Rabu, 25 Julai 2018

Tong Gas Oksigen Untuk Dijual

UPDATE 09/01/2019

~ Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Rakan-rakan sekalian.
~ Saya ingin Menjual Tong Gas Oksigen Pembenihan saya kepada yang berminat.
~ Beli tapi masih belum di gunakan lagi.
~ Lokasi di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, sila ambil sendiri sebab saya x de Lori.
~ Sesuai Untuk Kerja-kerja Pembenihan Ikan .
~ Harga Rm 800
~ Berminat Sila Hubungi Saya : 019-212-5841 ( Syukrilan ).


HARGA ASAL ; RM 800.00

HARGA NAK DISKAUN RM 700.00 


Isnin, 4 Jun 2018

Patin Aboh 18 Kilogram

Jadila nak, hanya perkataan ini sahaja yang mampu di ucapkan.

Apa x nya, Belum pernah merasai tarikan ikan patin seberat 18kg ini, saya gembira yang bukan kepalang lagi dan teruja.

Yelah sebab saya bukan seorang pemancing patin yang begitu mantap, masih bergelar nubis bin kubis bunga.

Sebelum ini saya adalah salah seorang pemburu tegar Ikan Harum Mewangi, tak pernah terlintas untuk memburu ikan patin yang apatah lagi berat menjangkau 18kg.

Umpan patin ini saya naikkan dengan menggunakan Umpan Minyak Tepong.

Lokasi kolam ialah Kolam Pancing Dkalong, Hulu Yam Selangor.

Ada terfikir juga nak jualkan Umpan Minyak Tepong ini, memandangkan bukan semua kolam makan umpan Tepong niat untuk menjual terpaksa saya hentikan, Berbanding umpan tongsan yang sudah lama saya gunakan.

Sabtu, 19 Mei 2018

Rezeki Menyambut 1 Ramadhan

Syukur Alhamdulillah di ucapkan kepada yang maha esa.

Andai sudah tertulis rezeki maka rezeki itu tidak pernah salah alamat, amin.

Bukan kerana umpan dedak nya yang Power bagi melakar sesuatu kejayaan yang di kecapi.

Reski datang dan terpaku nama di " Papan Jakport " merupakan rezeki  pemberian dari Ilahi.

Umpan hanyalah ikhtiar semata-mata, kita hanya mampu berusaha dan dengan hati yang tidak pernah kenal erti putus asa maka kejayaan setiap pemburu ikan tongsan telah membuahkan hasil yang tidak di duga.

Dengan kadar bayaran rm 35 memancing selama 3 jam. Saya berjaya mendarat kan sebanyak 3 ekor ikan tongsan yang di katakan amat menculas menjamah umpan.

Antara berat ikan yang berjaya saya naikkan ialah sekitar 10,7,7kg iaitu sebanyak 3 ekor.

Ikan pertama seberat 10.50kg telah melayakkan saya memenangi hadiah tawaran kolam di tempat Pertama dengan jumlah hadiah sebanyak Rm 300.

Pertama kali saya menjejaki kolam tersebut telah membuahkan hasil kepada saya sepenuhnya .

Saya hanya menggunakan Dedak sejumlah 500 gram sahaja untuk memancing pada malam itu.

Ikan terberat telah berjaya saya naikkan sekitar jam 11.55 Malam pada 14/05/2018.

Ada lebih kurang 12 orang pemancing pada malam itu untuk sesi cantas mencantas dalam program Potong Corner Last Minit untuk hadiah papan 2 minggu sekali dengan ranking 15 kedudukan.

Saya telah berjaya menduduki carta teratas nombor 1 ikan paling berat hanya turun pertama kali untuk mencuba nasib di kolam mando de Serendah.

Rezeki tidak pernah salah alamat manakala umpan hanyalah ikhtiar semata-mata.

Ikan tongsan tidak makan Bottom

Salam al mubarak & salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung Blog Ikan Tongsan.

Perkongsian demi perkongsian saya kongsikan. Kenapa ikan tongsan tidak makan umpan Bottom ?

Mungkin ramai yang tahu akan hal ini, jadi kepada yang tidak tahu, saya cuba cerita serba sedikit mengenai hal tersebut.

Ikan tongsan tidak memakan dedak tanam adalah :

1. Anak ikan.
2. Umpan Badam.
3. Salah Bancuhan.
4. Umpan orang sebelah lagi sedap.
5. Salah lubuk.
6. Kolam baru letak garam.
7. Ikan Baru masuk kolam.
8. Ikan sakit mulut.
9. Perubahan suhu, air, kolam berminyak & Cuaca.
10. Jaga ranking papan.

A. Anak Ikan.

- Anak ikan punca kenapa dedak tanam tidak di jamah oleh ikan Harum Mewanggi.

- Antara anak-anak ikan yang paling jahat menganggu Umpan Dedak tersebut adalah, Ikan Rohu, Pacu, Anak talapia, Patin Turbo, Lampam dan terbaru adalah ikan Caopraya.

- Ini adalah kategori ikan yang suka akan dedak tongsan, penyembab kenapa ikan tongsan tidak mahu menjamah umpan.

# Langkah terbaik adalah untuk mancing dengan turun memancing pada waktu malam dan menggunakan teknik pelampong.

- Jika jumlah ikan ini kurang di dalam kolam maka peluang untuk mendapatkan strike ikan tongsan amat cerah sekali dan tidak memerlukan waktu atau masa yang sesuai untuk memancing, bila2 masa boleh turun memburu si ikan Harum Mewanggi ini.

B. Umpan Badam

- Ini adalah kategori umpan yang jahat yang boleh mematikan umpan dedak orang sebelah.

- Kadar kuat nya umpan badam ini memakan 3 Pondok dari kiri dan 3 Pondok memancing dari Kanan.

# Cara mengatasi nya tuan perlu menggunakan teknik pelampong dan tidak lagi menggunakan teknik bottom atau pindah pondok sahaja.

C. Salah Bancuhan / salah seting.

- Umpan yang tuan bancuh tidak menepati citarasa ikan tongsan dengan kata lain tidak dapat memujuk ikan tongsan untuk makan dedak tuan-tuan.

# Cara mengatasinya tuan-tuan kenapa belajar dengan otai-otai kolam, kenala bertanya dengan mereka yang sudah lama dan berpengalaman memburu ikan Harum Mewanggi ini.

D. Umpan orang sebelah lagi sedap dan bancuhan sangat menepati citarasa si ikan tongsan.

- Umpan yang digunakan up to date dan beliau selalu turun dan mengajar umpan tersebut maka ikan sudah kenal akan umpan tersebut.

# Cara mengatasinya, tuan-tuan perlu bertanya dengan penangguk ikan atau toke kolam, apakah perisa-perisa yang sering digunakan oleh pemburu tongsan di kolam tersebut.

E. Salah Lubuk, kemungkinan besar, Tuan-tuan tersalah lubuk memburu tongsan tersebut, dasar kolam yang cetek atau tuan-tuan telah melabuhkan umpan di kawasan lubuk ikan patin turbo.

# Cara mengatasinya, berpindah mencari port yang dalam dan air kolam yang tenang.

F. Kolam telah masuk garam,

- Apabila kolam telah di letak garam, maka ikan tongsan tidak mahu makan umpan ini kerana badam ikan luka dan mulut ikan luka.

- Kandungan Garam yang di letakkan di dalam kolam terlalu banyak menyebabkan ikan tidak mahu menjamah umpan ( Terlebih Garam ).

# Cara mengatasinya, tunggu 3 hari selepas kandungan garam sudah mula berkurangan barulah boleh mula memancing kembali.

G. Ikan baru masuk.

- Ikan tongsan yang baru di lepaskan dikolam tersebut memakan masa 1 bulan untuk makan ini kerana semasa ikan di turunkan dari lori ikan masih stress.

- Ikan fobia kerana di pegang semasa menurunkan ikan tersebut dari lori menghantar ikan.

- Ada ikan selain tongsan baru di lepaskan dari kolam menyebabkan ikan tongsan tidak mahu menjamah umpan, ini kerana ikan baru di lepaskan masih mabuk dan masih menyesuaikan diri selepas ia dilepaskan .

# Cara mengatasinya, tuan-tuan harusla sering mengikuti info-info dan page kolam tersebut dan maklum akan aktiviti kolam tersebut.

H.Ikan sakit mulut

- Mungkin juga sebab ikan sakit mulut dan tidak mahu makan ini kerana luka-luka di badan ikan masih belum sembuh atau ikan sakit.

- Badan ikan yang didaratkan dapat di lihat kemerahan dan berpenyakit di sebabkan mutu air kolam tidak memuaskan dan berminyak.

# Cara mengatasi nya, minta toke kolam untuk masukkan garam kasar ke dalam kolam bagi menyihatkan ikan yang sakit.

- Penebaran garam kasar perlu bagi setiap kolam air tawar bagi memastikan kandungan air serta ikan sihat selalu.

I. Cuaca

- Keadaan cuaca amat dititik beratkan dan perlu di ketahui oleh pemburu ikan tongsan.

- Suhu kolam yang sejuk dan berhujan menyebabkan ikan x mahu menjamah umpan.

- Hujan lebat yang terlalu lama membasahi kolam menyebabkan ikan Harum Mewanggi tidak mahu menjamah umpan.

# Cara mengatasinya, tuan-tuan perlu peka akan cuaca di tempat tuan-tuan.

J. Jaga Ranking.

- Ini kategori pemancing yang tidak bermoral.

- Ingat reski kurnianya perlu di ketahui, andai telah tertulis reski tuan-tuan,maka reski itu tidak pernah salah alamat.

- Sanggupkah tuan-tuan memberikan reski yang x sepatutnya kepada keluarga tuan-tuan?

-Fikir fikirlah dan selamat beramal.

( Semoga Bermanfaat Sepenuhnya )

Selasa, 15 Mei 2018

Dedak Tongsan King Game Yob Bota

Kenapa saya gelarkan Dedak Tongsan King ini macam ada bunyi Raja-raja?

Sebenarnya dedak ini hanyalah panggilan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan raja.

Ia di gelar "KING" kerana dedak ini boleh mendaratkan ikan tongsan walaupun ada beratus-ratus pemancing bertanding di kolam tersebut, Dedak ini mampu mendaratkan ikan tongsan dengan menggunakan teknik yang betul dan membuat persediaan sebelum 1 Hari Game Kolam Pancing Yob Bota Perak.

Selain gelarkan "king" ia mampu membezakan ramai yang order dedak yang manakah mereka mahukan dan beli, ia juga memudahkan saya untuk berurusan dengan pembeli dengan penjual Umpan.

Memang saya akui aktiviti memancing ini adalah reski andai tuan-tuan dapat mendaratkan ikan, lagi-lagi ikan Podium Sasaran Pemancing di waktu bertanding.

Untuk Gelaran Dedak Tongsan King mempunyai banyak campuran yang hampir 12 jenis rempah yang ada di dalam kandungan dedak ini bagi memikat si ikan mulut besar yang di kenali dengan panggilan manjanya ikan Harum Mewangi.

Harga nya sama dengan Dedak Tongsan Aboh, namun begitu campuran rempahnya adalah tidak sama dan berbeza beza.

Rempah Ratus campuran dedak king begitu wanggi walaupun belum di bancuh basah. Ini kelebihan dedak king ini.

Bagi yang selalu turun Game Kolam Pancing Yob Bota pada yang berminat dan ingin mencuba resepi dedak ini boleh la menghubungi saya di talian : 019-212-5841 ( syukrilan ).

Tongsan +saiz vs Tongsan -saiz

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini kita nak kupas kenapa setiap kali Memburu Ikan Tongsan ada yang mendaratkan ikan kecil dan ada pula sesetengah pemancing mendaratkan ikan besar, " Kenapa ?

Hasil dari pemerhatian saya dan kajian bertahun lamanya, mendapati ikan tongsan memilih makanan antara sedap atau sederhana sedap makanannya, " Kenapa?

A. Umpan sedap

- Bagi umpan yang terlalu sedap mempunyai aspek pemakanan yang lemak, bau tajam, masam santan, peroi, bahan pemanggil, tiada saingan dari pancing lain, umpan selalu di ajar pada kolam tersebut.

- Untuk kategori ini, saiz tongsan yang menyedut umpan di anggarkan sekitar saiz 8 kilogram ke bawah.

- Umpan yang terlalu sedap membuatkan tongsan-tongsan saiz sederhana pelahap menyedut umpan dan para pemancing tak menang tangan dibuatnya umpama memancing Ikan Rohu.

- Tak semestinya yang bersaiz tidak suka umpan tersebut namun begitu, ikan kategori bersaiz tidak sempat menyedut umpan tersebut di sebabkan yang turbo sampai dulu.

- Namun begitu andai di takdirkan sudah jadi reski kita maka Ikan tongsan bersaiz akan terjerat juga akhirnya, Ini di namakan reski yang telah di aturkan oleh Yang Maha Berkuasa.

- Kena ingat hukum alam, tidak semestinya umpan sedap itu boleh pacak-pacak.

B. Umpan sederhana sedap.

- Ikan bersaiz di anggarkan sekitar 24 kg hingga 7 kg menyukai umpan jenis ini kerana tidak saingan dari ikan bersaiz turbo merebut umpan tersebut.

- Umpan seakan akan tawar dedak nya amat di sukai oleh ikan bersaiz besar.

- Saya sarankan kepada pemburu ikan pecah tabung dan ikan papan boleh mencari seting nya.

- Untuk kategori umpan jenis ini, ikan bersaiz memang lambat menjamah umpan ada di antara 1 jam hingga 3 jam lamanya dengan hanya 1 bom di lemparkan di "Kawasan Banglow"tersebut.

- Bagi yang tidak mahu menunggu lama untuk memacak ikan saiz sememangnya tidak di sarankan menggunakan umpan jenis.

- Untuk seting ikan jenis ini, seting serta bancuhan basah desaknya perlu nipis seakan akan tawar dedaknya.

# Semoga Bermanfaat.

Isnin, 14 Mei 2018

Walaupun Dedak Tongsan mahal tapi berbaloi

Salam sejahtera, walaupun kini dedak tongsan mahal, tapi masih berbaloi , masih ada lagi penghuni air tawar yang berminat untuk menjamah.

Paksa dan terpaksa untuk menjual harga dedak tongsan semahal ini, apakan daya segala bahan mentah dedak tongsan mahal kini.

Harap para rakan-rakan pemancing di harapkan sedia maklum, bukan niat di hati untuk mengaut untung banyak dalam aktiviti penjual dedak tongsan berskala kecil ini.

Tiada paksaan jika dedak saya jual ini mahal, itu pun sekiranya berminat dan ingin mencuba dedak yang saya jual ini silakan untuk menghubungi saya.

Bukan itu sahaja kos untuk pos laju juga sekarang mahal, saya mohon ampun dan maaf andai dedak yang di jual mahal.

Tuan-tuan pun maklum, dedak mahal, saya tidak sanggup jual dedak yang tidak cukup bahan dalam respi dedak aboh dan dedak king tongsan, jangan mengeluh andai dedak harga murah tapi seko ikan tongsan tidak dapat menjamah umpan.

Baiklah kepada yang benar-benar berminat untuk mencuba dedak hasil keluaran saya bolehla menghubungi saya di talian : 019-212-5841 - syukrilan ( number baru saya ). Sekian.

Isnin, 7 Mei 2018

Umpan Tongsan Mahal 2018

Update ( 08/05/2018 - Selasa )

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada peminat-peminat Harum Mewanggi.

Sudah sekian lama saya tidak mengemas kini Blog Umpan tongsan ini, Mohon maaf banyak di hulurkan.

Saya sebenarnya tidak mahu menjual Dedak Ikan Tongsan ini kerana bahan-bahan asas terhadap dedak tongsan kini sudah mahal dan rasanya tidak lagi berbaloi.

Kepada yang  masih lagi ingin membeli dedak tongsan king & dedak aboh sila hubungi saya 019-212-5841 ( Syukrilan ).
Whatsup saya sebarang pertanyaan mengenai dedak tongsan ini, adalah mahu lagi membeli resepi dedak tongsan yang kini harga dedak sudah mahal.

Insyaallah saya akan cuba ikhtiarkan sebaik mungkin,sekian terima kasih.