Rabu, 3 Disember 2014

Apakah sebab utama ikan tongsan tidak mahu makan

Bertemu kembali kita pada artikal yang seterusnya, apakah punca-punca ikan tongsan tidak mahu makan..?? Ini ada persoalan yang selalu bermain di fikiran pemburu-pemburu ikan tongsan kolam pancing berbayar ketika memancing, berbagai-bagai sumpah seranah ketika berada di kolam pancing ketika itu, macam-macam gelagat dan kata-kata yang dilemparkan oleh pemancing tongsan ketika itu.

Punca-punca utama kenapa sang tongsan ini tidak mahu menjamah umpan adalah :

1. Mulut ikan tongsan masih lagi luka dan ia tidak akan menjamah umpan walaupun umpan yang kita lemparkan adalah mengikut cita rasanya.

2. Adakalanya juga ikan tongsan tidak ada peluang untuk makan mungkin ketika itu umpan tongsan kita di gemari oleh spesis ikan patin, ikan rohu,pacu,mekong, dan berbagai-bagai jenis ikan air tawar ketika itu, orang kata umpan umiversal, umpan jenis ini akan digemari oleh seluruh penghuni kolam air tawar itu tak terkecuali ikan talapia, ikan baung,ikan keli dan berbagai-bagai jenis ikan hidup di kolam tersebut.

3. Penggunaan mata kail yang tidak betul menyebabkan ikan tidak shoot, ikan tongsan suka umpan kita akan tetapi kita salah seting mata pancing,mungkin mata pancing terlalu pendek, mata pancing bercantum satu dengan yang lain.mata pancing tidak timbul keatas,gambus tidak ditukar senang kata teknik ikatan mata pancing kita tidak betul.

4. Teknik rebat yang sering kita gunakan ini membuatkan ikan tongsan takut menghampiri umpan kita, jika tongsan nak makan pun akan lambat,

5. Hujan terlalu lebat ketika itu, keaktifan ikan tongsan mula kurang ketika itu.

6. Berlaku keaktifan spesis ikan lain di lubuk si tongsan ketika itu,suhu air berperanan mengaktifkan penghuni-penghuni spesis ikan lain di ketika itu, ikan tongsan mula takut dan beralih di tempat lain.

7. Ada juga aktiviti tidak baik oleh si pemancing lain,

8. Umpan yang kita gunakan tidak menepati citarasa si tongsan, jadi ikan tongsan tidak mahu menghampiri, senang kata tak cukup seting, banyak bahan-bahan tidak menepati syarat-syarat si tongsan.

9. Kawasan balingan umpan pancing kedalaman air nya terlalu cetek.

10. Suhu air kolam panas ketika tengahari menyebabkan si tongsan berkumpul di kawasan yang dalam dan tidak mahu menjamah umpan.

11. Umpan yang kita bancuh tidak sehebat umpan pancing si pemancing sebelah kita,senang cerita umpan tidak menepati cita rasa si tongsan.

12. Saling baling umpan, kita melabuhkan umpan bukan di tempat laluan ikan tongsan.

13. Ikan tongsan kenyang atau muak dengan umpan kita jadi perlu sentiasa upgread dengan seting bau umpan tongsan kita.

kalau nak saya terangkan punca-punca ikan tongsan tidak mahu menjamah umpan kita memang banyak lagi,jadi cukup lah setakat ini dulu dan bersambung di artikel yang seterusnya.saya berharap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu buat pembaca, dan sekiranya ada yang ingin membuat pertanyaan sila komen diruang yang saya sediakan di bawah ini. Segala pertanyaan insyaallah akan saya jawab, cepat atau lambat saya menbalas komen tuan-tuan bergantung pada saya sendiri, almaklumlah saya pun sibuk juga dengan kerja hakiki sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan