Sebenarnya ramai yang takut untuk menyauk ikan tongsan dengan tangguk apatah lagi ikan yang ditarik itu bersaiz bangak-bangak.Untuk kali ini saya akan mengajar bagaimanakah cara yang betul menyauk ikan tongsan ke darat apabila ikan tongsan tadi sudah bolt...?
Cara yang amat mudah untuk menangguk ikan tongsan yang sudah bolt dalam air adalah dengan menggunakan tangguk/sauk ikan yang bersaiz besar.Agar ikan yang kita daratkan nanti tidak terlepas .
Sebelum ikan tongsan tadi siap sedia untuk disauk, penyauk ikan tadi mesti lah bercangkung di tebing kolam dan badan tidak perlu bergerak hanya stay satu tempat sahaja, manakala si pemancing akan menarik ikan tadi kearah si penyauk ikan tadi.
Semasa ikan tongsan yang masih lagi ditarik si pemancing ikan tadi pasti melawan apabila sudah sampai kearah tebing kolam, waktu ketika itu tali pancing jangan di kendurkan, tali pancing perlu tegang agar ikan tongsan tidak menyetap pancing bila sampai kearah tebing.
Cara yang terbaik untuk menyauk adalah dengan menyakut bahagia kepala ikan terlebih dahulu. bila anda menyauk ikan tongsan si pemancing lain atau pun member anda, apabila ikan tadi terkejut maka ikan tongsan tadi secara otomatik akan masuk ke dalam sauk anda. Jangan sauk ikan tongsan tadi melalui ekor ini boleh menyebabkan ikan tadi terkejut dan menyentap pancing anda dan ikan boleh terlepas, kadang-kadang ada juga pemancing yang mengunakan mata pancing yang banyak, kemungkinan mata pancing tadi tersangkut, sebagai contoh ada si pemancing ikan tongsan yang menggunakan perabut rambai, spring 5 mata, cakar ayam dan sebagainya.
Mohon maaf dari saya sebab tidak dapat menyediakan gambar untuk tatapan pembaca, maklum lah blog yang di bina masih lagi baru dan masih dalam penyelenggaraan .
Saya berharap agar perkongsian saya kali ini dapat membantu otai-otai tongsan yang lain,sekian terima kasih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan