Isnin, 4 Januari 2016

Kenapa Umpan Tongsan Bersaiz Aboh Mahal...???

Umpan Tongsan Bersaiz Aboh


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pengunjung Blog Tongsan ini, pada hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai saya jual ini agar para pembaca mahupun pembeli memahami dan sedia maklum akan Prodak saya jual ini kenapa harganya mahal.

Untuk makluman kepada semua yang bakal membeli prodak-prodak pancing saya jual ini sebelum itu saya memohon ribuan ampun dan maaf berbanyak kepada yang nak beli umpan ini, Harga umpan tongsan aboh ini mahal disebabkan harga barang serta prodak-prodak pancing yang dijual di kedai pancing memang mahal.

Saya tak boleh nak berbuat apa-apa lagi setakat ini, saya tuan-tuan faham akan hal ini, mana ada umpan tongsan murah setakat ini, kalau ada pun disekitar bawah Rm 20.00 yang saya tahu, saya juga mahukan sedikit keuntungan dari hasil jualan umpan ini, tak kan la saya nak berniaga secara percuma betul tak..??

Saya ambik untung pun bukan banyak dalam setiap packing ini, saya harap tuan-tuan faham akan hal ini, saya terus terang saya tak boleh nak mengurangkan harga umpan ini.

Cuba bayangkan kalau harga Dedak 929 sahaja sekilo dah RM 10.00 sebungkus sekilo agak-agak macam mana saya nak jual harga umpan ini..??? belum masuk harga barang-barang serta campuran lain macam strawbeery, dedak pisang,dedak nenas dan bermacam macam lagi.

kalau setakat dedak 929 kosong tanpa perisa serta campuran lain mana mungkin boleh dapat menarik seekor ikan tongsan ...?? cuba bayangkan..?

Saya tak memaksa kalau tuan-tuan nak beli mahupun tak, saya tahu tuan-tuan mahir membancuh umpan tongsan seperti ini. memang ramai yang mahir serta mempunyai dedak rahsia tongsan tersendiri, betul kan.

Untuk kali ini saya ada menjualkan umpan tongsan king aboh yang mana sasaran ikan yang makan adalah bersaiz Mega. Diantara berat ikan dari 9 kilogram hingga 25 kilogram apabila menggunakan dedak ini insyaallah kalau ada reski tuan-tuan.

Untuk makluman tuan-tuan yang mahu mencuba boleh whatsup saya melalui no tel saya yang tertera di bawah ini. harga saya jual hanya 500 gram RM 30.00 sebab harga barang mahal saya tak boleh nak berbuat apa-apa.Jika berminat boleh lah hubungi saya bila-bila masa sahaja.

kepada yang beli umpan saya, insyaallah saya akan tunjuk cara nak bancuh umpan saya ini, disini saya ada jual 2 jenis dedak tongsan yang saya panggil dedak king tongsan dan dedak king aboh tongsan. tuan pm saya dan pilih umpan mana tuan-tuan nak beli.

Pengenalan Umpan King Aboh Tongsan.

Sasaran target ikan dari 9 kilogram hingga 25 kilogram, umpan ini tuan - tuan perlu cuba dulu di kolam tempat memancing taun-tuan ini kerana ada sesetengah kolam ikan tongsan makan roti serta palet dan ada juga sesetengah kolam ikan tongsan makan umpan-umpan masam.

Umpan ini sesuai di kolam-kolam tongsan yang makan dedak, tapi kalau nak cuba pun boleh di kolam-kolam ikan tongsan yang makan palet.

Umpan tongsan ini adalah umpan tongsan papan jakport ia bergantung pada reski tuan-tuan waktu memancing nanti, kalau tak pacak jangan marah-marah, sebab rezeki semua datang dari dia, tapi kalau pacak insyaallah yang bersaiz mega-mega yang naik. Umpan king aboh ini adalah untuk selera ikan tongsan yang bersaiz aboh-aboh sahaja yang makan insyaallah, tak cuba memang tak kan tahu berminat sila hubungi saya 019.2361080 ( syukrilan )..kita mampu berusaha selebihnya rezeki datang darinya insyaallah amin.....




Ahad, 3 Januari 2016

Biar Gambar Berbicara










Saya buka jualan Umpan Palet / Umpan Game  : Mekong / Patin.

Palet E8 : Rm 20.00 untuk 500gram palet.

Palet 920 : Rm 20.00 untuk 500 gram palet saiz 2mm/4mm.

Harga tak termasuk Wang pos 

Berminat sila hubungi : 019-2361080 ( syukrilan ).


Budak Kecik Juara Memancing Hebat...Hebat...

Ini lah yang dikatakan rezeki, rezeki yang datang tanpa diketahui tidak mengenal usia, kalau dah reski tak kemana betul tak...apa pun tahniah buat adik ini..


Apa pun tahniah abang ucapkan semoga satu hari nanti adik akan jadi Master Sifu dalam sukan memancing ini amen...