Sabtu, 28 Mac 2015

PENGENALAN KAJIAN UMPAN TONGSAN KELUARAN PEMBURU IKAN TONGSAN.

Hi assalamualaikum kepada pembaca,kawan-kawan serta para pemancing sekelian.... Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudah membeli umpan-umpan, dedak-dedak,stok memancing serta yang paling utama yang sudah membeli Umpan KAJIAN" Umpan Tongsan King " dari saya.

Pada hari ini saya ingin membuat Pengenalan mengenai UMPAN TONGSAN yang saya jual banyak secara online ini agar kawan-kawan tidak salah faham serta keliru, sebab saya tidak mahu di suatu hari nanti ada cerita-cerita di belakang saya  dan rasa tidak puas hati pula dan sebagainya, perkataan yang tidak elok  kita tidak mahu dengar..Sila baca dan faham betul-betul pengenalan umpan saya di bawah.


Ini adalah Umpan Tongsan Kajian dari saya selama 1 tahun, umpan tongsan ini saya gelar " Umpan Tongsan King's keluaran dari saya yang mana saya sudah bancuh-bancuh kering bahan-bahan nya. Ini adalah umpan tongsan yang telah saya kaji akan bahan-bahannya selama hampir 1 tahun dan ramuan-ramuan terbaru dari saya hasil dari Kajian saya sendiri selama saya memancing sehingga ke hari ini.

Umpan tongsan ini beharga Rm 25.00 sekilogram tidak termasuk wang pos, harganya mahal di sebabkan ramuan-ramuan yang mahal di dalam nya. Saya terpaksa buat campuran penuh umpan tongsan ini agar bancuhan kering  ramuannya tidak lari sepenuhnya. Saya boleh bagi lagi  murah harganya tapi saya risau kawan-kawan tersalah bancuh ramuan akan menyebabkan ikan tongsan langsung tidak menyentuh atau menyedut umpan ini kelak, jadi saya campur penuh dan tuan-tuan tidak perlu lagi tambah apa-apa lagi, hanya perlu air kolam dan paste sahaja itu sebab ia mahal, saya tidak dapat mengurangkan lagi harga nya kerana ramuan ia mahal datang dari kedai pancing, saya tidak berbuat apa-apa lagi, saya harap para Pembeli memahami dengan situasi ini.

Umpan ini juga adalah ikhtiar umpan dari saya, tak semestinya setiap kali menggunakan umpan ini tuan-tuan, kawan-kawan akan menaikkan ikan tongsan yang besar ia bergantung pada rezeki tuan-tuan memancing ketika itu,segala-galanya bergantung rezeki Allah dan rezeki masing-masing, namun begitu tuan-tuan pasti menaikkan ikan tongsan tak kira kecil atau besar ia bergantung pada rezeki insyaallah. Saya berharap kawan-kawan FAHAM akan situasi ini.Ini kerana ikan tongsan yang sudah dipancing dan mulut yang luka dan sakit tidak  akan menyedut umpan,betul kan..

Umpan ini tahan 6 bulan dan kandungan ramuan selamat dan boleh digunakan sepenuhnya jangan kena air sudahlah, itu sahaja. Kepada sesiapa yang ingin menjadi jurujual  saya sila whatsup melalui nombor telifon saya yang tertera di bawah dengan syarat ORDER mesti 10 bungkus keatas : 20 kilogram atau datang terus ke rumah saya di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kalau ambil sendiri harga lagi murah, Harga pos laju memang mahal,lagi-lagi cukai GST sekarang. Ini perlu di ambil kira.

Umpan ini juga boleh digunakan untuk memancing ikan-ikan sungai kerana terdapat Respon dari pemancing lain yang sudah memancing di sungai, ikan utama ialah ikan putih, untuk pengetahuan para pembaca saya belum pernah cuba memancing di sungai menggunakan umpan ini tapi ada pemancing yang sudah pakai umpan ini memancing di lombong serta di sungai hasil dari membeli umpan ini dari saya sampai hari ini.Untuk memancing di sungai tak perlu bancuh banyak-banyak umpan ini hanya bancuh sebesar penumbuk dan bulatkan kecil-kecil seperti memancing ikan rohu dan sungguh jimat dan boleh pakai sampai bila-bila asalkan umpan ini tidak terkena air. Kalau memancing di sungai atau lombong ia tak perlu lagi di tambah apa-apa paste atau bau, hanya perlu tambah air dan bulatkan sahaja dan boleh digunakan.

Bagi yang membeli umpan ini, cara-cara membancuh umpan ini sudah saya sediakan di pek umpan umpan tongsan ini serta seting level air,seting paste,seting berat umpan yang bakal di bancuh kelak, tuan-tuan perlu membuka pembalut kecil yang ada di dalam pek plastik umpan ini dan ikut cara-cara membancuh umpan ini.

Pastikan umpan yang Original yang terdapat pek plastik kecil di dalam pek umpan ini, maklumlah lah dengan ada kemudahan internit ini berbagai-bagai cara orang boleh menipu. jadi pastikan yang original tertulis plastik kecil di dalamnya.

Bagi yang ingin membeli secara online boleh lah membuat bayaran secara Online melalui :

Akaun : Maybank.

No Akaun : 162076531452.

Nama : Syukri Bin Lan.

Berminat sila whatsup : 019-2361080 : ( Syukrilan ).

Penghantaran : Pos Laju.

CONTOH PENGIRAAN POS LAJU PENGHANTARAN ORDER DEDAK TONGSAN INI :

HARGA POS LAJU UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA.

MAX WEIGHT : 500g
PRICE : RM 6.00 + 6% GST.

TYPE : PREPAID ENVELOPE M
SIZE : 380 mm X 320 mm
MAX WEIGHT : 1 KG
PRICE : RM 9.00 + 6% GST.

TYPE : PREPAID BOX S
SIZE : 340 mm X 250 mm X 80 mm
MAX WEIGHT : 2 KG
PRICE : RM 13.00 + 6% GST.

TYPE : PREPAID BOX L
SIZE : 340 mm X 250 mm X 150 mm
MAX WEIGHT : 5 KG
PRICE : RM 20.00 + 6% GST.

TYPE : PREPAID BOX L
SIZE : 380 mm X 320 mm X 200 mm
MAX WEIGHT : 10 KG
PRICE : RM 30.00 + 6 %  GST.

.............................................................................................................

HARGA POS LAJU UNTUK SABAH / SERAWAK

MAX WEIGHT : 500g
PRICE : RM 10.00 + 6% GST

TYPE : PREPAID EM. ENVELOPE M
SIZE : 380 mm X 320 mm
MAX WEIGHT : 1 KG
PRICE : RM 15.00 + 6 % GST.

TYPE : PREPAID E.M. BOX S
SIZE : 340 mm x 250 mm X 80 mm 
MAX WEIGHT : 2 KG
PRICE : RM 25.00 + 6 % GST.

TYPE : PREPAID E.M. BOX M
SIZE : 340 mm X 250 mm X 150 mm
MAX WEIGHT : 5 KG
PRICE : RM 55.00 + 6% GST.

TYPE :PREPAID E.M. BOX L
SIZE : 380 mm X 320 mm X 200 mm
MAX WEIGHT : 10 kg
PRICE : RM 95.00 + 6% GST.





WHATSUP GROUP TONGSAN KING

Makluman kepada yang sudah membeli Umpan Online dari saya akan diterima masuk menyertai Group '' Tongsan King " Whatsup dan saya akan ajarkan seting ;

1. Bancuhan Umpan Tongsan yang saya jual secara online.
2. Bancuhan Paste.
3. Ikat perambut perambut spring ikan tongsan dari 2 Mata-5 Mata.
4. Perambut Tongsan mengelirukan ikan lain agar tidak mencuri umpan tongsan.
5. Pelampung batu hidup Ubah Suai.
6. Seting Gabus tongsan yang tepat.
7. Seting Level Air bancuhan pasir umpan tongsan.
8. Cara kepal umpan tongsan dengan cara yang betul.
9. Seting batu ladung mati.

Sesi pembelajaran semua seting umpan di atas adalah melalui video dalam whatsup group yang akan saya kongsikan kelak.

Segala seting di atas adalah untuk seting umpan tongsan yang saya jual secara online khas untuk pembeli-pembeli umpan saya secara online,kalau dapat naik selain ikan tongsan itu dikira bonus, saya bukan lah seorang pandai memancing ikan tongsan, berbekal dengan pengalaman yang saya ada insyaallah saya boleh ajarkan kepada tuan-tuan yang sudah membeli umpan tongsan keluaran saya nanti, agar tuan-tuan yang membeli umpan keluaran saya akan benar-benar memperolehi ikan tongsan kelak, insyaallah rezeki ada dimana-mana sahaja dan umpan tongsan ini adalah ikhtiar dari saya.

