Sebenarnya ramai yang takut untuk menyauk ikan tongsan dengan tangguk apatah lagi ikan yang ditarik itu bersaiz bangak-bangak.Untuk kali ini saya akan mengajar bagaimanakah cara yang betul menyauk ikan tongsan ke darat apabila ikan tongsan tadi sudah bolt...?
Cara yang amat mudah untuk menangguk ikan tongsan yang sudah bolt dalam air adalah dengan menggunakan tangguk/sauk ikan yang bersaiz besar.Agar ikan yang kita daratkan nanti tidak terlepas .
Sebelum ikan tongsan tadi siap sedia untuk disauk, penyauk ikan tadi mesti lah bercangkung di tebing kolam dan badan tidak perlu bergerak hanya stay satu tempat sahaja, manakala si pemancing akan menarik ikan tadi kearah si penyauk ikan tadi.
Semasa ikan tongsan yang masih lagi ditarik si pemancing ikan tadi pasti melawan apabila sudah sampai kearah tebing kolam, waktu ketika itu tali pancing jangan di kendurkan, tali pancing perlu tegang agar ikan tongsan tidak menyetap pancing bila sampai kearah tebing.
Cara yang terbaik untuk menyauk adalah dengan menyakut bahagia kepala ikan terlebih dahulu. bila anda menyauk ikan tongsan si pemancing lain atau pun member anda, apabila ikan tadi terkejut maka ikan tongsan tadi secara otomatik akan masuk ke dalam sauk anda. Jangan sauk ikan tongsan tadi melalui ekor ini boleh menyebabkan ikan tadi terkejut dan menyentap pancing anda dan ikan boleh terlepas, kadang-kadang ada juga pemancing yang mengunakan mata pancing yang banyak, kemungkinan mata pancing tadi tersangkut, sebagai contoh ada si pemancing ikan tongsan yang menggunakan perabut rambai, spring 5 mata, cakar ayam dan sebagainya.
Mohon maaf dari saya sebab tidak dapat menyediakan gambar untuk tatapan pembaca, maklum lah blog yang di bina masih lagi baru dan masih dalam penyelenggaraan .
Saya berharap agar perkongsian saya kali ini dapat membantu otai-otai tongsan yang lain,sekian terima kasih..
Selamat datang ke blog umpan ikan tongsan, rezeki allah tentukan manakala umpan adalah ikhtiar..
Sabtu, 13 Disember 2014
Jumaat, 5 Disember 2014
Contoh Ikatan Perambut Ikan Tongsan yang BETUL...
Sering kali kita dengar ramai pemancing-pemancing ikan tongsan yang mengatakan ikan yang didaratkan oleh mereka, mengapa ini terjadi?.
Disini saya ada menyediakan sedikit artikal dan saya berharap ia nya akan membantu kawan-kawan yang memburu ikan tongsan kolam, semoga selepas ini ramai yang akan bergelar otai-otai TONGSAN amen..
Mari kita lihat gambar-gambar yang saya sedikan di bawah ini :

Ini merupakan salah satu contoh ikatan Perambut Ikan Tongsan yang betul, ikatan perambut yang betul maka ikan tongsan yang bakal kita daratkan nanti menyebabkan ia 'BOLT' cuba lihat dari ukuran tangan saya dari spring dengan mata pancing tersebut,jadi inilah ikatan perambut yang betul, bukan itu sahaja, kalau ikan mekong,patin,pacu juga boleh bolt juga.
Bagi gambus pulak, kalau dari pemerhatian saya lebih elok masukkan 5/6 biji sahaja gambus tersebut dan masukkan getah selepas itu. Tak kisah jenis gambus warna apa pun. Apabila di dalam air mata pancing tersebut akan berdiri menegak dan baki mata pancing jenis sabit ini amat berbahaya pada ikan tongsan.
Ini adalah mata pancing sabit Jenis Gamakatsu - Shiner Hook SE-Code 51413-Saiz 3- Quantity 5
Ini adalah jenis mata pancing yang paling sesuai mendaratkan ikan tongsan ringan,kuat dan tajam. Bagi sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkannya saya ada menjual dalam menjual,sila order-order.
Ini adalah perambut ikan tongsan yang telah siap saya ikat. Juga boleh order dengan saya, harga mengikut pasaran terkini, boleh order dengan saya.
Disini saya ada memberikan sedikit perkongsian bagaimana ikan tongsan yang kita daratkan akan menyebabkan mata pancing ini akan kena " BOLT'.
Sebelum itu ikan tongsan mempunyai cara memakan umpan ada pelbagai cara, pemancing haruslah sentiasa peka bagaimana cara ikan ini mengusik dan sedangkan menjamah umpan kita :
1. Ikan tongsan yang sedang menjamah umpan pancing boleh dilihat apabila Radar/signal kita naik dan turun secara pelahan-lahan,Ia makan seperti tarikan seakan-akan Udang Galah. Radar akan naik pelahan-lahan dan turun juga pelahan. Jika keadaan seperti ini kita haruslah berjaga-jaga sebab sebentar sahaja lagi mesin kita akan berbunyi dan standby untuk di rembat. Waktu ini juga tarik pancing perlu lurus dan sentiasa menjaga tali pancing agar sentiasa lurus.Kita biarkan sahaja tali pancing kita ditarik ikan.
2. Adakalanya tali pancing kita seperti diketuk-ketuk ini menandakan ikan tongsan sedang menjamah dan menyedut umpan kita, namun keadaan ketuk-ketuk ini terlalu lama dan tarik masih lagi belum shoot, ini menandakan ikan yang sedang makan umpan itu adalah jenis ikan yang bagak dan besar, ini adalah katogeri ikan jakpot yang bersaiz 10kg keatas.Waktu ini kita juga perlu standby sebab bila-bila masa sahaja ia akan shot.
3.Radar kita naik secara mendadak dan mesin terus berbunyi ini menandakan ikan dah shot dan perlulah di rebat secara lembut. kalau rebat kuat-kuat dikhuatiri perambut pula boleh terputus.
Kadang-kadang ada juga waktu ikan tongsan ini nak mula makan air kolam keadaan tenang, ikan tongsan agak sukar dikesan apabila waktu ia hendak mula makan, jadi haruslah sentiasa peka.
Cukuplah sampai disini dahulu, tunggu artikal yang seterusnya,semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu para pemancing ikan tongsan,terima kasih.
Benar kah ikan tongsan spesis ikan sentiasa LAPAR?
Hai selamat bertemu kembali dengan artikel yang mungkin mengelirukan si pemancing,pemburu dan pemabaca pada kali ini..
BENAR KAH IKAN TONGSAN SPESIS IKAN YANG SERING KELAPARAN...???
Jawapan : YA.. Benar, ikan tongsan merupakan sejenis ikan yang sering lapar, hasil kajian saya mendapati ikan tongsan ini sentiasa hendak makan umpan-umpan ciptaan baru.
Ikan tongsan adalah sejenis ikan yang sangat licik, ikan-ikan tongsan ini akan mula hendak makan apabila terjadi gelombang air di permukaan kolam seperti kemunculan gelombang sunami kecil, itu menandakan ikan tongsan dah mula hendak makan umpan kita.
Ikan tongsan ini akan makan menyedut umpan tadi dan menyimpan dedak-dedak di sebuah tempat dimulut nya yang mana di panggil proses menentukan makanan yang benar-benar di hadamkan. Ikan tongsan akan benar-benar menelan umpan yang nenepati citarasa nya, manakala umpan yang tidak menepati citarasanya akan diluahkan kembali, ini saya maksudkan ikan tongsan sejenis ikan yang sentiasa lapar.
Pada awalnya kita lihat ikan tongsan ini seperti sedang makan umpan kita, ia seperti menyedut dedak-dedak kita tadi sampai licin tetapi dedak-dedak tadi akan dikumpulnya di dalam mulut dan belum di hantar ke perut lagi. Dedak-dedak tadi di kumpulkan di satu tempat di namakan proses akhir dimana dedak tadi itu akan benar-benar di hadam si tongsan tersebut, manakala dedak-dedak yang telah disedutnya akan dikeluarkan semula oleh ikan tongsan tersebut. Begitulah proses yang akan sentiasa dilakukan oleh ikan tersebut.
Pernahkah kita melihat seekor kera sedang makan..?? sebelum proses penghadaman apakah si kera itu lakukan, dimanakah makanan-makanan tadi di simpan oleh kera itu dimulutnya..??
Ya..Kita kita akan lihat kera tadi sedang mengumpul makanan-makanan dimulutnya, makanan itu akan menjalankan proses akhir untuk di hadamkan oleh kera tadi, manakala makanan yang tidak menepati citarasanya akan diluahkan kembali dari mulutnya.Begitulah terjadinya pada spesis ikan tongsan ini.
Namun mengapakah si ikan tongsan tidak mahu menjamah dedak-dedak kita..?? untuk artikal itu sila cari artikal itu di keluaran blog saya yang lepas..sekian terima kasih.

Rabu, 3 Disember 2014
Apakah sebab utama ikan tongsan tidak mahu makan
Bertemu kembali kita pada artikal yang seterusnya, apakah punca-punca ikan tongsan tidak mahu makan..?? Ini ada persoalan yang selalu bermain di fikiran pemburu-pemburu ikan tongsan kolam pancing berbayar ketika memancing, berbagai-bagai sumpah seranah ketika berada di kolam pancing ketika itu, macam-macam gelagat dan kata-kata yang dilemparkan oleh pemancing tongsan ketika itu.
Punca-punca utama kenapa sang tongsan ini tidak mahu menjamah umpan adalah :
1. Mulut ikan tongsan masih lagi luka dan ia tidak akan menjamah umpan walaupun umpan yang kita lemparkan adalah mengikut cita rasanya.
2. Adakalanya juga ikan tongsan tidak ada peluang untuk makan mungkin ketika itu umpan tongsan kita di gemari oleh spesis ikan patin, ikan rohu,pacu,mekong, dan berbagai-bagai jenis ikan air tawar ketika itu, orang kata umpan umiversal, umpan jenis ini akan digemari oleh seluruh penghuni kolam air tawar itu tak terkecuali ikan talapia, ikan baung,ikan keli dan berbagai-bagai jenis ikan hidup di kolam tersebut.
3. Penggunaan mata kail yang tidak betul menyebabkan ikan tidak shoot, ikan tongsan suka umpan kita akan tetapi kita salah seting mata pancing,mungkin mata pancing terlalu pendek, mata pancing bercantum satu dengan yang lain.mata pancing tidak timbul keatas,gambus tidak ditukar senang kata teknik ikatan mata pancing kita tidak betul.
4. Teknik rebat yang sering kita gunakan ini membuatkan ikan tongsan takut menghampiri umpan kita, jika tongsan nak makan pun akan lambat,
5. Hujan terlalu lebat ketika itu, keaktifan ikan tongsan mula kurang ketika itu.
6. Berlaku keaktifan spesis ikan lain di lubuk si tongsan ketika itu,suhu air berperanan mengaktifkan penghuni-penghuni spesis ikan lain di ketika itu, ikan tongsan mula takut dan beralih di tempat lain.
7. Ada juga aktiviti tidak baik oleh si pemancing lain,
8. Umpan yang kita gunakan tidak menepati citarasa si tongsan, jadi ikan tongsan tidak mahu menghampiri, senang kata tak cukup seting, banyak bahan-bahan tidak menepati syarat-syarat si tongsan.
9. Kawasan balingan umpan pancing kedalaman air nya terlalu cetek.
10. Suhu air kolam panas ketika tengahari menyebabkan si tongsan berkumpul di kawasan yang dalam dan tidak mahu menjamah umpan.
11. Umpan yang kita bancuh tidak sehebat umpan pancing si pemancing sebelah kita,senang cerita umpan tidak menepati cita rasa si tongsan.
12. Saling baling umpan, kita melabuhkan umpan bukan di tempat laluan ikan tongsan.
13. Ikan tongsan kenyang atau muak dengan umpan kita jadi perlu sentiasa upgread dengan seting bau umpan tongsan kita.
kalau nak saya terangkan punca-punca ikan tongsan tidak mahu menjamah umpan kita memang banyak lagi,jadi cukup lah setakat ini dulu dan bersambung di artikel yang seterusnya.saya berharap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu buat pembaca, dan sekiranya ada yang ingin membuat pertanyaan sila komen diruang yang saya sediakan di bawah ini. Segala pertanyaan insyaallah akan saya jawab, cepat atau lambat saya menbalas komen tuan-tuan bergantung pada saya sendiri, almaklumlah saya pun sibuk juga dengan kerja hakiki sekian terima kasih.

Bolehkah saya memancing Ikan Tongsan waktu musim HUJAN...?
Bertemu kembali kita dalam artikel bertajuk " Bolehkah saya memancing ikan tongsan waktu musim hujan". Ini adalah pertanyaan yang sering bermain dalam benak si pemancing tongsan lombong mahupun kolam berbayar..
Terlebih dahulu saya nyatakan,saya sebenarnya bukan lagi di anggap sebagai seorang lagi otai dalam bab memancing ikan tongsan ini, namun berbekalkan pengalaman memancing ikan tongsan selama 11 bulan sedikit sebanyak saya dapat menceritakan pengalaman memburu ikan tongsan kolam berbayar ini.
Dari pengalaman saya memancing ikan spesis ini,saya dapati ikan tongsan ini tidak akan memakan umpan pancing kita sekiranya waktu itu hujan lebat, saya akan terangkan waktu bagaimana keadaan hujan lebat yang membolehkan waktu sesuai memancing ikan tongsan ini :
1. Hujan lebat hingga menyebabkan air kolam bertukar warna.
2. Hujan lebat selama 1-3 jam air kolam tidak bertukar warna.
3. Hujan lebat selama 1 jam.
4. Hujan lebat waktu malam hari.
5. Hujan lebat awal pagi.
6. Hujan lebat tengah hari.
7. Hujan lebat waktu petang.
8. Tengok bila hujan lebat sudah berhenti.
Kalau hendak di ceritakan pasal hujan, memang akan berlakunya hujan lebat tidak kira waktu, namun apakah tuan-tuan perlu perhatikan dan waktu bila keadaan yang membolehkan kita boleh turun memancing ikan tongsan.
Rezeki juga perlu di ambil kira, namun begitu kita juga perlu tahu keadaan paling sesuai waktu memancing bila tibanya waktu hujan dan musim hujan. Rezeki adalah perkara utama yang perlu diambil kira. Rezeki ini bergantung pada hadiah yang ditawarkan disetiap kolam pancing ini dikatakan rezeki memancing.
Ada juga orang kata dapat naikkan ikan tongsan seberat 6 kilo tak masuk papan itu rezeki, namun bagi saya rezeki itu bermaksud sekiranya waktu kita memancing kita memperolehi hadiah jakport, itu saya kira benar-benar rezeki yang kita terima. Dapat tarik ikan tak masuk papan bukan rezeki,itu syok-syok tarik ikan.
Sesungguhnya segala bergantung pada rezeki kita pada hari itu, kalau umpan dah ngam dah power namun ikan target tak juga dapat maknanya memang dah tak rezeki kita pada masa itu, jadi cubalah pada hari yang lain.
Waktu yang sesuai untuk memancing ikan tongsan bila berlaku musim hujan adalah selepas 5 jam hujan lebat berhenti. kalau hujan lebat setakat 2 jam dan keadaan air kolam tak bertukar warna tak jadi masalah boleh lagi turun memancing ketika itu. Ini lah waktu sesuai memancing ikan tongsan ketika waktu hujan lebat.

Terjebak dengan aktiviti memancing Ikan Tongsan
Kisahnya bermula ketika pada awal tahun Januari 2014 dulu, ketika itu saya terus terang saya tidak minat memancing ikan lombong,sungai mahupun kolam berbayar. sampai satu masa isteri saya mula merungut-rungut dan berkata teringin sangat nak makan ikan sungai atau ikan air tawar ini namun saya tak endahkan sebab saya memang tak suka memancing sebab menunggu ikan makan umpan terlalu lama dan membuat kan saya rasa bosan sangat.
Tapi berlain hal pula ketika orang datang kerumah mahupun kawan-kawan bagi ikan sungai pada kami sekeluarga memang licin kami kerjakan. Kalau setakat 4 ekor ikan rohu bersaiz 2 kilo memang tak cukup.
Saya memperolehi ikan rohu ini dari seorang sahabat yang gemar memancing ikan rohu iaitu bernama Pak dik. Orang yang tinggal berdekatan daerah hulu selangor memang kenal dengan brother ni, boleh dikira abang ni memang otai pemancing lah, segala mancam teknik dan umpan dia tahu serta mahir berbuat mata rambai. Tapi dia gemar memancing ikan rohu di kolam sri bayu kolam mancing ustaz di kerling kuala kubu bharu, selangor. disebabkan beliau hari-hari dan jemu makan ikan ini,maka ikan-ikan ini diberikan pada saya tiap kali dia pergi memancing dan dapat ikan.
Langkah awal saya telah disyorkan oleh rakan seperjabat yang bukan pemancing tegar mesin bernama " TICA 553" dan root first stik panjang 7 kaki yang di jual oleh beliau secong hand pada saya tak sampai Rm 200 ringgit lebih kurang ada bunyi-bunyi katak macam tu.
Namun saya masih juga tidak pergi memancing ketika itu hampir 2 tahun mesin tu terperam di rumah haha..ye lah orang bukan kaki mancing macam ini lah gayanya, dah tak minat memancing tapi beli juga mesin tu..kalau jual murah terpaksa saya beli jugak.
Masuk awal tahun bulan Januari 2014 saya telah di ajak oleh jiran saya memancing udang di Sungai Dusun ketika itu. Port atau lubuk memancing yang kami cari ketika itu telah di tumbuhi belukar dah hutan renek dan sudah tiada lagi rupa lubuk memancing udang. Dah la kami terpaksa berjalan kami sejauh 4 batu, tempat memancing pula sudah tidak kelihatan seperti lubuk, ini kerana disitu kawasan banjir dan banyak kerja-kerja penanaman anak sawit membuat lubuk tersebut bukan lagi tempat memancing udang.
Kawan saya tak puas hati lalu mengajak saya mancing kolam bayar di Apak Fishing Kolam Pancing Batang kali selangor. Kami bertiga memancing pakej Midnight di kolam apak fishing challenge masa tu. Umpan pula di bancuh oleh seorang lagi member saya malam itu, waktu itu kami memburu ikan rohu sahaja.
Hampir kul 3 pagi kami tidak dapat mendaratkan sebarang ikan ketika itu, 2 lagi sahabat saya dah tidur dan berdengkur namun saya tidak dapat melelapkan mata sebab tengah malam suhu ketika itu sejuk sangat, kebetulan saya tidak bawa baju tebal malam itu sebab kami plan nak mancing udang galah je, disebabkan terlalu sejuk saya tak dapat tidur namun mata dah mula pejam celik dah gantuk sangat.
Tiba tepat jam 4.02 pagi mesin saya berbunyi panjang dreeekk macam bunyi katak..saya pun apalagi memang terkejut lalu menyentap pancing tadi, agak berat juga saya rasakan tarikan batang pancing saya ni. saya hairan kenapa ikan rohu tarik pancing saya lama dan agak berat sekali, hampir 5 minit bila ikan mula tercungap ke atas, saya dapati ia seekor ikan besar dan kawan saya mengatakan itu ikan tongsan, memang best sangat lah melayan ikan itu memang best gila, sebab ikan tongsan tersebut melawan tarikan pancing saya. timbang punya timbang ia seberat 6.550 kg je..fuhh best hihi.
Masa tinggal lagi 10 minit nak habis memancing kawan saya dapat mendaratkan seekor ikan rohu seberat 1.520 kg. Ikan tongsan tadi kami bawa balik. kami tak bawa timbang dekat pokok timbang itu, kami cuma timbang dengan menggunakan alat menimbang tangan dari member saya. Ikan tongsan tadi saya potong 3 bahagian dan kongsi bertiga. sejak dari itu saya dah mula ketagih memancing,ketagih dengan rasa tarikan ikan, disini lah mula start memancing. sekian terima kasih berjumpa lagi dengan cerita akan datang.

Langgan:
Catatan (Atom)