Isnin, 4 Jun 2018

Patin Aboh 18 Kilogram

Jadila nak, hanya perkataan ini sahaja yang mampu di ucapkan.

Apa x nya, Belum pernah merasai tarikan ikan patin seberat 18kg ini, saya gembira yang bukan kepalang lagi dan teruja.

Yelah sebab saya bukan seorang pemancing patin yang begitu mantap, masih bergelar nubis bin kubis bunga.

Sebelum ini saya adalah salah seorang pemburu tegar Ikan Harum Mewangi, tak pernah terlintas untuk memburu ikan patin yang apatah lagi berat menjangkau 18kg.

Umpan patin ini saya naikkan dengan menggunakan Umpan Minyak Tepong.

Lokasi kolam ialah Kolam Pancing Dkalong, Hulu Yam Selangor.

Ada terfikir juga nak jualkan Umpan Minyak Tepong ini, memandangkan bukan semua kolam makan umpan Tepong niat untuk menjual terpaksa saya hentikan, Berbanding umpan tongsan yang sudah lama saya gunakan.