Ahad, 3 April 2016

Kenapa Ikan Tongsan Tidak Lagi Menyedut Dedak...?


Pernahkan tuan-tuan menghadapi situasi kenapa ikan tongsan yang dulunya menyedut dedak tapi sekarang tidak lagi...?
 Saya rasa ramai yang menghadapi situasi ini. Untuk menghadapi situasi ini apa perlu tuan-tuan buat adalah, tuan perlu mahir dalam seting campuran dedak tuan,

1. Seting dedak tuan dengan resepi yang baru buat campuran dedak-dedak baru dan jangan lagi menggunakan seting dedak lama mungkin di waktu ini seting dedak Tongsan tuan-tuan sudah ramai yang menggunakan dan telah di Upgread oleh Owner yang dengan lagi sedap dan di katakan lebih penuh ( lengkap bahan ) campuran perisa nya.

2. Diet ikan tidak lagi memakan dedak,sebaliknya ikan telah bertukar ke arah diet roti ataupun palet selepas itu, jadi tuan-tuan perlu lah menggunakan umpan palet atau roti.

3. Masalah lebih besar adalah dedak tuan-tuan belikan telah rosak dan berbau Hapak dan busuk, ikan tongsan perlukan dedak yang baru dan Fresh baunya. Ini lah punca Utama kenapa ikan tongsan tidak menyedut dedak tuan-tuan.

4. Umpan tongsan tuan-tuan sudah berbau basi akibat di bancuh terlebih awal sebelum waktu turun memancing atau pun akibat umpan diperam begitu lama sekali.

5. Umpan tuan tersalah seting di gemari oleh ikan lain selain tongsan.

Diharapkan semoga perkongsian ini dapat membantu para sifu-sifu tongsan sekalian amin..