Selasa, 28 April 2015

Cara membalingkan Umpan Tongsan ( BOM ) dengan cara yang betul


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung-pengunjung, pembaca serta rakan-rakan taulan sekalian, kali ini saya nak berkongsi cara bagaimana membaling umpan bom tongsan dengan cara yang betul dan tepat agar tuan-tuan tidak menyesal ketika memancing kelak.

Hal seperti ini ramai terjadi dikalangan pemancing-pemancing tongsan yang mana saya rasa ramai yang tidak sedar kita telah melakukan banyak kesilapan dalam memburu ikan tongsan sisik halus ini termasuk saya juga hahahaha...

Teknik yang betul untuk membalingkan umpan ( Bom Spring ) iaitu kita mesti baling dengan lurus di tengah-tengah kolam. Jangan baling umpan tuan-tuan menyerong ke kiri atau kekanan sebab nya tujuan baling lurus ke tengah kolam adalah bagi memudah kan kita untuk menyentap joran apabila ikan tongsan sudah terkena mata kail kita yang mana ketika itu tali pancing kita sudah tegang dan lurus.. Ini yang nak saya maksudkan tadi.













Tali pancing di baling lurus ke tengah-tengah kolam manakala rod tuan-tuan mesti tunduk ke bawah agar mudah untuk menyentap joran dan senang menegangkan tali pancing ketika tongsan sedang menyedut umpan tersebut.

Bila kedudukan joran tunduk kebawah kita dapat mengawal tiupan angin pada tali pancing da dapat di kawal sepenuhnya. Jangan membaling umpan secara menyerong ke kiri dan ke kanan..Apabila ikan tongsan sudah terkena mata pancing kita tidak dapat menyentap joran sebab ikan akan datang ke arah kita atau pun ikan tongsan akan bergerak ke tengah . Jadi mesti baling lurus ketengah kolam.

Umpan mesti baling satu tempat sahaja dan umpan tadi akan berlonggok satu tempat sahaja jadi peluang untuk kita mendapatkan ikan tongsan memang cerah sekali ini adalah teknik memancing ikan tongsan dengan cara yang betul dan tepat.



Di nasihati juga para pemancing tongsan agar tidak mengejar-gejar waktu membaling umpan, saya faham ramai memancing ikan tongsan pada hari ini sudah mahir mengenalpasti kehadiran ikan tongsan ini di kolam mahupun tasik setelah melihat gelombang air berlaku, itu menandakan tongsan sedang masuk ke kawasan kita ataupun ikan tongsan masuk ke kawasan lain jadi tak perlu kita baling pula umpan dekat ikan tongsan sedang bermain air tadi..apa perlu kita buat adalah dengan istiqamah tetap baling di tempat yang sama juga. 

Dimana umpan pertama anda baling maka di situ umpan akhir kita mesti baling, jangan menukar-nukar pondok memancing pula...baling lurus di tengah-tengah kolan itu sudah memadai, akhir sekali tawakal dan sabar menunggu rezeki dari nya insyaallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan