Khamis, 3 September 2015

Kenapa Si Mulut Besar Suka Umpan Masam...??

Salam emm...dah lama rasanya tidak up to date Blog ni, Kesibukan kerja dan tugas harian membuat kan tak ada masa untuk update blog ini, Mohon maaf di luahkan membuatkan para kawan-kawan tertunggu artikel yang baru dari saya.

Mungkin ramai yang sudah tahu yang sebenarnya ikan tongsan juga menggemari Umpan Masam.. Akan tetapi awas ....!! bukan semua kolam ikan tongsan suka umpan masam ni. Tetapi apakah yang membuatkan si tongsan ni suka akan umpan masam ni kawan-kawan...? Jom fokus baca ..

Faktor yang menyebabkan si tongsan suka akan umpan masam ni adalah berpunca dari :

1. Penggunaan Umpan masam seperti umpan patin, umpan mekong ini lah yang menyebabkan tongsan tak ada pilihan untuk makan di kolam tersebut, penggunaan kerap umpan-umpan masam ini adalah faktor utama si tongsan mula berminat dengan umpan masam, si tongsan sudah tidak ada pilihan lagi sebenarnya untuk makan, rata-rata di situ kebanyakkan pemancing keseluruhannya menggunakan umpan masam akhirnya si tongsan tidak lagi berminat dengan umpan-umpan wangi selepas itu.

Ramai yang mengeluh bila turun mancing dan agak sukar untuk mendaratkan tongsan di kolam tersebut, apa perlu kita buat, sebagai seorang pemancing harus peka akan keadaan kolam, penggunaan umpan, bau, paste apa perlu digunakan ketika memancing di kolam tersebut.

2. Umpan masam tapi tak berapa masam.
- Umpan yang di bancuh memang menepati selera ikan tongsan, dedak yang di bancuh tidak begitu masam, mungkin juga masam-masam wangi, umpan seperti ini juga akan di gemari oleh ikan tongsan.

3. Lumpur di dasar kolam sudah mula membusuk dan hanyir menyebabkan ikan tongsan mula menggemari umpan masam, Ikan tongsan tidak dapat cam bau wangi dedak tuan-tuan ini kerana dasar kolam lumpurnya sudah membusuk. Bila keadaan seperti ini banyak ikan tongsan yang sakit, kurus tubuhnya, terdapat bintik-bintik merah di sekitar badan ikan tongsan tersebut, waktu ini ikan tongsan sudah mula tidak mahu makan.

Penggunaan umpan jenis minyak atau juga umpan kongkang oleh pemancing-pemancing yang datang memancing menyebabkan lumpur dasar kolam sudah mula membusuk apatah lagi air kolam di isi dengan cara di pam menggunakan mesin pam air untuk menambah air kolam . Bila terjadi keadaan seperti ini pengusaha kolam pancing haruslah setahun sekali membersihkan kolam nya bagi memastikan kesihatan pada ikan dapat di kawal dari segi menyakit dan dapat memaksima kan kerugian akibat ikan mati saban hari ini.

Jadi sebagai seorang pemancing tongsan kita harus peka dan mengkaji selalu di setiap tempat memancing agar tidak pulang dengan tangan kosong setiap kali memancing, jangan marah sekiranya si tongsan tidak menjamah umpan pancing tuan-tuan sebaliknya kaji dulu persekitaran kolam, paling utama air kolam.

Saya berharap agar perkongsian saya kali ini dapat di manfaatkan oleh pemancing dan kawan-kawan agar lebih memahami penggunaan umpan masam ini, sekian terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan