UMPAN PERCUMA

Ini adalah perkongsian umpan ikan tongsan resipi yang percuma dari saya yang mana saya kira telah banyak memberikan saya hadiah jakport mingguan, umpan ikan tongsan ini juga boleh digunakan untuk main atas dan bawah.


1.UMPAN IKAN TONGSAN BATA WANGI

Bahan-bahan

1. Dedak 929.
2. Dedak perisa pandan.
3. Dedak perisa pisang.
4. Bata silver.
5. Dedak boom 286 Bungkus kuning.
6. Isen pisang.

Cara bancuhan peroi sekiranya main bawah dan bancuhan lekat kalau main pakai pelampung, ini adalah umpan yang sering saya gunakan ketika memancing Mid night. Insyaallah x pernah kupau ketika memancing.

Manakala untuk ikan jakport yang bergantung kepada rezeki Allah, kalau ketika itu ikan besar nak makan insyaallah dapat lah ikan jakport, tapi kalau turun memancing time musim hujan memang agak sukar untuk menjerat ikan tongsan ini.

Tuan-tuan yang nak tahu penuh sukatan umpan ikan tongsan ini maka tuan-tuan perlulah membeli produk yang ada saya jual dalam Blog ini dan secara otomatik melayakkan tuan-tuan menjadi ahli Whatsup Group  King Tongsan saya dan tuan-tuan boleh bertanya bila-bila di dalam group ini insyaallah.

Saya memerlukan 50 orang ahli whatsup group saya dalam Group King of Tongsan. Terbuka kepada yang masih baru dengan yang dah lama memancing.

Saya juga tidak memaksa sekiranya tuan-tuan mahu membeli atau pun tidak umpan-umpan tongsan yang saya jual secara online. Ini kerana saya pun faham ada lagi pemancing-pemancing yang bergelar Otai di luar sana hehe.

2. UMPAN TONGSAN WANGI DARI GROUP UMUM

Bahan-bahan

1kg Dedak 929.
5 tutup isen strawbery
5 tutup isen pandan
5 tutup isen pisang
8 tutup sos umpan ulong perasa betik
1 pkt Ns Power tutup mulut.
1 pkt Ns power perasa strawbery

Umpan ini juga boleh menaikkan ikan patin berskala besar, rasanya ramai dah tahu akan umpan ini, umpan hasil perkongsian dari Majalah Pancing.


BLOG INI JUGA MASIH DALAM BARU DI TERBITKAN JADI MAAF DI ATAS KESULITAN YANG DIHADAPI.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan