Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hari ini kita nak kupas kenapa setiap kali Memburu Ikan Tongsan ada yang mendaratkan ikan kecil dan ada pula sesetengah pemancing mendaratkan ikan besar, " Kenapa ?
Hasil dari pemerhatian saya dan kajian bertahun lamanya, mendapati ikan tongsan memilih makanan antara sedap atau sederhana sedap makanannya, " Kenapa?
A. Umpan sedap
- Bagi umpan yang terlalu sedap mempunyai aspek pemakanan yang lemak, bau tajam, masam santan, peroi, bahan pemanggil, tiada saingan dari pancing lain, umpan selalu di ajar pada kolam tersebut.
- Untuk kategori ini, saiz tongsan yang menyedut umpan di anggarkan sekitar saiz 8 kilogram ke bawah.
- Umpan yang terlalu sedap membuatkan tongsan-tongsan saiz sederhana pelahap menyedut umpan dan para pemancing tak menang tangan dibuatnya umpama memancing Ikan Rohu.
- Tak semestinya yang bersaiz tidak suka umpan tersebut namun begitu, ikan kategori bersaiz tidak sempat menyedut umpan tersebut di sebabkan yang turbo sampai dulu.
- Namun begitu andai di takdirkan sudah jadi reski kita maka Ikan tongsan bersaiz akan terjerat juga akhirnya, Ini di namakan reski yang telah di aturkan oleh Yang Maha Berkuasa.
- Kena ingat hukum alam, tidak semestinya umpan sedap itu boleh pacak-pacak.
B. Umpan sederhana sedap.
- Ikan bersaiz di anggarkan sekitar 24 kg hingga 7 kg menyukai umpan jenis ini kerana tidak saingan dari ikan bersaiz turbo merebut umpan tersebut.
- Umpan seakan akan tawar dedak nya amat di sukai oleh ikan bersaiz besar.
- Saya sarankan kepada pemburu ikan pecah tabung dan ikan papan boleh mencari seting nya.
- Untuk kategori umpan jenis ini, ikan bersaiz memang lambat menjamah umpan ada di antara 1 jam hingga 3 jam lamanya dengan hanya 1 bom di lemparkan di "Kawasan Banglow"tersebut.
- Bagi yang tidak mahu menunggu lama untuk memacak ikan saiz sememangnya tidak di sarankan menggunakan umpan jenis.
- Untuk seting ikan jenis ini, seting serta bancuhan basah desaknya perlu nipis seakan akan tawar dedaknya.
# Semoga Bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan