Percayakah atau tidak ikan tongsan sisik halus merupakan ikan tongsan yang hidup berpuak puak ..??
Selama hampir 2 tahun mengkaji ikan ini saya mendapati ikan tongsan sisik halus ini suka menunggu di kawasan tenang dan ia berpuak-puak, disetiap lokasi kolam terdapat sebanyak 1 hingga 3 ekor sahaja ikan ini berada disitu.
Ikan tongsan ini tidak suka kehadiran ikan-ikan air tawar yang lain seperti ikan Patin,Mekong,Rohu,Pacu dan berjenis-jenis ikan air tawar. Sekiranya sarang dan koloni nya di ganggu ia akan lari dan akan membina koloni yang baru selepas itu.
Disetiap kawasan atau lubuk tongsan ini akan ada seekor ikan tongsan sisik halus yang bersaiz besar disitu, kadang-kadang terdapat 1-6 ekor ikan tongsan di setiap lubuk termasuk yang saiz besar mencapai saiz 20 keatas disitu. Walaupun ia telah terkena mata pancing ia seperti biasa 2 hari selepas itu ia akan kembali tinggal di lubuk lamanya.
Bagi pemancing yang sudah tahu lokasi ikan ini tinggal maka beruntung lah ia, kemungkinan besar ia akan berkali-kali menaikkan ikan besar seberat 20 kilogram ini namun bancuhan umpan mesti lah berbeza-beza . ikan tongsan bersaiz bezarakan dapat mengenal pasti umpan yang telah dimakan nya dahulu selama 6 bulan lamanya,percaya atau tidak...??
Pengalaman saya memburu ikan tongsan bersaiz besar banyak kali melihat ikan yang bersaiz besar ini banyak kali telah di daratkan di tempat yang sama atau dilubuk yang sama.
Ikan yang telah terkena mata pancing ini akan kembali lagi menyedut umpan setelah mulut atau tubuhnya kembali sihat dan lukanya kembali pulih. sekiranya didalam kolam itu terdapat seekor sahaja ikan tongsan JP ( Jakpot Pecah ) , iaitu ikan sasaran target jakpot ini akan menyebabkan nilai JP itu akan melambung tinggi sehingga mencecah RM 5000, Nilai JP ikan tongsan ini akan naik dari hari ke hari.
Sekiranya kita pernah menaikkan ikan JP ini maka bancuhan umpan tongsan JP ini perlulah di tukar jika tidak, peluang ikan tongsan didaratkan oleh si Pemancing lain amat cerah. Kita tahu dimana lubuk ikan tongsan ini jadi perlu lah tukar bancuhan bau umpan kita ini.
Ikan tongsan ini seakan-akan mempunyai seekor " Ketua" di setiap lubuknya, namun bergitu ia akan mencari makan di setiap sudut kolam dan kembali semula ke sarang atau lubuknya, begitu lah perangai ikan tongsan ini di saban hari.
Ikan tongsan amat suka tinggal di kawasan air yang tenang dan sunyi jauh dari gangguan ikan-ikan lain. bagi yang mahir, ia pasti akan dapat melihat ikan - ikan ini keluar dari sarangnya melalui gelombang air seperti sunami di kawasan itu maka disitu lah sarang ikan-ikan ini boleh di kenal pasti.
Percaya atau tidak itu terpulang pada pandangan masing-masing, ini adalah perkongsian yang mana saya rasa pernah mengalami situasi ini selama 2 tahu memburu ikan tongsan JP. Tabiat saya suka mengkaji tabiat ikan, namun begitu saya bukanlah seorang Profesor, saya hanya lah seorang pemancing biasa dan suka membuat Kajian Umpan Ikan dan mengkaji karenah ikan ini.
Ye lah tuan-tuan cuba bayangkan sama ada tuan-tuan kecewa atau setiap kali turun memancing asyik pulang dengan tangan kosong sahaja, setiap kali memancing ikan tak pernah nak sedut umpan . Kalau ikutkan memang betul lah kata orang rezeki tak ada jangan cepat mengeluh setiap kali balik dengan tangan kosong.
Saya juga percaya dengan takdir apabila saya tidak dapat mendaratkan apa-apa jenis ikan, tapi mustahillah sekiranya di dalam kolam pancing tuan-tuan memang terdapat puluhan ekor ikan tongsan, tak kan lah seekor pun tidak menyedut umpan ikan kita.
Sekurang kurang dalam 30 ekor ikan tongsan yang berada di dalam kolam itu seekor dapat kita daratkan, berbaloi jugalah atau setidak-tidaknya ada juga ikan tongsan yang ketuk-ketuk umpan kita betul tak.
Bagi sesetengah pemancing mereka tak kisah pada hari itu umpan tongsan mereka tidak disedut ikan atau langsung tidak mendaratkan ikan. Namun bagi saya lain caranya, kalau ikan saya tidak berjaya saya daratkan namun sekurang- kurangnya umpan saya tadi ada disentuh ikan itu sahaja saya nak.
Selagi ikan tongsan tidak ketuk-ketuk umpan saya selagi itu lah saya membuat kajian umpan tongsan dengan tidak putus asa sampai bila-bila, itu lah prinsip hidup saya selama memburu ikan tongsan ini, sekian terima kasih.
kz
BalasPadamsaya dah naikan itu ikan 47kg harini
BalasPadammula2 saye xtahu ni ikan apa
BalasPadamnak bawa balik pun macam takut