Saya mewujudkan whatsup ini adalah untuk berkenal- kenalan dengan tuan-tuan dan mewujudkan silaturahim di kalangan pemancing yang ada di seluruh negeri di malaysia ini di samping tujuan utama saya membantu para pemancing tongsan dan mencari sedikit pendapatan kepada tuan -tuan untuk menduduki Papan Jakpot dikolam tuan-tuan memancing serta keluarga saya sendiri,maksudnya di dalam situasi sama-sama menang, segalanya tidak datang secara percuma,segalanya memerlukan wang, sebelum ini pun semasa saya mula-mula memburu ikan tongsan saya pulang dengan tangan kosong juga sehingga hampir 6 bulan lamanya, berapa lama saya menghabiskan modal untuk memperlajari teknik memancing ikan tongsan dan menghabiskan wang untuk membuat kajian  umpan tongsan ini, saya berharap agar para pembaca serta para pemancing yang membaca dalam blog ini FAHAM akan kesusahan yang saya alami  sebelum saya benar-benar menjumpai umpan tongsan saya gunakan sekarang.

Saya juga tidak membuat paksaan kepada tuan-tuan serta pembaca untuk membeli umpan tongsan keluaran saya ini, terpulang lah pada tuan-tuan, testimonial sudah saya tunjukkan,tuan-tuan boleh nilaikan sendiri.

Untuk pengetahuan tuan-tuan serta para pembaca sekelian Umpan Tongsan hasil kajian saya ini bukan semestinya tuan-tuan akan menaikkan ikan tongsan besar,ikan tongsan pecah tabung jakpot dan sebagainya, umpan tongsan ini adalah ikhtiar dari saya,sekiranya ada rezeki tuan-tuan pada masa itu insyaallah rezeki tetap hak milik tuan-tuan juga, dan umpan ini juga tidak semestinya tuan-tuan pulang dengan tangan kosong selalu, saya percaya pada Rezeki Allah.

Syarat menyertai Group saya adalah bila mana tuan-tuan membeli dedak tongsan saya melebihi 2 kilogram insyaallah.



Jumaat, 27 Mac 2015

Ikan Tongsan Lombong

Hi..kawan-kawan..

Siapa di kalangan pembaca pada hari ini mengetahui di mana lokasi-lokasi yang ada ikan-ikan tongsan liar lombong..? Puas juga saya cari di sekitar hulu selangor memang tidak jumpa lagi setakat ini.

Ingin juga rasanya mencuba memancing ikan tongsan liar di lombong-lombong, tujuan saya adalah untuk membuat kajian tentang umpan tongsan liar lombong,tasik dan sungai, masalahnya saya tak tahu di sekitar tempat saya ada atau pun tidak ikan tongsan liar ini.

Dari mana datangnya ikan-ikan tongsan liar ini..? siapa tahu..?  jom sama-sama turun memancing hehe..

kalau ada tuan-tuan terjumpa lubuk yang baik tolong komen di bawah, teringin juga rasanya nak mencuba memancing ikan liar lombong..sekian dari pemburu tongsan.

Memancing Ikan Tongsan Teknik Dasar

Setiap kali tuan-tuan memancing ikan tongsan selalunya menggunakan teknik yang macam mana,apakah teknik memancing ikan tongsan yang kerap tuan-tuan gunakan ..??

Setahu saya lah ada 2 kaedah memancing ikan tongsan ini yang PERTAMA :

1. Teknik pelampung.

- Ini adalah teknik yang saya amat suka sekali sampai hari ini sebab,

a. Setiap kali ikan tongsan menyedut umpan kita, selalu didapati mata kail akan BOLT dan kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengenal pasti ikan sasaran makan BOLT ke atau tidak..? Ikan tongsan yang menyedut umpan kita ada pelbagai arah sebenarnya, ada dari kiri,kanan,bawah,atas walaupun kita sudah menggunakan teknik Main Pelampung., Untuk memastikan ikan tadi benar-benar BOLT setelah pelampung kita tadi sudah tidak kelihatan lagi di atas permukaan air kolam. Kadang-kadang walaupun pelampung sudah tidak kelihatan namun bergitu, pancing belum lagi ditarik ikan, apa perlu kita buat adalah, waktu ini kita perlu rembat pancing kita sebab mata pancing sudah berada di mulut ikan itu walaupun ikan tadi tidak menarik tali pancing kita. Kadang-kadang ikan terus tarik tali pancing kita bila pelampung kita tidak tidak kelihatan di atas permukaan air. Sekiranya menggunakan teknik pelampung Isyarat kita adalah pelampung itu. Jika tenggelam pelampung maknanya ikan sudah kena mata pancing.

Kita boleh lihat sekiranya ikan tongsan sedang menyedut umpan pelampung kita di tolak si ikan tongsan secara lembut ke atas,kebawah. kadang-kadang tenggelam timbul secara perlahan-lahan ini tandanya ikan tongsan sedang menyedut umpan kita. Kadang-kadang aksi ini akan berlaku sehingga 1 jam lamanya, kadang-kadang sampai habis umpan baru ikan tongsan tadi menarik tali pancing kita. Jika menggunakan teknik pelampung umpan yang di bancuh perlu basah dan keras apabila di picit, umpan jangan peroi nanti cepat pula habis umpan tadi, tak sampai 30 minit umpan dah habis.

b. Kita dapat rehat waktu memancing, kalau menggunakan teknik main pelampung, kita tidak perlu lagi setiap kali ikan menarik tali  pancing secara perlahan untuk selalu menegangkan tali. teknik pelampung perlu menggunakan batu hidup agar pelampung tadi tidak bergerak jauh ke tempat atau kawasan pemancing lain, batu hidup tadi berperanan menahan pelampung kita dari bergerak jauh kewasan pemancing lain, anda boleh lihat orang memancing ikan siakap air masih yang tidak menggunakan batu hidup, pelampungnya bergerak jauh bila di tarik udang..betul kan..?

c. Kita dapat mengagak bila habisnya umpan apabila  kelihatan pelampung kita bergerak ringan di permukaan air,ini menunjukkan umpan sudah habis dan perlu digantikan dengan umpan yang baru..sungguh mudah.

d. Teknik pelampung adalah teknik yang selamat jika kita salah bancuh bau dan rencah umpan tongsan tadi, ini kerana umpan yang kita kepal tadi jatuh secara peroi di permukaan air sedikit demi sedikit ini membuatkan ikan tongsan suka dan datang menyedut umpan, jadi ia nya selamat. Namun begitu teknik pelampung akan jadi sukar bagi kita sekiranya di kolam pancing tersebut terdapat banyak anak-anak ikan, anak-anak ikan dulu akan menghabiskan umpan pelampung tadi, itu sebabnya orang memancing ikan tongsan mengepal umpan tongsan sebesar penumbuk agar umpan tadi lambat habis dari di makan anak-anak ikan kecil tadi.

2. Teknik Dasar

-ini adalah teknik yang paling saya suka sampai ke hari ini,

a. Teknik ini kalau ikan tarik juga akan bolt sekiranya bancuhan serta perambut kita tepat, bancuhan umpan perlu tepat, gabus juga mesti set dengan  tepat serta bancuhan  bau perlu tepat, jika tidak kita akan pulang dengan tangan kosong sehingga tamat masa memancing.

b. Teknik ini dapat membolehkan kita mendaratkan pelbagai ikan, walaupun apa awalnya kita hanya menggunakan umpan tongsan namun kita berpeluang menaikkan pelbagai jenis ikan seperti ikan mekong,rohu,patin,karak,pacu dan pelbagai jenis ikan air tawar sebabnya kita tidak tahu bila ikan-ikan ini lapar betulkah..?Jadi jangan bangga kalau umpan tongsan kita dapat menaikkan pelbagai jenis ikan air tawar hahaha. Teknik dasar memang mengguntungkan ramai pemancing sekiranya bancuhan umpan,seting pelambung,seting bau, seting rencah,seting perambut segalanya tepat.

c. Kita juga dapat mengenal pasti ikan tongsan sudah bolt apabila tali pancing tuan-tuan sudah kendur, itu menandakan mata pancing sudah berada di mulut ikan tongsan. Sekiranya tali pancing kita sudah kendur secara perlahan lahan itu maknanya mata pancing sudah berada di dalam mulut ikan. ada 2 kaedah cara untuk menyentap tuan-tuan. Tuan-tuan boleh sentap joran bila tali kendur dengan perlahan dan naik semula dengan tegang dan tali kendur dengar perlahan dan tali naik separuh tegang waktu ini perlu sentap joran. kalau tidak yakin tuan-tuan tunggulah sampai tali pancing sudah ditarik ikan  baru sentap joran. kalau nak tunggu sampai tali pancing tegang dan shoot tali pancing memang lambat nak tarik ikan serta menaik itu sahaja tuan-tuan.

Semoga dengan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu para pemancing-pemancing ikan tongsan sisik halus sekalian, saya bukan lah pandai sangat, saya hanya mampu kongsikan apa yang saya tahu sahaja kawan-kawan,salah dan silap harap dapat di maafkan...sekian dari pemburu tongsan..


Selasa, 24 Mac 2015

Umpan Tongsan Sisik Halus umpama " Belut Balik Ke Lumpur "

Pernah dengar tak dengan bahasa Kiasan Umpan Tongsan Belut Balik Ke Lumpur..??? Jom saya kongsikan apakah makna kiasan di atas tadi..

Saya ada seorang kawan  nama di rahsiakan, memang otai tongsan kawan saya ini, umur hampir cecah 50 tahun, pengalaman memancing memang luas, pelbagai teknik memancing dia tahu saya anggap kawan saya ni otai lah dalam bab memancing ni alasan saya sebab dia dah bertahun- tahun memancing dari saya.

Otai ini tak mahu mengalah dalam pemburuan memancing ikan tongsan kolam berbayar, tiap kali dia turun memancing di kolam yang sama dia tidak pernah menukar umpannya, katanya itu umpan yang sudah tepat jadi tidak perlu lah ditukar seting dan rencahnya.

Jadi itu lah kiasan ia tadi Belut Akan Balik Ke Lumpur, maknanya disini bila sekian lama ikan tongsan tadi tidak menyedut umpan tongsan nya satu hari pasti ikan tongsan tersebut akan kembali menyedut atau mahu makan umpan otai ini tadi, ini lah yang dia maksudkan bagi saya memang betul lah tapi bila..?? dan berapa lama...?

Kalau ikutkan bancuhan umpan dan rencah otai memang tepat sekali memang tidak di nafikan dia berjaya menaikkan ikan tongsan seberat 20 kg dan menduduki tempat pertama dalam carta ranking jakpot dan saya saksi waktu itu. Namun tidak lama selepas itu otai tadi terpaksa akur akan umpan tongsannya, tiap kali turun memancing membangau akhirnya dan kini banyak berehat memancing, Saya bukan lah berniat ingin memalukan kawan saya itu tapi ini adalah perkongsian akan umpan tongsan, blog ini saya wujudkan adalah semata-mata untuk berkongsi pengalaman mengenai ikan tongsan,ilmu, hobi dan mencari sedikit pendapatan sampingan dalam perjualan umpan saya pada hari ini.

Itu sebab saya katakan ikan tongsan mahu umpan-umpan yang baru dan bertukar-tukar selera kerana apa kawan-kawan..?? Kerana ikan tongsan sudah dapat mengecam umpan kita sewaktu ia di pancing ketika dulu.

Maksudnya bukan lah umpan asas tongsan tadi di tukar semua...tidak..tidak..apa perlu kawan-kawan buat ialah, tuan-tuan perlu menukar rencah umpan tersebut,bukan menukar seting dan umpan asas ..tapi perlu menukar rencahnya. ini kerana ikan-ikan tongsan tadi sudah mengenal pasti umpan-umpan kita, jadi ikan-ikan ini akan menjadi lebih cerdik dan takut pada masa-masa akan datang.

Dari bulan-ke bulan kita perlu menukar rencah umpan-umpan tongsan kita, senang kata umpan-umpan tongsan up to date ( umpan tongsan rencah baru )..umpan asas dan seting tetap sama yang berubah adalah rencah sahaja. senang kan.

Dari pengalaman yang saya ceritakan dia atas tadi memang kenyataan benar dan saya adalah saksi kejadian tersebut bila mana kawan saya ini mangkau time mancing bukan dia seorang sahaja tapi ramai termasuk saya sekali.Bukan bermakna umpan tongsan kawan saya tadi bau sudah lama,seting lama semua tidak pasal lama, kerana punca si ikan mulut besar tadi sudah dapat mengenal pasti umpan kita, ia tahu bahaya, ia cerdik, beratus ratus kali ia di pancing, macam-macam mata kail lekat di mulutnya jadi ia semakin cerdik jadi tukar lah selalu rencah-rencah umpan tongsan tuan-tuan, jangan pula tukar umpan asas dan seting umpan sudahnya nanti asyik membangau sampai bila-bila sekian terima kasih.

Ketagih Memancing ikan tongsan sisik halus

Memang benar memancing ikan tongsan boleh menjadikan seseorang itu ketagih, ketagih untuk melawan mendaratkan ikan tersebut. Ada segala macam ketagihan memancing ikan tongsan ini.




















Walau pun kecil namun pemancing akan rasa lebih puas mendaratkan ikan ini, ramai yang kata ikan tongsan ni kalau di tarik ketepi kolam tak melawan ibarat menarik puntung kayu.  ye memang betul.

Yang menyebabkan ketagihan memancing ikan tongsan ini adalah sewaktu kita main bottom atau main pelampung, saat ketagihan itu muncul bila kita menghadapi situasi ikan tongsan ini mencuri umpan, menyedut umpan, mengetuk umpan, menolak pelampung, menarik atau menolak pelampong saat ini lah terjadinya ketagihan itu, bukan hanya dapat menarik ikan itu ketepi kolam.

Ramai yang cakap memancing ikan tongsan ini tak stim hehehe.. ikan ini tak kuat melawan ye betul tapi itu unuk yang bukan pemancing ikan tongsan yang tegar. Saya faham bukan semua pemancing minat memancing tongsan sebab di kolam air tawar terdapat pelbagai spesis ikan seperti Ikan Patin,Ikan Mekong, Ikan Rohu, Ikan Pacu dan pelbagai lagi jenis ikan dikolam air tawar ini.

Bukan semua orang yang nak memancing ikan tongsan ini saya akur. Namun yang betul-betul memburu ikan tongsan ini memang mengigil tangan bila tidak menarik ikan ini dalam sehari termasuk saya juga sebagai seorang pemancing ikan tongsan ini.

Ketagihan memancing itu akan hilang setelah kita berada di kolam pancing sungguh pun waktu itu kita tidak memancing bertapa rindunya kita pada ikan tongsan ini hehehe..dapat tengok orang memancing pun jadilah, bukan tak mahu turun memancing sebab banyak komitmen kita pada hari itu termasuklah kerja hakiki perlu di buat, komitmen keluarga, esok kerja tidak boleh tidur lewat dan bermacam macam lagi alasan.

Sebagai pemancing tegar hati kena tahan sabar, di dalam hati dah seting time memancing bila time sesuai untuk memancing dan turun memancing, kalau hari-hari turun memancing susah juga, sebab kita ada tanggungjawab pada kerja,kelaurga, boss, majikan dan program-program lain.

Sebagai seorang pemancing tegar yang berjaya digelar otai tongsan yang disengani dan berkali-kali memenangi wang jakport maka harus lah ada perancangan memancing, sebab tiap kali turun memancing kita perlu melaburkan wang, wang minyak kereta, wang makan, wang rokok, wang beli umpan dan boleh dikatakan kesemuanya memerlukan wang, jadi ini perlu di ambil kira.

Tak semestinya tiap kali kita turun memancing rezeki berpaling pada kita sungguhpun umpan tongsan kita dikira power ce wah...kalau time itu bukan rezeki kita sudah pasti membangau kita. Mungkin juga waktu itu kita dapat mendaratkan ikan tongsan sampai 7 ekor pada hari tersebut namun kalau rezeki kita sudah pasti nama kita tidak akan berada di papan rangking jakport mingguan. iya lah 7 ekor ikan tongsan yang kita dapat semua berat 10 kg kebawah. Faham tak maksud saya..?? Ikan jakport yang di perlukan paling bawah sekali ialah 14.200 kg tapi 7 ekor ikan tongsan yang kita dapat semua 10kg kebawah.

Sekiranya tuan kolam boleh bayar seekor rm 10.00 tak apa juga sebab dah RM 70.00 dah kira mancing percuma lah katakan, tapi bukan semua tuan kolam mempunyai syarat seperti itu, ada sesetengah kolam seekor ikan tongsan yang kita daratkan di bayar seekor RM 1.00 pun ada dan ada sesetengah kolam langsung tak bayar apa-apa. Maksudnya tangkap dan lepas.

Saya sebagai seorang pemancing tegar ikan mulut besar ini juga ingin menasihatkan para pemancing agar tidak perlu selalu turun memancing cukup lah seminggu sekali " Mid Night " masuk pukul 12.00 tengah malam dan keluar 7.00 pagi dan tambah lagi 3 jam masa tambahan ini sudah memadai, sekiranya ada rezeki kita pada hari itu tetap rezeki itu hak milik kita nanti, ini baru betul sebagai seorang pemancing yang tegar yang berjaya, sebab apa..??

1. Jimat Wang - anda dapat menjimatkan wang bulanan anda dan dapat beraksi semula pada minggu kedua,ketiga dan keempat, jadi kita tidak lagi putus wang untuk memancing di setiap hujung minggu, ini baru dikatakan seorang pemancing tegar yang berjaya dan dalam masa 4 minggu turun memancing tak kan sekali tak dapat ikan tongsan jakport betul tak.

2. Ada masa bersama keluarga - Ye betul masa kita bersama anak, isteri serta keluarga terjamin dan masa kita bersama anak-anak tak terabai. kadang saya berasa sangat sedih dan pernah depan mata sepasang suami isteri 2 malam tak pulang kerumah sebab menemani suaminya memancing yang menyedihkan ialah terdapat anak kecil sekali disitu, bayangkan dengan panas terik,sejuk di waktu malam, hujan dan nyamuk sebagainya disitu.

3. Tak semestinya tiap kali turun memancing kita dikira jaguh hoho...sebab saya dan kongsi disetiap artikel mengenai ikan tongsan di dalam blog ini mohon untuk dibaca sebagai panduan dan persiapan diri untuk memancing kelak, sungguh pun umpan kita dikira power namun ada ramai lagi umpan yang power dari kita ini kerana ikan tongsan mempunyai citarasa yang berubah-ubah dan boleh mengecam umpan kita. Dalam kolam pancing terdapat ratusan para pemancing dengan pelbagai cita rasa dan rencah seseorang pemancing, ikan tongsan yang telah kita daratkan 2 minggu sudah dapat mengenal pasti umpan kita pada akan datang ia akan berjaga-jaga untuk menyedutnya untuk kali kedua ini yang dikatakan citarasa selera ikan tongsan berubah ubah tolong jangan keliru dengan dengan perkataan ini. Ikan tongsan saiz abah selalu cerdik dan dapat mengenal pasti umpan-umpan kita pada masa-masa akan datang sekiranya tidak ada pilihan ikan tongsan tadi mahu tak mahu akan menyedut juga umpan kita sekiranya ia benar-benar lapar ketika itu.

4. Faktor Cuaca- keadaan cuaca perlu juga diambil kira, time kita hendak turun memancing tiba-tiba terjadi pula hujan lebat pada malam iyu sampai ke pagi hujan, ini juga perlu di ambil kira, kalau dah hujan tak berhenti-henti nasihat saya tak perlu lah turun memancing,rugi je sebab ikan tongsan tak mahu buka mulut kalau time hujan lebat sampai ke pagi. sekian....






Isnin, 23 Mac 2015

Kenapa Ikan Tongsan Hanya Memandang / Lari sewaktu menghampiri umpan kita..??

Yeah...Ini adalah soalan yang selalu saya suka...kenapa..?? Jom kita bincangkan soalan ini dibawah..

Pernah kah kawan,pembaca atau pemancing-pemancing mengalami situasi seperti ini..?? rasanya sudah pasti semua telah mengalami situasi seperti ini termasuk saya sekali hahaha...tapi kenapa..??

A. Ikan tongsan hanya memandang umpan tongsan kita dari arah dekat..kenapa..??

1. Umpan yang kita guna tadi tidak memenuhi syarat umpan, terdapat bahan-bahan umpan yang tidak cukup rencah dan perasa atau juga umpan yang kita guna tadi terlebih bahan seperti terlebih paste, atau kurang paste,kurang bau, terlebih bau,terkurang bahan-bahan asas umpan.

2. Umpan kita tepat tadi disukai juga oleh ikan-ikan lain dalam kolam pancing tersebut, ikan tongsan tidak berani menghampiri umpan kita ini kerana terdapat ikan lain sedang menjamah umpan kita tadi. Sifat ikan tongsan tongsan tidak suka diganggu oleh ikan-ikan lain.

3.Umpan kita tadi salah seting terdapat satu perisa yang tidak disukai oleh ikan tongsan jadi ikan tongsan hanya memandang sahaja walaupun kita nampak ombak air sudah masuh di kawasan umpan kita.

B. Ikan tongsan lari setelah menghampiri umpan kita..kenapa..??

1. Ikan tongsan tadi cerdik dan dapat mengenalpasti bahaya umpan kita jadi kita perlu lakukan teknik mengelirukan umpan tersebut seperti menutup mata pancing di dalam boom umpan kita, lakukan pelbagai teknik mengelirukan ikan tongsan tersebut.

2. Umpan kita juga disukai ikan-ikan air tawar yang lain disitu.

3. Umpan kita tadi terlebih atau juga terkurang bahan2 asas atau seting umpan tongsan yang sebenar.

4. Ikan tongsan sedang berebut umpan tadi dari ikan tongsan yang besar dikawasan itu. yang kecil takut dengan besar.

5. Ada peluang untuk mendaratkan ikan tongsan saiz besar , ini kerana ikan saiz kecil takut  bila ikan tongsan saiz besar datang serta merta.

sekian terima kasih..


Mari mengenal pasti Lubuk Tongsan di Kolam Pancing Berbayar..

Hi untuk Artikel kali ini saya ingin kongsikan dimanakah lubuk sebenar tongsan ketika di waktu Malam dan Siang di Kolam Pancing tempat tuan/tuan semua.


WAKTU SIANG KOLAM MEMANCING BERBAYAR

= Ini adalah permandangan kolam memancing berbayar di Kolam Pancing Sungai Buaya Rawang, ini adalah gambar hiasan untuk saya menceritakan suasana siang kolam memancing. Untuk pengetahuan para pembaca atau para pemancing, lubuk ikan tongsan yang sebenarnya ia di sebelah kolam kiri dan kanan hujung kolam, dimana kawasan ini jarang di ganggu para pemancing tiap kali memancing .

Ikan tongsan suka mendiami kawasan yang tenang di kolam yang jarang di labuhkan umpan para pemancing pemancing kolam atau juga kawasan yang tidak ada ikan-ikan lain bermain disitu maka disitu lah kawasan sebenar ikan-ikan tongsan mendiami di dasar kolam.

Lubuk ikan tongsan tidak mahu diganggu sepenuhnya oleh ikan-ikan tawar yang lain dan para pemancing-pemancing, manakala tempat pencarian makanan ikan tongsan adalah merata-rata tempat itu kalau ikan tongsan mahu mencari makan.


WAKTU MALAM KOLAM PANCING DHA KKB.

= Suasana malam sebegini adalah waktu yang sangat sesuai memancing ikan tongsan sisik halus, gelombang ombak boleh dilihat dipermukaan air sewaktu ikan-ikan tongsan mula mencari makan di kolam berbayar. Namun begitu Lubuk ikan tongsan tetap juga berada di hujung-hujung kolam yang jarang diganggu oleh pemancing serta ikan-ikan air tawar yang lain.

Tempat ikan tongsan mencari makan adalah di merata tempat juga dan akan balik semula ke lubuk untuk didiaminya.

Memang benar kata seorang pemancing tegar disetiap lubuk ikan-ikan tongsan mendiami terdapat seekor ikan tongsan yang bersaiz besar dari ikan-ikan tongsan yang lain. 

Akan ada seekor ikan tongsan saiz ABAH disitu dan yang lainnya kecil dari ikan tongsan besar tersebut, ini memang betul apa yang yang diceritkan oleh seorang yang saya kenali. Jadi sebagai seorang pemancing tongsan yang memburu tongsan kolam perlu memancing berubah-ubah tempat atau pondok. 

Maksud berubah-ubah tempat sehingga dapat ikan tongsan saiz besar itu, jika hari isnin kita berada di pondok kiri kolam hari selasa pula kita mesti berada di kanan kolam pula sehingga seterusnya.

Hal ini perlu dilakukan setelah kita berjaya menaikkan ikan tongsan yang besar dan banyak disitu, sekiranya belum lagi menaikkan ikan tongsan besar makan kita boleh lagi memancing disitu.

Maksud besar ialah ikan tongsan yang lebih dari ikan tongsan lain seperti 10kg kecil, 15 kilo besar dan apabila ikan yang bersaiz 15kg berjaya kita daratkan maka tidak ada lagi ikan tongsan 15 kilo bakal kita daratkan disitu seterusnya, namun begitu ikan tongsan yang bersaiz 15 kilo tadi akan kembali semula mendiami disitu dimana kita berjaya mendaratnya sebentar tadi.

Ikan tongsan yang bersaiz 15kg tadi tidak akan menjamah umpan kita sehingga mulutnya benar-benar sembuh sepenuhnya. Ikan tongsan akan kembali menjamah umpan kita paling lewat 2 minggu atau 1 bulan lamanya bergantung pada luka mulut si ikan tongsan tadi.

Jadi kalau-kalau rasa ingin menaikkan ikan tongsan bersaiz besar jadi tuan-tuan perlulah berpindah tempat memancing, bukan berpindah dari kolam pancing tapi berpindah dari pondok memancing.

Untuk pengetahuan semua para pemancing ikan tongsan yang bersaiz 15 kg tadi adakala nya akan mencari makan jauh juga apabila ia lapar dan akan kembali semula ke lubuk asalnya ia mendiami akan tetapi beruntung lah para pemancing yang peka di mana lubuk asal ikan tongsan bersaiz 15kg itu mendiami. Pemancing tersebut akan mendaratkan dengan cepat ikan tongsan bersaiz 15 kg ini dari orang lain sekiranya luka dimulut ikan ini sudah sembuh sepenuhnya.

Jadi kenal pasti di mana lubuk-lubuk ikan tongsan besar selalu mendiami di kolam pancing tempat tuan-tuan sekian terima kasih.