Makluman kepada yang sudah membeli Umpan Online dari saya akan diterima masuk menyertai Group '' Tongsan King " Whatsup dan saya akan ajarkan seting ;
1. Bancuhan Umpan Tongsan yang saya jual secara online.
2. Bancuhan Paste.
3. Ikat perambut perambut spring ikan tongsan dari 2 Mata-5 Mata.
4. Perambut Tongsan mengelirukan ikan lain agar tidak mencuri umpan tongsan.
5. Pelampung batu hidup Ubah Suai.
6. Seting Gabus tongsan yang tepat.
7. Seting Level Air bancuhan pasir umpan tongsan.
8. Cara kepal umpan tongsan dengan cara yang betul.
9. Seting batu ladung mati.
Sesi pembelajaran semua seting umpan di atas adalah melalui video dalam whatsup group yang akan saya kongsikan kelak.
Segala seting di atas adalah untuk seting umpan tongsan yang saya jual secara online khas untuk pembeli-pembeli umpan saya secara online,kalau dapat naik selain ikan tongsan itu dikira bonus, saya bukan lah seorang pandai memancing ikan tongsan, berbekal dengan pengalaman yang saya ada insyaallah saya boleh ajarkan kepada tuan-tuan yang sudah membeli umpan tongsan keluaran saya nanti, agar tuan-tuan yang membeli umpan keluaran saya akan benar-benar memperolehi ikan tongsan kelak, insyaallah rezeki ada dimana-mana sahaja dan umpan tongsan ini adalah ikhtiar dari saya.
Saya mewujudkan whatsup ini adalah untuk berkenal- kenalan dengan tuan-tuan dan mewujudkan silaturahim di kalangan pemancing yang ada di seluruh negeri di malaysia ini di samping tujuan utama saya membantu para pemancing tongsan dan mencari sedikit pendapatan kepada tuan -tuan untuk menduduki Papan Jakpot dikolam tuan-tuan memancing serta keluarga saya sendiri,maksudnya di dalam situasi sama-sama menang, segalanya tidak datang secara percuma,segalanya memerlukan wang, sebelum ini pun semasa saya mula-mula memburu ikan tongsan saya pulang dengan tangan kosong juga sehingga hampir 6 bulan lamanya, berapa lama saya menghabiskan modal untuk memperlajari teknik memancing ikan tongsan dan menghabiskan wang untuk membuat kajian umpan tongsan ini, saya berharap agar para pembaca serta para pemancing yang membaca dalam blog ini FAHAM akan kesusahan yang saya alami sebelum saya benar-benar menjumpai umpan tongsan saya gunakan sekarang.
Saya juga tidak membuat paksaan kepada tuan-tuan serta pembaca untuk membeli umpan tongsan keluaran saya ini, terpulang lah pada tuan-tuan, testimonial sudah saya tunjukkan,tuan-tuan boleh nilaikan sendiri.
Untuk pengetahuan tuan-tuan serta para pembaca sekelian Umpan Tongsan hasil kajian saya ini bukan semestinya tuan-tuan akan menaikkan ikan tongsan besar,ikan tongsan pecah tabung jakpot dan sebagainya, umpan tongsan ini adalah ikhtiar dari saya,sekiranya ada rezeki tuan-tuan pada masa itu insyaallah rezeki tetap hak milik tuan-tuan juga, dan umpan ini juga tidak semestinya tuan-tuan pulang dengan tangan kosong selalu, saya percaya pada Rezeki Allah.
Syarat menyertai Group saya adalah bila mana tuan-tuan membeli dedak tongsan saya melebihi 2 kilogram insyaallah.
boleh bg no phone?
BalasPadamye zul ni no telifon saya 019-236 1080, boleh masej, call dan whatsup bila-bila masa kalau nak order dedak tongsan dan dedak mekong k.
BalasPadam