Sabtu, 19 Mei 2018

Ikan tongsan tidak makan Bottom

Salam al mubarak & salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung Blog Ikan Tongsan.

Perkongsian demi perkongsian saya kongsikan. Kenapa ikan tongsan tidak makan umpan Bottom ?

Mungkin ramai yang tahu akan hal ini, jadi kepada yang tidak tahu, saya cuba cerita serba sedikit mengenai hal tersebut.

Ikan tongsan tidak memakan dedak tanam adalah :

1. Anak ikan.
2. Umpan Badam.
3. Salah Bancuhan.
4. Umpan orang sebelah lagi sedap.
5. Salah lubuk.
6. Kolam baru letak garam.
7. Ikan Baru masuk kolam.
8. Ikan sakit mulut.
9. Perubahan suhu, air, kolam berminyak & Cuaca.
10. Jaga ranking papan.

A. Anak Ikan.

- Anak ikan punca kenapa dedak tanam tidak di jamah oleh ikan Harum Mewanggi.

- Antara anak-anak ikan yang paling jahat menganggu Umpan Dedak tersebut adalah, Ikan Rohu, Pacu, Anak talapia, Patin Turbo, Lampam dan terbaru adalah ikan Caopraya.

- Ini adalah kategori ikan yang suka akan dedak tongsan, penyembab kenapa ikan tongsan tidak mahu menjamah umpan.

# Langkah terbaik adalah untuk mancing dengan turun memancing pada waktu malam dan menggunakan teknik pelampong.

- Jika jumlah ikan ini kurang di dalam kolam maka peluang untuk mendapatkan strike ikan tongsan amat cerah sekali dan tidak memerlukan waktu atau masa yang sesuai untuk memancing, bila2 masa boleh turun memburu si ikan Harum Mewanggi ini.

B. Umpan Badam

- Ini adalah kategori umpan yang jahat yang boleh mematikan umpan dedak orang sebelah.

- Kadar kuat nya umpan badam ini memakan 3 Pondok dari kiri dan 3 Pondok memancing dari Kanan.

# Cara mengatasi nya tuan perlu menggunakan teknik pelampong dan tidak lagi menggunakan teknik bottom atau pindah pondok sahaja.

C. Salah Bancuhan / salah seting.

- Umpan yang tuan bancuh tidak menepati citarasa ikan tongsan dengan kata lain tidak dapat memujuk ikan tongsan untuk makan dedak tuan-tuan.

# Cara mengatasinya tuan-tuan kenapa belajar dengan otai-otai kolam, kenala bertanya dengan mereka yang sudah lama dan berpengalaman memburu ikan Harum Mewanggi ini.

D. Umpan orang sebelah lagi sedap dan bancuhan sangat menepati citarasa si ikan tongsan.

- Umpan yang digunakan up to date dan beliau selalu turun dan mengajar umpan tersebut maka ikan sudah kenal akan umpan tersebut.

# Cara mengatasinya, tuan-tuan perlu bertanya dengan penangguk ikan atau toke kolam, apakah perisa-perisa yang sering digunakan oleh pemburu tongsan di kolam tersebut.

E. Salah Lubuk, kemungkinan besar, Tuan-tuan tersalah lubuk memburu tongsan tersebut, dasar kolam yang cetek atau tuan-tuan telah melabuhkan umpan di kawasan lubuk ikan patin turbo.

# Cara mengatasinya, berpindah mencari port yang dalam dan air kolam yang tenang.

F. Kolam telah masuk garam,

- Apabila kolam telah di letak garam, maka ikan tongsan tidak mahu makan umpan ini kerana badam ikan luka dan mulut ikan luka.

- Kandungan Garam yang di letakkan di dalam kolam terlalu banyak menyebabkan ikan tidak mahu menjamah umpan ( Terlebih Garam ).

# Cara mengatasinya, tunggu 3 hari selepas kandungan garam sudah mula berkurangan barulah boleh mula memancing kembali.

G. Ikan baru masuk.

- Ikan tongsan yang baru di lepaskan dikolam tersebut memakan masa 1 bulan untuk makan ini kerana semasa ikan di turunkan dari lori ikan masih stress.

- Ikan fobia kerana di pegang semasa menurunkan ikan tersebut dari lori menghantar ikan.

- Ada ikan selain tongsan baru di lepaskan dari kolam menyebabkan ikan tongsan tidak mahu menjamah umpan, ini kerana ikan baru di lepaskan masih mabuk dan masih menyesuaikan diri selepas ia dilepaskan .

# Cara mengatasinya, tuan-tuan harusla sering mengikuti info-info dan page kolam tersebut dan maklum akan aktiviti kolam tersebut.

H.Ikan sakit mulut

- Mungkin juga sebab ikan sakit mulut dan tidak mahu makan ini kerana luka-luka di badan ikan masih belum sembuh atau ikan sakit.

- Badan ikan yang didaratkan dapat di lihat kemerahan dan berpenyakit di sebabkan mutu air kolam tidak memuaskan dan berminyak.

# Cara mengatasi nya, minta toke kolam untuk masukkan garam kasar ke dalam kolam bagi menyihatkan ikan yang sakit.

- Penebaran garam kasar perlu bagi setiap kolam air tawar bagi memastikan kandungan air serta ikan sihat selalu.

I. Cuaca

- Keadaan cuaca amat dititik beratkan dan perlu di ketahui oleh pemburu ikan tongsan.

- Suhu kolam yang sejuk dan berhujan menyebabkan ikan x mahu menjamah umpan.

- Hujan lebat yang terlalu lama membasahi kolam menyebabkan ikan Harum Mewanggi tidak mahu menjamah umpan.

# Cara mengatasinya, tuan-tuan perlu peka akan cuaca di tempat tuan-tuan.

J. Jaga Ranking.

- Ini kategori pemancing yang tidak bermoral.

- Ingat reski kurnianya perlu di ketahui, andai telah tertulis reski tuan-tuan,maka reski itu tidak pernah salah alamat.

- Sanggupkah tuan-tuan memberikan reski yang x sepatutnya kepada keluarga tuan-tuan?

-Fikir fikirlah dan selamat beramal.

( Semoga Bermanfaat Sepenuhnya )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan