Rabu, 3 Disember 2014

Terjebak dengan aktiviti memancing Ikan Tongsan

Kisahnya bermula ketika pada awal tahun Januari 2014 dulu, ketika itu saya terus terang saya tidak minat memancing ikan lombong,sungai  mahupun kolam berbayar. sampai satu masa isteri saya mula merungut-rungut dan berkata teringin sangat nak makan ikan sungai atau ikan air tawar ini namun saya tak endahkan sebab saya memang tak suka memancing sebab menunggu ikan makan umpan terlalu lama dan membuat kan saya rasa bosan sangat.

Tapi berlain hal pula ketika orang datang kerumah mahupun kawan-kawan bagi ikan sungai pada kami sekeluarga memang licin kami kerjakan. Kalau setakat 4 ekor ikan rohu bersaiz 2 kilo memang tak cukup.

Saya memperolehi ikan rohu ini dari seorang sahabat yang gemar memancing ikan rohu iaitu bernama Pak dik. Orang yang tinggal berdekatan daerah hulu selangor memang kenal dengan brother ni, boleh dikira abang ni memang otai pemancing lah, segala mancam  teknik dan umpan dia tahu serta mahir berbuat mata rambai. Tapi dia gemar memancing ikan rohu di kolam sri bayu kolam mancing ustaz di kerling kuala kubu bharu, selangor. disebabkan beliau hari-hari dan jemu makan ikan ini,maka ikan-ikan ini diberikan pada saya tiap kali dia pergi memancing dan dapat ikan.

Langkah awal saya telah disyorkan oleh rakan seperjabat yang bukan pemancing tegar mesin bernama " TICA 553" dan root first stik panjang 7 kaki yang di jual oleh beliau secong hand pada saya tak sampai Rm 200 ringgit lebih kurang ada bunyi-bunyi katak macam tu.

Namun saya masih juga tidak pergi memancing ketika itu hampir 2 tahun mesin tu terperam di rumah haha..ye lah orang bukan kaki mancing macam ini lah gayanya, dah tak minat memancing tapi beli juga mesin tu..kalau jual murah terpaksa saya beli jugak.

Masuk awal tahun bulan Januari 2014 saya telah di ajak oleh jiran saya memancing udang di Sungai Dusun ketika itu. Port atau lubuk memancing yang kami cari ketika itu telah di tumbuhi belukar dah hutan renek dan sudah tiada lagi rupa lubuk memancing udang. Dah la kami terpaksa berjalan kami sejauh 4 batu, tempat memancing pula sudah tidak kelihatan seperti lubuk, ini kerana disitu kawasan banjir dan banyak kerja-kerja penanaman anak sawit membuat lubuk tersebut bukan lagi tempat memancing udang.

Kawan saya tak puas hati lalu mengajak saya mancing kolam bayar di Apak Fishing Kolam Pancing Batang kali selangor. Kami bertiga memancing pakej Midnight di kolam apak fishing challenge masa tu. Umpan pula di bancuh oleh seorang lagi member saya malam itu, waktu itu kami memburu ikan rohu sahaja.

Hampir kul 3 pagi kami tidak dapat mendaratkan sebarang ikan ketika itu, 2 lagi sahabat saya dah tidur dan berdengkur namun saya tidak dapat melelapkan mata sebab tengah malam suhu ketika itu sejuk sangat, kebetulan saya tidak bawa baju tebal malam itu sebab kami plan nak mancing udang galah je, disebabkan terlalu sejuk saya tak dapat tidur namun mata dah mula pejam celik dah gantuk sangat.

Tiba tepat jam 4.02 pagi mesin saya berbunyi panjang dreeekk macam bunyi katak..saya pun apalagi memang terkejut lalu menyentap pancing tadi, agak berat juga saya rasakan tarikan batang pancing saya ni. saya hairan kenapa ikan rohu tarik pancing saya lama dan agak berat sekali, hampir 5 minit bila ikan mula tercungap ke atas, saya dapati ia seekor ikan besar dan kawan saya mengatakan itu ikan tongsan, memang best sangat lah melayan ikan itu memang best gila, sebab ikan tongsan tersebut melawan tarikan pancing saya. timbang punya timbang ia seberat 6.550 kg je..fuhh best hihi.

Masa tinggal lagi 10 minit nak habis memancing kawan saya dapat mendaratkan seekor ikan rohu seberat 1.520 kg. Ikan tongsan tadi kami bawa balik. kami tak bawa timbang dekat pokok timbang itu, kami cuma timbang dengan menggunakan alat menimbang tangan dari member saya. Ikan tongsan tadi saya potong 3 bahagian dan kongsi bertiga. sejak dari itu saya dah mula ketagih memancing,ketagih dengan rasa tarikan ikan, disini lah mula start memancing. sekian terima kasih berjumpa lagi dengan cerita akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan