Awassss...penangan perisa Badam Almond kepada pemancing sebelah pondok..bau tengik badam diceritakan akan menyebabkan umpan tuan-tuan digerumi oleh ikan tongsan sisik halus.
Sekarang sudah ramai yang menggunakan perisa badam untuk menambat perhatian ikan tongsan ke umpan longgokan umpan tuan memamg berkesan sama sekali jika di digunakan dengan cara betul.
Penggunaan badan secara berlebihan juga akan menyebabkan umpan pemancing yang lain menjadi mati akibat bau badam yang tenggik ini. Sekiranya kita mendapati pemancing sebelah pondok menggunakan perisa badam lebih baik kita haruslah bertukar pondok tempat memancing. Penggunaan badam yang berleluasa akan menyebabkan ikan tongsan mula menggemari perisa badam ini dan mematikan umpan orang lain.
Jika ketika itu kita menghadapi situasi pemancing yang menggunakan perisa badam ada cara juga untuk mematikan perisa badam pemancing itu dengan menambahkan lagi bau Perisa Pisang star brand dengan tenggik dan kuat ke dalam umpan tongsan tuan-tuan , dengan cara ini sahaja kita dapat mematikan umpan perisa badam ini.
Penggunaan perisa badam menggunakan sukatan yang betul memang menarik minat ikan tongsan untuk makan umpan tuan-tuan manakala penggunaan perisa badam yg berlebihan akan menyebabkan kemudaratan umpan ikan orang lain, seeloknya guna sedikit sahaja perisa badam almond ini agar tidak menyusahkan pemancing lain atau terus jangan pakai perisa badam ini baru lah dikatakan otai.
Ini adalah tips agar umpan tuan-tuan tidak di matikan oleh bau badam perisa Almod ini selebihnya rezeki itu datangnya dari Allah, kita hanya berusaha.