Gambar ikan yang di daratkan oleh Muhd Sharul Temerloh.
Semalam saya seperti biasa di setiap hujung minggu akan memburu ikan tongsan ini, sudah jadi rutin saya di setiap hujung minggu akan memburu ikan spesis ini. Waktu mancing semalam adalah sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi sebab peraturan memancing di kolam itu hanya sekitar 6 pagi sahaja dan kolam itu berehat selama 1 jam di setiap hari. ada juga kolam pancing mengenakan syarat seperti ini, apa boleh buat sebagai pemancing ikan ini,saya terpaksa menurutkan sahaja undang-undang yang telah ditetapkan oleh Pengusaha Kolam Pancing ini.
Kolam itu di rahsiakan bagi menjaga nama baik dan reputasi kolam, rasanya ramai pemancing yang tahu di mana lokasi kolam pancing yang saya maksudkan tadi.
Untuk kali ini saya ingin menceritakan perangai sebenar ikan tongsan ini yang mana saya perolehi sewaktu memburunya semalam. Mungkin ramai yang tidak tahu perangai ikan ini, namun begitu saya akan mengongsikan cerita nya kepada para pembaca yang mana saya rasa ramai yang tidak setuju akan artikel yang saya kongsikan ini.
Info terbaru yang saya perolehi dari ini, saya menganggap ikan tongsan sisik halus merupakan sejenis ikan yang malas untuk bergerak di sekitar kawasan sesebuah kolam apabila ikan ini sudah kenyang, percaya atau tidak apa yang saya ceritakan, terpulang pada pedirian masing-masing.
Hampir setiap minggu,bulan dan tahun saya memburu ikan ini dan mengenal pasti setiap lubuk-lubuk ikan ini di kolam berbayar dan saya mendapati ikan tongsan sisik halus hanya akan bergerak ke lokasi-lokasi kolam apabila ia mula lapar dan ingin mencari makan, jika ia dalam kekenyangan ia akan keluar dari sarangnya dan bergerak ke setiap sudut kolam untuk mencari makan.
Bukti yang saya terima semalam, saya sudah mengenal pasti lokasi ikan ini berada dan seperti biasa ingin mendaratkannya, waktu saya ingin melabuhkan umpan , saya mendapati lubuk ikan ini sudah dikunjungi oleh ikan-ikan patin terlebih dahulu yang mana ikan-ikan patin bersaiz sederhana ini sedang mengutip umpan-umpan dari pemancing ikan rohu lain yang telah di longgokkan lama di lokasi lubuk ikan tongsan itu. Apabila pemancing ikan rohu sudah pulang dari lokasi lubuk ikan tongsan itu maka umpan-umpan ikan rohu yang telah di longgok berjam- jam lamanya memancing disitu sudah menjadi banyak.
Pemancing ikan rohu yang telah menlonggokan umpan disitu sudah balik dan kini telah dikunjungi oleh si ikan patin yang mana saya rasa umpan tadi sudah basi dan masam maka sebab itu lokasi itu telah dikunjungi oleh ikan patin.
Di lokasi itu pula merupakan lubuk ikan tongsan yang sudah saya kenal pasti lama dan saya yakin disitu lah lubuk ikan tongsan. Waktu itu saya ingin membalingkan umpan tongsan, saya lihat lubuk itu telah kunjingi oleh ikan -ikan patin maka saya membalingkan umpan tongsan saya ke tempat lain , bukan di lubuk yang saya kenal pasti terdapat ikan tongsan itu, Memang pelik seekor ikan tongsan pun tidak mahu datang ke arah umpan tongsan yang saya baling tadi, kebetulan kolam tersebut tidak melepaskan banyak ikan tongsan, saya dapat tahu kolam pancing tersebut hanya meletakkan ikan tongsan disitu hanya sekitar 4ekor sahaja.
Hampir berjam jam saya membalingkan umpan tongsan di tempat yang sama semasa memancing disitu malah seekor tongsan pun tidak mahu mengusik umpan tongsan saya tadi, aksi ketuk mengetuk umpan pun tidak kelihatan pada malam itu, saya mula hairan kenapa ia terjadi macam itu ?. iyalah saya tidak membalingkan umpan ini di lubuk itu sebab terdapat banyak ikan patin di lubuk tongsan itu jadi saya baling umpan tongsan di tempat lain sebab saya tahu ikan tongsan tidak suka bila ada ikan patin di lubuknya dan bergegas lari, itu yang saya faham tapi sebenarnya tidak.
Jadi malam itu saya mulalah fikir yang bukan-bukan kenapa ikan tongsan sisik halus langsung tidak mengusik umpan saya, saya mula memeriksa umpan tongsan saya takut-takut saya salah 'seting bau' atau sebagainya tapi rasanya semua 'seting umpan' saya pada malam itu dalam keadaan yang betul, dengan rasa tidak puas hati, saya telah mengambil risiko dan mula membalingkan umpan tongsan di lubuk tongsan yang sebenar, yang mana saya dapati pada malam itu terdapat banyak ikan patin di lubuk ikan tongsan itu.
Tidak sampai 3 minit umpan tongsan saya tadi telah pun diketuk-ketuk oleh ikan mulut besar ini, dari situ lah saya mendapati ikan tongsan sisik halus ini adalah sejenis ikan yang pemalas apabila ia sudah kenyang dan hanya mendiamkan diri di lubuknya dan tidak menghiraukan kehadiran apa jenis ikan pun disitu, ia tetap berada di sarangnya, saya tidak pasti kenapa ikan tongsan ini hanya mendiamkan diri di lubuknya.
Kesimpulan yang saya terima dari kejadian ini adalah kemungkinan besar ikan ini sudah kenyang dan tidak akan bergerak kemana- mana selagi ia masih tidak berasa lapar, Ia kenyang membuatkan ia malas untuk bergerak kemana-mana sahaja di sudut kolam pancing berbayar.
Dari info yang saya perolehi ikan tongsan sisik halus juga akan malas bergerak setelah ia mula kenyang dan ia tidak meninggalkan sarangnya, saya berharap agar info ini sedikit sebanyak dapat membantu para pemburu ikan tongsan mengenal pasti perangai pelik ikan ini,
Jika benar perangai ikan tongsan berkelakuan seperti ini memang amat sukar para pemancing untuk memburu ikan target ini dan tidak hairan lah jika JP TONGSAN SISIK HALUS mencecah naik sehingga Ribuan Ringgit di kolam-kolam pancing yang menyediakan JP Tongsan ( Jakpot Pecah ) sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan