Sabtu, 19 Mei 2018

Rezeki Menyambut 1 Ramadhan

Syukur Alhamdulillah di ucapkan kepada yang maha esa.

Andai sudah tertulis rezeki maka rezeki itu tidak pernah salah alamat, amin.

Bukan kerana umpan dedak nya yang Power bagi melakar sesuatu kejayaan yang di kecapi.

Reski datang dan terpaku nama di " Papan Jakport " merupakan rezeki  pemberian dari Ilahi.

Umpan hanyalah ikhtiar semata-mata, kita hanya mampu berusaha dan dengan hati yang tidak pernah kenal erti putus asa maka kejayaan setiap pemburu ikan tongsan telah membuahkan hasil yang tidak di duga.

Dengan kadar bayaran rm 35 memancing selama 3 jam. Saya berjaya mendarat kan sebanyak 3 ekor ikan tongsan yang di katakan amat menculas menjamah umpan.

Antara berat ikan yang berjaya saya naikkan ialah sekitar 10,7,7kg iaitu sebanyak 3 ekor.

Ikan pertama seberat 10.50kg telah melayakkan saya memenangi hadiah tawaran kolam di tempat Pertama dengan jumlah hadiah sebanyak Rm 300.

Pertama kali saya menjejaki kolam tersebut telah membuahkan hasil kepada saya sepenuhnya .

Saya hanya menggunakan Dedak sejumlah 500 gram sahaja untuk memancing pada malam itu.

Ikan terberat telah berjaya saya naikkan sekitar jam 11.55 Malam pada 14/05/2018.

Ada lebih kurang 12 orang pemancing pada malam itu untuk sesi cantas mencantas dalam program Potong Corner Last Minit untuk hadiah papan 2 minggu sekali dengan ranking 15 kedudukan.

Saya telah berjaya menduduki carta teratas nombor 1 ikan paling berat hanya turun pertama kali untuk mencuba nasib di kolam mando de Serendah.

Rezeki tidak pernah salah alamat manakala umpan hanyalah ikhtiar semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan