Ahad, 24 Mei 2015

Teknik Memancing Dasar Menggunakan Batu Ladung Saiz No.1


Hi...Kali ini saya akan mengongsikan teknik memancing menggunakan Batu Ladung bagi menjerat ikan tongsan sisik halus yang begitu licik mencuri umpan kita, bukan mudah untuk mendaratkan ikan tongsan yang bersaiz besar yang begitu licik dan cerdik. 

Ikan Tongsan yang bersaiz 10-22 kilogram adalah kategori ikan tongsan yang bersaiz besar yang licik menyedut umpan pemancing, ia makan tidak gopoh berbanding ikan tongsan yang bersaiz 9 kilo ke bawah. Ini membuatkan para pemancing ikan tongsan gelisah di kolam, ikan tongsan yang bersaiz besar akan menyedut umpan pancing mengambil masa yang agak lama sehingga mencecah 1 hingga 3 jam lamanya.

Para pemancing harus bersabar dengan karenah ikan tongsan yang bersaiz besar ini, jangan cepat menarik pancing sekiranya kita sudah lihat tanda-tanda ikan ini sudah masuk ke lubuk kita membalingkan umpan kita, jika ikan ini sudah masuk terlihat gelombang air di kawasan di mana kita membalingkan umpan tadi jadi kita harus menunggu seberapa lama yang boleh.

Kita dapat melihat apabila straw atau signal ikan kita sudah turun dengan lembut ke bawah apabila ikan ini sudah mula menyedut umpan kita, ikan besar ini sangat licik, jika tali pancing kita turun secara perlahan-lahan dah berhenti, apa perlu kita buat adalah kita mesti sentiasa di dalam keadaan berjaga-jaga sebab tidak lama lagi tali pancing kita akan di tarik deras oleh ikan ini.

Kita mesti menegangkan berkali-kali tali pancing kita apabila tali pancing kita kendur berkali sehingga mata pancing benar-benar berada dan mengena mulut ikan ini, Jika tali pancing turun dengan lembut dan tali pancing naik semula separuh tegang kita dah boleh sentap pancing kita.

Sebenarnya apabila tali pancing tuan-tuan sudah kendur, mata kail  sudah berada di dalam mulut ikan  itu, hanya tunggu masa ikan itu menarik sahaja tali pancing kita.

Teknik ini jika memancing dasar di kolam berbayar, ramai juga yang tidak tahu sebiji umpan tongsan yang dikepal di spring ini boleh bertahan selama 3 jam di dalam air atau di dasar kolam, benar kalau di ikutkan umpan-umpan yang di kepal di spring sudah mula lerai sepenuhnya namun begitu umpan-umpan tadi masih lagi berada di bawah spring kosong tadi dan masih tidak hilang di dasar kolam, ikan tongsan terpaksa juga menyedut umpan ini walaupun umpan di spring tadi sudah 1 jam terlerai dari spring, jika ketika itu ikan tongsan sudah masuk di kawasan kita dan kita rasa umpan ini sudah habis spring dan dengan serta merta menarik spring kosong ini maka peluang untuk mendaratkan ikan ini memang tidak akan berhasil sepenuhnya, ini yang saya katakan ikan tongsan bersaiz besar begitu licik mencuri umpan.

Untuk ikan tongsan yang begitu licik ini kita perlu menggunakan batu ladung bersaiz nombor 1 di ikat di pin pancing kita lihat seperti gambar di bawah ini.




Saya terpaksa menggunakan batu ladung ini untuk mendaratkan ikan tongsan yang bersaiz besar yang begitu pandai mencuri umpan dan begitu lama menyedut umpan. Fungsi batu ladung ini sangat banyak ;

1. Batu ladung berfungsi menahan umpan kita dari bergerak jauh apabila umpan kita di tarik atau disedut ganas oleh ikan, jadi umpan kita tidak akan bergerak kemana-mana dan sentiasa berada di situ maka umpan kita masih selamat di bawah spring bila umpan ini sudah terlerai dari spring.

2. Jika terdapat batu ladung ini, kita dapat menjimatkan umpan kita dan kita boleh membiarkan umpan tongsan kita sehingga 3 jam lamanya di dasar kolam, manakala signal straw berperanan sebagai isyarat menandakan ikan masih lagi berada di umpan kita jadi kita tidak perlu menarik pancing untuk mengantikan umpan baru, apa perlu kita buat adalah hanya menunggu dan menegang tali pancing itu sahaja.

3. Dengan adanya batu ladung ini, kita dapat menegangkan tali pancing kita yang sudah kendur apabila di sedut ikan yang mahir mencuri umpan, jadi kerja kita mudah dan jimat masa dan tenaga.

4. Dapat meluruskan tali pancing setiap kali kita melabuhkan umpan dan tidak perlu menunggu masa yang agak lama sewaktu ingin menegangkan tali pancing.

5. Batu ladung ini juga secara otomatik bertindak sebagai penahan mata kail dan secara otomatik menyakutkan mata kail di mulut ikan dan apabila mulut ikan membuat pergerakkan secara perlahan hujung mata kail sudah tertanam di mulut ikan di kawasan yang lembut, jadi kita mesti memeriksa mata kail kita setiap kali turun memancing ini kerana kita tidak tahu sama ada mata kail kita masih tajam atau tumpul. Disetiap mata kail yang baru digunakan kita dapat melihat jarum halus yang sangat tajam, jarum halus ini lah yang amat berbahaya dan batu ladung ini lah membantu mata pancing tajam ini dan secara otomatik mencucuk mulut ikan di kawasan yang lembut itu tadi.

Saya berharap mudah mudahan dari perkongsian teknik ini dapat membantu para pemburu tongsan sepenuhnya, jadi gunakan lah batu ladung ini sebagai senjata para pemancing untuk mendaratkan ikan tongsan yang bersaiz besar yang begitu licik, pastikan mata pancing tuan-tuan dalam keadaan tajam dan kerap memeriksanya setiap kali turun memancing kolam berbayar, jika tumpul mata kail tuan-tuan perlu lah ditukar dengan yang baru. Insyaallah jika ada masa yang terluang saya akan berkongsi lagi artikel-artikel yang baru bagi tatapan para pemburu ikan tongsan,sekian.





Ahad, 17 Mei 2015

Info Terbaru Ikan Tongsan Sisik Halus.
















Gambar ikan yang di daratkan oleh Muhd Sharul Temerloh.

Semalam saya seperti biasa di setiap hujung minggu akan memburu ikan tongsan ini, sudah jadi rutin saya di setiap hujung minggu akan memburu ikan spesis ini. Waktu mancing semalam adalah sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi sebab peraturan memancing di kolam itu hanya sekitar 6 pagi sahaja dan kolam itu berehat selama 1 jam di setiap hari. ada juga kolam pancing mengenakan syarat seperti ini, apa boleh buat sebagai pemancing ikan ini,saya terpaksa menurutkan sahaja undang-undang yang telah ditetapkan oleh Pengusaha Kolam Pancing ini.

Kolam itu di rahsiakan bagi menjaga nama baik dan reputasi kolam, rasanya ramai pemancing yang tahu di mana lokasi kolam pancing yang saya maksudkan tadi.

Untuk kali ini saya ingin menceritakan perangai sebenar ikan tongsan ini yang mana saya perolehi sewaktu memburunya semalam. Mungkin ramai yang tidak tahu perangai ikan ini, namun begitu saya akan mengongsikan cerita nya kepada para pembaca yang mana saya rasa ramai yang tidak setuju akan artikel yang saya kongsikan ini.

Info terbaru yang saya perolehi dari ini, saya menganggap ikan tongsan sisik halus merupakan sejenis ikan yang malas untuk bergerak di sekitar kawasan sesebuah kolam apabila ikan ini sudah kenyang, percaya atau tidak apa yang saya ceritakan, terpulang pada pedirian masing-masing.

Hampir setiap minggu,bulan dan tahun saya memburu ikan ini dan mengenal pasti setiap lubuk-lubuk ikan ini di kolam berbayar dan saya mendapati ikan tongsan sisik halus hanya akan bergerak ke lokasi-lokasi kolam apabila ia mula lapar dan ingin mencari makan, jika ia dalam kekenyangan ia akan keluar dari sarangnya dan bergerak ke setiap sudut kolam untuk mencari makan.

Bukti yang saya terima semalam, saya sudah mengenal pasti lokasi ikan ini berada dan seperti biasa ingin mendaratkannya, waktu saya ingin melabuhkan umpan , saya mendapati lubuk ikan ini sudah dikunjungi oleh ikan-ikan patin terlebih dahulu yang mana ikan-ikan patin bersaiz sederhana ini sedang mengutip umpan-umpan dari pemancing ikan rohu lain yang telah di longgokkan lama di lokasi lubuk ikan tongsan itu. Apabila pemancing ikan rohu sudah pulang dari lokasi lubuk ikan tongsan itu maka umpan-umpan ikan rohu yang telah di longgok berjam- jam lamanya memancing disitu sudah menjadi banyak. 

Pemancing ikan rohu yang telah menlonggokan umpan disitu sudah balik dan kini telah dikunjungi oleh si ikan patin yang mana saya rasa umpan tadi sudah basi dan masam  maka sebab itu lokasi itu telah dikunjungi oleh ikan patin.

Di lokasi itu pula merupakan lubuk ikan tongsan yang sudah saya kenal pasti lama dan saya yakin disitu lah lubuk ikan tongsan. Waktu itu saya ingin membalingkan umpan tongsan, saya lihat lubuk itu telah kunjingi oleh ikan -ikan patin maka saya membalingkan umpan tongsan saya ke tempat lain , bukan di lubuk yang saya kenal pasti terdapat ikan tongsan itu, Memang pelik seekor ikan tongsan pun tidak mahu datang ke arah umpan tongsan yang saya baling tadi, kebetulan kolam tersebut tidak melepaskan banyak ikan tongsan, saya dapat tahu kolam pancing tersebut hanya meletakkan ikan tongsan disitu hanya sekitar 4ekor sahaja.

Hampir berjam jam saya membalingkan umpan tongsan di tempat yang sama semasa memancing disitu malah seekor tongsan pun tidak mahu mengusik umpan tongsan saya tadi, aksi ketuk mengetuk umpan pun tidak kelihatan pada malam itu, saya mula hairan kenapa ia terjadi macam itu ?. iyalah saya tidak membalingkan umpan ini di lubuk itu sebab terdapat banyak ikan patin di lubuk tongsan itu jadi saya baling umpan tongsan di tempat lain sebab saya tahu ikan tongsan tidak suka bila ada ikan patin di lubuknya dan bergegas lari, itu yang saya faham tapi sebenarnya tidak. 

Jadi malam itu saya mulalah fikir yang bukan-bukan kenapa ikan tongsan sisik halus langsung tidak mengusik umpan saya, saya mula memeriksa umpan tongsan saya takut-takut saya salah 'seting bau' atau sebagainya tapi rasanya semua 'seting umpan' saya pada malam itu dalam keadaan yang betul, dengan rasa tidak puas hati, saya telah mengambil risiko dan mula membalingkan umpan tongsan di lubuk tongsan yang sebenar, yang mana saya dapati pada malam itu terdapat banyak ikan patin di lubuk ikan tongsan itu.

Tidak sampai 3 minit umpan tongsan saya tadi telah pun diketuk-ketuk oleh ikan mulut besar ini, dari situ lah saya mendapati ikan tongsan sisik halus ini adalah sejenis ikan yang pemalas apabila ia sudah kenyang dan hanya mendiamkan diri di lubuknya dan tidak menghiraukan kehadiran apa jenis ikan pun disitu, ia tetap berada di sarangnya, saya tidak pasti kenapa ikan tongsan ini hanya mendiamkan diri di lubuknya. 

Kesimpulan yang saya terima dari kejadian ini adalah kemungkinan besar ikan ini sudah kenyang dan tidak akan bergerak kemana- mana selagi ia masih tidak berasa lapar, Ia kenyang membuatkan ia malas untuk bergerak kemana-mana sahaja di sudut kolam pancing berbayar.

Dari info yang saya perolehi ikan tongsan sisik  halus juga akan malas bergerak setelah ia mula kenyang dan ia tidak meninggalkan sarangnya, saya berharap agar info ini sedikit sebanyak dapat membantu para pemburu ikan tongsan mengenal pasti perangai pelik ikan ini, 

Jika benar perangai ikan tongsan berkelakuan seperti ini memang amat sukar para pemancing untuk memburu ikan target ini dan tidak hairan lah jika JP TONGSAN SISIK HALUS mencecah naik sehingga Ribuan Ringgit di kolam-kolam pancing yang menyediakan JP Tongsan ( Jakpot Pecah ) sekian terima kasih.


Jumaat, 15 Mei 2015

Percaya atau Tidak Ikan Tongsan Sisik Halus merupakan kategori Ikan yang berpuak-puak...?




Percayakah atau tidak ikan tongsan sisik halus merupakan ikan tongsan yang hidup berpuak puak ..??
Selama hampir 2 tahun mengkaji ikan ini saya mendapati ikan tongsan sisik halus ini suka menunggu di kawasan tenang dan ia berpuak-puak, disetiap lokasi kolam terdapat sebanyak 1 hingga 3 ekor sahaja ikan ini berada disitu. 

Ikan tongsan ini tidak suka kehadiran ikan-ikan air tawar yang lain  seperti ikan Patin,Mekong,Rohu,Pacu dan berjenis-jenis ikan air tawar. Sekiranya sarang dan  koloni nya di ganggu ia akan lari dan akan membina koloni yang baru selepas itu.

Disetiap kawasan atau lubuk tongsan ini akan ada seekor ikan tongsan sisik halus yang bersaiz besar disitu, kadang-kadang terdapat 1-6 ekor ikan tongsan di setiap lubuk termasuk yang saiz besar mencapai saiz 20 keatas disitu. Walaupun ia telah terkena mata pancing ia seperti biasa 2 hari selepas itu ia akan kembali tinggal di lubuk lamanya.

Bagi pemancing yang sudah tahu lokasi ikan ini tinggal maka beruntung lah ia, kemungkinan besar ia akan berkali-kali  menaikkan ikan besar seberat 20 kilogram ini namun bancuhan umpan mesti lah berbeza-beza . ikan tongsan bersaiz bezarakan  dapat mengenal pasti umpan yang telah dimakan nya dahulu selama 6 bulan lamanya,percaya atau tidak...??

Pengalaman saya memburu ikan tongsan bersaiz besar banyak kali melihat ikan yang bersaiz besar ini banyak kali telah di daratkan di tempat yang sama atau dilubuk yang sama.

Ikan yang telah terkena mata pancing ini akan kembali lagi menyedut umpan setelah mulut atau tubuhnya kembali sihat dan lukanya kembali pulih. sekiranya didalam kolam itu terdapat seekor sahaja ikan tongsan JP ( Jakpot Pecah ) , iaitu ikan sasaran target jakpot ini akan menyebabkan nilai JP itu akan melambung tinggi sehingga mencecah RM 5000, Nilai JP ikan tongsan ini akan naik dari hari ke hari.

Sekiranya kita pernah menaikkan ikan JP ini maka bancuhan umpan tongsan JP ini perlulah di tukar jika tidak, peluang ikan tongsan didaratkan oleh si Pemancing lain amat cerah. Kita tahu dimana lubuk ikan tongsan ini jadi perlu lah tukar bancuhan bau umpan kita ini.

Ikan tongsan ini seakan-akan mempunyai seekor " Ketua" di setiap lubuknya, namun bergitu ia akan mencari makan di setiap sudut kolam dan kembali semula ke sarang atau lubuknya, begitu lah perangai ikan tongsan ini di saban hari.

Ikan tongsan amat suka tinggal di kawasan air yang tenang dan sunyi jauh dari gangguan ikan-ikan lain. bagi yang mahir, ia pasti akan dapat melihat ikan - ikan ini keluar dari sarangnya melalui gelombang air seperti sunami di kawasan itu maka disitu lah sarang ikan-ikan ini boleh di kenal pasti.

Percaya atau tidak itu terpulang pada pandangan masing-masing, ini adalah perkongsian yang mana saya rasa pernah mengalami situasi ini selama 2 tahu memburu ikan tongsan JP. Tabiat saya suka mengkaji tabiat ikan, namun begitu saya bukanlah seorang Profesor, saya hanya lah seorang pemancing biasa dan suka membuat Kajian Umpan Ikan dan mengkaji karenah ikan ini.

Ye lah tuan-tuan cuba bayangkan sama ada tuan-tuan kecewa atau setiap kali turun memancing asyik pulang dengan tangan kosong sahaja, setiap kali memancing ikan tak pernah nak sedut umpan . Kalau ikutkan memang betul lah kata orang rezeki tak ada jangan cepat mengeluh setiap kali balik dengan tangan kosong.

Saya juga percaya dengan takdir apabila saya tidak dapat mendaratkan apa-apa jenis ikan, tapi mustahillah sekiranya di dalam kolam pancing tuan-tuan memang terdapat  puluhan ekor ikan tongsan, tak kan lah seekor pun tidak menyedut umpan ikan kita.
Sekurang kurang dalam 30 ekor ikan tongsan yang berada di dalam kolam itu seekor dapat kita daratkan, berbaloi jugalah atau setidak-tidaknya ada juga ikan tongsan yang ketuk-ketuk umpan kita betul tak.

Bagi sesetengah pemancing mereka tak kisah pada hari itu umpan tongsan mereka tidak disedut ikan atau langsung tidak mendaratkan ikan. Namun bagi saya lain caranya, kalau ikan saya tidak berjaya saya daratkan namun sekurang- kurangnya umpan saya tadi ada disentuh ikan itu sahaja saya nak.

Selagi ikan tongsan tidak ketuk-ketuk umpan saya selagi itu lah saya membuat kajian umpan tongsan dengan tidak putus asa sampai bila-bila, itu lah prinsip hidup saya selama memburu ikan tongsan ini, sekian terima kasih.

Perambut Tongsan / Mekong untuk di Jual


Salam dan salam sejahtera kepada pengunjung serta pembaca sekelian. Hari ini saya ada menjual perambut Ikan Tongsan dan perambut Ikan Mekong. Perambut ikan ini amat sesuai untuk memancing menggunakan Pelampong serta Teknik Dasar kolam, Perambut ini sudah saya ukur sepenuhnya dan siap untuk dijual kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Untuk Perambut ikan mekong ini, ia sesuai jika memancing teknik dasar kolam manakala untuk teknik pelampung ia tidak sesuai. Perambut Ikan Mekong kalau memancing menggunakan teknik pelampung memang tidak sesuai, jadi untuk perambut mekong yang menggunakan teknik pelampung mesti pendek sedikit ukuran nya.

Manakala kala tali perambut ini adalah 100 paun, untuk ikan mekong ia amat sesuai dan juga ikan tongsan. Mata pancing pula saya gunakan ialah Mata Pancing Gamakatsu jenis Shinner Hock UE yang terbaru dan ia amat sesuai untuk 2 jenis ikan ini.

Sekiranya nak beli, biar lah mencecah berat sekilogram ini kerana harga Pos Laju agak mahal dan tidak dapat saya elakkan.

Harga untuk Perambut Ikan Tongsan serta Perambut Ikan Mekong ini adalah sekitar  Rm 7.00 sebuah. Berminat sila hubungi saya : 019-2361080.