Hai selamat bertemu kembali dengan artikel yang mungkin mengelirukan si pemancing,pemburu dan pemabaca pada kali ini..
BENAR KAH IKAN TONGSAN SPESIS IKAN YANG SERING KELAPARAN...???
Jawapan : YA.. Benar, ikan tongsan merupakan sejenis ikan yang sering lapar, hasil kajian saya mendapati ikan tongsan ini sentiasa hendak makan umpan-umpan ciptaan baru.
Ikan tongsan adalah sejenis ikan yang sangat licik, ikan-ikan tongsan ini akan mula hendak makan apabila terjadi gelombang air di permukaan kolam seperti kemunculan gelombang sunami kecil, itu menandakan ikan tongsan dah mula hendak makan umpan kita.
Ikan tongsan ini akan makan menyedut umpan tadi dan menyimpan dedak-dedak di sebuah tempat dimulut nya yang mana di panggil proses menentukan makanan yang benar-benar di hadamkan. Ikan tongsan akan benar-benar menelan umpan yang nenepati citarasa nya, manakala umpan yang tidak menepati citarasanya akan diluahkan kembali, ini saya maksudkan ikan tongsan sejenis ikan yang sentiasa lapar.
Pada awalnya kita lihat ikan tongsan ini seperti sedang makan umpan kita, ia seperti menyedut dedak-dedak kita tadi sampai licin tetapi dedak-dedak tadi akan dikumpulnya di dalam mulut dan belum di hantar ke perut lagi. Dedak-dedak tadi di kumpulkan di satu tempat di namakan proses akhir dimana dedak tadi itu akan benar-benar di hadam si tongsan tersebut, manakala dedak-dedak yang telah disedutnya akan dikeluarkan semula oleh ikan tongsan tersebut. Begitulah proses yang akan sentiasa dilakukan oleh ikan tersebut.
Pernahkah kita melihat seekor kera sedang makan..?? sebelum proses penghadaman apakah si kera itu lakukan, dimanakah makanan-makanan tadi di simpan oleh kera itu dimulutnya..??
Ya..Kita kita akan lihat kera tadi sedang mengumpul makanan-makanan dimulutnya, makanan itu akan menjalankan proses akhir untuk di hadamkan oleh kera tadi, manakala makanan yang tidak menepati citarasanya akan diluahkan kembali dari mulutnya.Begitulah terjadinya pada spesis ikan tongsan ini.
Namun mengapakah si ikan tongsan tidak mahu menjamah dedak-dedak kita..?? untuk artikal itu sila cari artikal itu di keluaran blog saya yang lepas..sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan