Isnin, 23 Mac 2015

Mari mengenal pasti Lubuk Tongsan di Kolam Pancing Berbayar..

Hi untuk Artikel kali ini saya ingin kongsikan dimanakah lubuk sebenar tongsan ketika di waktu Malam dan Siang di Kolam Pancing tempat tuan/tuan semua.


WAKTU SIANG KOLAM MEMANCING BERBAYAR

= Ini adalah permandangan kolam memancing berbayar di Kolam Pancing Sungai Buaya Rawang, ini adalah gambar hiasan untuk saya menceritakan suasana siang kolam memancing. Untuk pengetahuan para pembaca atau para pemancing, lubuk ikan tongsan yang sebenarnya ia di sebelah kolam kiri dan kanan hujung kolam, dimana kawasan ini jarang di ganggu para pemancing tiap kali memancing .

Ikan tongsan suka mendiami kawasan yang tenang di kolam yang jarang di labuhkan umpan para pemancing pemancing kolam atau juga kawasan yang tidak ada ikan-ikan lain bermain disitu maka disitu lah kawasan sebenar ikan-ikan tongsan mendiami di dasar kolam.

Lubuk ikan tongsan tidak mahu diganggu sepenuhnya oleh ikan-ikan tawar yang lain dan para pemancing-pemancing, manakala tempat pencarian makanan ikan tongsan adalah merata-rata tempat itu kalau ikan tongsan mahu mencari makan.


WAKTU MALAM KOLAM PANCING DHA KKB.

= Suasana malam sebegini adalah waktu yang sangat sesuai memancing ikan tongsan sisik halus, gelombang ombak boleh dilihat dipermukaan air sewaktu ikan-ikan tongsan mula mencari makan di kolam berbayar. Namun begitu Lubuk ikan tongsan tetap juga berada di hujung-hujung kolam yang jarang diganggu oleh pemancing serta ikan-ikan air tawar yang lain.

Tempat ikan tongsan mencari makan adalah di merata tempat juga dan akan balik semula ke lubuk untuk didiaminya.

Memang benar kata seorang pemancing tegar disetiap lubuk ikan-ikan tongsan mendiami terdapat seekor ikan tongsan yang bersaiz besar dari ikan-ikan tongsan yang lain. 

Akan ada seekor ikan tongsan saiz ABAH disitu dan yang lainnya kecil dari ikan tongsan besar tersebut, ini memang betul apa yang yang diceritkan oleh seorang yang saya kenali. Jadi sebagai seorang pemancing tongsan yang memburu tongsan kolam perlu memancing berubah-ubah tempat atau pondok. 

Maksud berubah-ubah tempat sehingga dapat ikan tongsan saiz besar itu, jika hari isnin kita berada di pondok kiri kolam hari selasa pula kita mesti berada di kanan kolam pula sehingga seterusnya.

Hal ini perlu dilakukan setelah kita berjaya menaikkan ikan tongsan yang besar dan banyak disitu, sekiranya belum lagi menaikkan ikan tongsan besar makan kita boleh lagi memancing disitu.

Maksud besar ialah ikan tongsan yang lebih dari ikan tongsan lain seperti 10kg kecil, 15 kilo besar dan apabila ikan yang bersaiz 15kg berjaya kita daratkan maka tidak ada lagi ikan tongsan 15 kilo bakal kita daratkan disitu seterusnya, namun begitu ikan tongsan yang bersaiz 15 kilo tadi akan kembali semula mendiami disitu dimana kita berjaya mendaratnya sebentar tadi.

Ikan tongsan yang bersaiz 15kg tadi tidak akan menjamah umpan kita sehingga mulutnya benar-benar sembuh sepenuhnya. Ikan tongsan akan kembali menjamah umpan kita paling lewat 2 minggu atau 1 bulan lamanya bergantung pada luka mulut si ikan tongsan tadi.

Jadi kalau-kalau rasa ingin menaikkan ikan tongsan bersaiz besar jadi tuan-tuan perlulah berpindah tempat memancing, bukan berpindah dari kolam pancing tapi berpindah dari pondok memancing.

Untuk pengetahuan semua para pemancing ikan tongsan yang bersaiz 15 kg tadi adakala nya akan mencari makan jauh juga apabila ia lapar dan akan kembali semula ke lubuk asalnya ia mendiami akan tetapi beruntung lah para pemancing yang peka di mana lubuk asal ikan tongsan bersaiz 15kg itu mendiami. Pemancing tersebut akan mendaratkan dengan cepat ikan tongsan bersaiz 15 kg ini dari orang lain sekiranya luka dimulut ikan ini sudah sembuh sepenuhnya.

Jadi kenal pasti di mana lubuk-lubuk ikan tongsan besar selalu mendiami di kolam pancing tempat tuan-tuan sekian terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan