaupun umpan di spring tadi sudah 1 jam terlerai dari spring, jika ketika itu ikan tongsan sudah masuk di kawasan kita dan kita rasa umpan ini sudah habis spring dan dengan serta merta menarik spring kosong ini maka peluang untuk mendaratkan ikan ini memang tidak akan berhasil sepenuhnya, ini yang saya katakan ikan tongsan bersaiz besar begitu licik mencuri umpan.

Untuk ikan tongsan yang begitu licik ini kita perlu menggunakan batu ladung bersaiz nombor 1 di ikat di pin pancing kita lihat seperti gambar di bawah ini.




Saya terpaksa menggunakan batu ladung ini untuk mendaratkan ikan tongsan yang bersaiz besar yang begitu pandai mencuri umpan dan begitu lama menyedut umpan. Fungsi batu ladung ini sangat banyak ;

1. Batu ladung berfungsi menahan umpan kita dari bergerak jauh apabila umpan kita di tarik atau disedut ganas oleh ikan, jadi umpan kita tidak akan bergerak kemana-mana dan sentiasa berada di situ maka umpan kita masih selamat di bawah spring bila umpan ini sudah terlerai dari spring.

2. Jika terdapat batu ladung ini, kita dapat menjimatkan umpan kita dan kita boleh membiarkan umpan tongsan kita sehingga 3 jam lamanya di dasar kolam, manakala signal straw berperanan sebagai isyarat menandakan ikan masih lagi berada di umpan kita jadi kita tidak perlu menarik pancing untuk mengantikan umpan baru, apa perlu kita buat adalah hanya menunggu dan menegang tali pancing itu sahaja.

3. Dengan adanya batu ladung ini, kita dapat menegangkan tali pancing kita yang sudah kendur apabila di sedut ikan yang mahir mencuri umpan, jadi kerja kita mudah dan jimat masa dan tenaga.

4. Dapat meluruskan tali pancing setiap kali kita melabuhkan umpan dan tidak perlu menunggu masa yang agak lama sewaktu ingin menegangkan tali pancing.

5. Batu ladung ini juga secara otomatik bertindak sebagai penahan mata kail dan secara otomatik menyakutkan mata kail di mulut ikan dan apabila mulut ikan membuat pergerakkan secara perlahan hujung mata kail sudah tertanam di mulut ikan di kawasan yang lembut, jadi kita mesti memeriksa mata kail kita setiap kali turun memancing ini kerana kita tidak tahu sama ada mata kail kita masih tajam atau tumpul. Disetiap mata kail yang baru digunakan kita dapat melihat jarum halus yang sangat tajam, jarum halus ini lah yang amat berbahaya dan batu ladung ini lah membantu mata pancing tajam ini dan secara otomatik mencucuk mulut ikan di kawasan yang lembut itu tadi.

Saya berharap mudah mudahan dari perkongsian teknik ini dapat membantu para pemburu tongsan sepenuhnya, jadi gunakan lah batu ladung ini sebagai senjata para pemancing untuk mendaratkan ikan tongsan yang bersaiz besar yang begitu licik, pastikan mata pancing tuan-tuan dalam keadaan tajam dan kerap memeriksanya setiap kali turun memancing kolam berbayar, jika tumpul mata kail tuan-tuan perlu lah ditukar dengan yang baru. Insyaallah jika ada masa yang terluang saya akan berkongsi lagi artikel-artikel yang baru bagi tatapan para pemburu ikan tongsan,sekian.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan