Setiap kali tuan-tuan memancing ikan tongsan selalunya menggunakan teknik yang macam mana,apakah teknik memancing ikan tongsan yang kerap tuan-tuan gunakan ..??
Setahu saya lah ada 2 kaedah memancing ikan tongsan ini yang PERTAMA :
1. Teknik pelampung.
- Ini adalah teknik yang saya amat suka sekali sampai hari ini sebab,
a. Setiap kali ikan tongsan menyedut umpan kita, selalu didapati mata kail akan BOLT dan kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengenal pasti ikan sasaran makan BOLT ke atau tidak..? Ikan tongsan yang menyedut umpan kita ada pelbagai arah sebenarnya, ada dari kiri,kanan,bawah,atas walaupun kita sudah menggunakan teknik Main Pelampung., Untuk memastikan ikan tadi benar-benar BOLT setelah pelampung kita tadi sudah tidak kelihatan lagi di atas permukaan air kolam. Kadang-kadang walaupun pelampung sudah tidak kelihatan namun bergitu, pancing belum lagi ditarik ikan, apa perlu kita buat adalah, waktu ini kita perlu rembat pancing kita sebab mata pancing sudah berada di mulut ikan itu walaupun ikan tadi tidak menarik tali pancing kita. Kadang-kadang ikan terus tarik tali pancing kita bila pelampung kita tidak tidak kelihatan di atas permukaan air. Sekiranya menggunakan teknik pelampung Isyarat kita adalah pelampung itu. Jika tenggelam pelampung maknanya ikan sudah kena mata pancing.
Kita boleh lihat sekiranya ikan tongsan sedang menyedut umpan pelampung kita di tolak si ikan tongsan secara lembut ke atas,kebawah. kadang-kadang tenggelam timbul secara perlahan-lahan ini tandanya ikan tongsan sedang menyedut umpan kita. Kadang-kadang aksi ini akan berlaku sehingga 1 jam lamanya, kadang-kadang sampai habis umpan baru ikan tongsan tadi menarik tali pancing kita. Jika menggunakan teknik pelampung umpan yang di bancuh perlu basah dan keras apabila di picit, umpan jangan peroi nanti cepat pula habis umpan tadi, tak sampai 30 minit umpan dah habis.
b. Kita dapat rehat waktu memancing, kalau menggunakan teknik main pelampung, kita tidak perlu lagi setiap kali ikan menarik tali pancing secara perlahan untuk selalu menegangkan tali. teknik pelampung perlu menggunakan batu hidup agar pelampung tadi tidak bergerak jauh ke tempat atau kawasan pemancing lain, batu hidup tadi berperanan menahan pelampung kita dari bergerak jauh kewasan pemancing lain, anda boleh lihat orang memancing ikan siakap air masih yang tidak menggunakan batu hidup, pelampungnya bergerak jauh bila di tarik udang..betul kan..?
c. Kita dapat mengagak bila habisnya umpan apabila kelihatan pelampung kita bergerak ringan di permukaan air,ini menunjukkan umpan sudah habis dan perlu digantikan dengan umpan yang baru..sungguh mudah.
d. Teknik pelampung adalah teknik yang selamat jika kita salah bancuh bau dan rencah umpan tongsan tadi, ini kerana umpan yang kita kepal tadi jatuh secara peroi di permukaan air sedikit demi sedikit ini membuatkan ikan tongsan suka dan datang menyedut umpan, jadi ia nya selamat. Namun begitu teknik pelampung akan jadi sukar bagi kita sekiranya di kolam pancing tersebut terdapat banyak anak-anak ikan, anak-anak ikan dulu akan menghabiskan umpan pelampung tadi, itu sebabnya orang memancing ikan tongsan mengepal umpan tongsan sebesar penumbuk agar umpan tadi lambat habis dari di makan anak-anak ikan kecil tadi.
2. Teknik Dasar
-ini adalah teknik yang paling saya suka sampai ke hari ini,
a. Teknik ini kalau ikan tarik juga akan bolt sekiranya bancuhan serta perambut kita tepat, bancuhan umpan perlu tepat, gabus juga mesti set dengan tepat serta bancuhan bau perlu tepat, jika tidak kita akan pulang dengan tangan kosong sehingga tamat masa memancing.
b. Teknik ini dapat membolehkan kita mendaratkan pelbagai ikan, walaupun apa awalnya kita hanya menggunakan umpan tongsan namun kita berpeluang menaikkan pelbagai jenis ikan seperti ikan mekong,rohu,patin,karak,pacu dan pelbagai jenis ikan air tawar sebabnya kita tidak tahu bila ikan-ikan ini lapar betulkah..?Jadi jangan bangga kalau umpan tongsan kita dapat menaikkan pelbagai jenis ikan air tawar hahaha. Teknik dasar memang mengguntungkan ramai pemancing sekiranya bancuhan umpan,seting pelambung,seting bau, seting rencah,seting perambut segalanya tepat.
c. Kita juga dapat mengenal pasti ikan tongsan sudah bolt apabila tali pancing tuan-tuan sudah kendur, itu menandakan mata pancing sudah berada di mulut ikan tongsan. Sekiranya tali pancing kita sudah kendur secara perlahan lahan itu maknanya mata pancing sudah berada di dalam mulut ikan. ada 2 kaedah cara untuk menyentap tuan-tuan. Tuan-tuan boleh sentap joran bila tali kendur dengan perlahan dan naik semula dengan tegang dan tali kendur dengar perlahan dan tali naik separuh tegang waktu ini perlu sentap joran. kalau tidak yakin tuan-tuan tunggulah sampai tali pancing sudah ditarik ikan baru sentap joran. kalau nak tunggu sampai tali pancing tegang dan shoot tali pancing memang lambat nak tarik ikan serta menaik itu sahaja tuan-tuan.
Semoga dengan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu para pemancing-pemancing ikan tongsan sisik halus sekalian, saya bukan lah pandai sangat, saya hanya mampu kongsikan apa yang saya tahu sahaja kawan-kawan,salah dan silap harap dapat di maafkan...sekian dari pemburu tongsan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan