Rabu, 3 Disember 2014

Bolehkah saya memancing Ikan Tongsan waktu musim HUJAN...?

Bertemu kembali kita dalam artikel bertajuk " Bolehkah saya memancing ikan tongsan waktu musim hujan". Ini adalah pertanyaan yang sering bermain dalam benak si pemancing tongsan lombong mahupun kolam berbayar..

Terlebih dahulu saya nyatakan,saya sebenarnya bukan lagi di anggap sebagai seorang lagi otai dalam bab memancing ikan tongsan ini, namun berbekalkan pengalaman memancing ikan tongsan selama 11 bulan sedikit sebanyak saya dapat menceritakan pengalaman memburu ikan tongsan kolam berbayar ini.

Dari pengalaman saya memancing ikan spesis ini,saya dapati ikan tongsan ini tidak akan memakan umpan pancing kita sekiranya waktu itu hujan lebat, saya akan terangkan waktu bagaimana keadaan hujan lebat yang membolehkan waktu sesuai memancing ikan tongsan ini :

1. Hujan lebat hingga menyebabkan air kolam bertukar warna.
2. Hujan lebat selama 1-3 jam air kolam tidak bertukar warna.
3. Hujan lebat selama 1 jam.
4. Hujan lebat waktu malam hari.
5. Hujan lebat awal pagi.
6. Hujan lebat tengah hari.
7. Hujan lebat waktu petang.
8. Tengok bila hujan lebat sudah berhenti.

Kalau hendak di ceritakan pasal hujan, memang akan berlakunya hujan lebat tidak kira waktu, namun apakah tuan-tuan perlu perhatikan dan waktu bila keadaan yang membolehkan kita boleh turun memancing ikan tongsan.

Rezeki juga perlu di ambil kira, namun begitu kita juga perlu tahu keadaan paling sesuai waktu memancing bila tibanya waktu hujan dan musim hujan. Rezeki adalah perkara utama yang perlu diambil kira. Rezeki ini bergantung pada hadiah yang ditawarkan disetiap kolam pancing ini dikatakan rezeki memancing.

Ada juga orang kata dapat naikkan ikan tongsan seberat 6 kilo tak masuk papan itu rezeki, namun bagi saya rezeki itu bermaksud sekiranya waktu kita memancing kita memperolehi hadiah jakport, itu saya kira benar-benar rezeki yang kita terima. Dapat tarik ikan tak masuk papan bukan rezeki,itu syok-syok tarik ikan.

Sesungguhnya segala bergantung pada rezeki kita pada hari itu, kalau umpan dah ngam dah power namun ikan target tak juga dapat maknanya memang dah tak rezeki kita pada masa itu, jadi cubalah pada hari yang lain.

Waktu yang sesuai untuk memancing ikan tongsan bila berlaku musim hujan adalah selepas 5 jam hujan lebat berhenti. kalau hujan lebat setakat 2 jam dan keadaan air kolam tak bertukar warna tak jadi masalah boleh lagi turun memancing ketika itu. Ini lah waktu sesuai memancing ikan tongsan ketika waktu hujan lebat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan