Awassss...penangan perisa Badam Almond kepada pemancing sebelah pondok..bau tengik badam diceritakan akan menyebabkan umpan tuan-tuan digerumi oleh ikan tongsan sisik halus.
Sekarang sudah ramai yang menggunakan perisa badam untuk menambat perhatian ikan tongsan ke umpan longgokan umpan tuan memamg berkesan sama sekali jika di digunakan dengan cara betul.
Penggunaan badan secara berlebihan juga akan menyebabkan umpan pemancing yang lain menjadi mati akibat bau badam yang tenggik ini. Sekiranya kita mendapati pemancing sebelah pondok menggunakan perisa badam lebih baik kita haruslah bertukar pondok tempat memancing. Penggunaan badam yang berleluasa akan menyebabkan ikan tongsan mula menggemari perisa badam ini dan mematikan umpan orang lain.
Jika ketika itu kita menghadapi situasi pemancing yang menggunakan perisa badam ada cara juga untuk mematikan perisa badam pemancing itu dengan menambahkan lagi bau Perisa Pisang star brand dengan tenggik dan kuat ke dalam umpan tongsan tuan-tuan , dengan cara ini sahaja kita dapat mematikan umpan perisa badam ini.
Penggunaan perisa badam menggunakan sukatan yang betul memang menarik minat ikan tongsan untuk makan umpan tuan-tuan manakala penggunaan perisa badam yg berlebihan akan menyebabkan kemudaratan umpan ikan orang lain, seeloknya guna sedikit sahaja perisa badam almond ini agar tidak menyusahkan pemancing lain atau terus jangan pakai perisa badam ini baru lah dikatakan otai.
Ini adalah tips agar umpan tuan-tuan tidak di matikan oleh bau badam perisa Almod ini selebihnya rezeki itu datangnya dari Allah, kita hanya berusaha.
Selamat datang ke blog umpan ikan tongsan, rezeki allah tentukan manakala umpan adalah ikhtiar..
Jumaat, 20 November 2015
Khamis, 3 September 2015
Kenapa Si Mulut Besar Suka Umpan Masam...??
Salam emm...dah lama rasanya tidak up to date Blog ni, Kesibukan kerja dan tugas harian membuat kan tak ada masa untuk update blog ini, Mohon maaf di luahkan membuatkan para kawan-kawan tertunggu artikel yang baru dari saya.
Mungkin ramai yang sudah tahu yang sebenarnya ikan tongsan juga menggemari Umpan Masam.. Akan tetapi awas ....!! bukan semua kolam ikan tongsan suka umpan masam ni. Tetapi apakah yang membuatkan si tongsan ni suka akan umpan masam ni kawan-kawan...? Jom fokus baca ..
Faktor yang menyebabkan si tongsan suka akan umpan masam ni adalah berpunca dari :
1. Penggunaan Umpan masam seperti umpan patin, umpan mekong ini lah yang menyebabkan tongsan tak ada pilihan untuk makan di kolam tersebut, penggunaan kerap umpan-umpan masam ini adalah faktor utama si tongsan mula berminat dengan umpan masam, si tongsan sudah tidak ada pilihan lagi sebenarnya untuk makan, rata-rata di situ kebanyakkan pemancing keseluruhannya menggunakan umpan masam akhirnya si tongsan tidak lagi berminat dengan umpan-umpan wangi selepas itu.
Ramai yang mengeluh bila turun mancing dan agak sukar untuk mendaratkan tongsan di kolam tersebut, apa perlu kita buat, sebagai seorang pemancing harus peka akan keadaan kolam, penggunaan umpan, bau, paste apa perlu digunakan ketika memancing di kolam tersebut.
2. Umpan masam tapi tak berapa masam.
- Umpan yang di bancuh memang menepati selera ikan tongsan, dedak yang di bancuh tidak begitu masam, mungkin juga masam-masam wangi, umpan seperti ini juga akan di gemari oleh ikan tongsan.
3. Lumpur di dasar kolam sudah mula membusuk dan hanyir menyebabkan ikan tongsan mula menggemari umpan masam, Ikan tongsan tidak dapat cam bau wangi dedak tuan-tuan ini kerana dasar kolam lumpurnya sudah membusuk. Bila keadaan seperti ini banyak ikan tongsan yang sakit, kurus tubuhnya, terdapat bintik-bintik merah di sekitar badan ikan tongsan tersebut, waktu ini ikan tongsan sudah mula tidak mahu makan.
Penggunaan umpan jenis minyak atau juga umpan kongkang oleh pemancing-pemancing yang datang memancing menyebabkan lumpur dasar kolam sudah mula membusuk apatah lagi air kolam di isi dengan cara di pam menggunakan mesin pam air untuk menambah air kolam . Bila terjadi keadaan seperti ini pengusaha kolam pancing haruslah setahun sekali membersihkan kolam nya bagi memastikan kesihatan pada ikan dapat di kawal dari segi menyakit dan dapat memaksima kan kerugian akibat ikan mati saban hari ini.
Jadi sebagai seorang pemancing tongsan kita harus peka dan mengkaji selalu di setiap tempat memancing agar tidak pulang dengan tangan kosong setiap kali memancing, jangan marah sekiranya si tongsan tidak menjamah umpan pancing tuan-tuan sebaliknya kaji dulu persekitaran kolam, paling utama air kolam.
Saya berharap agar perkongsian saya kali ini dapat di manfaatkan oleh pemancing dan kawan-kawan agar lebih memahami penggunaan umpan masam ini, sekian terima kasih.

Khamis, 16 Julai 2015
Ada 3 jenis Umpan yang sebenarnya Ikan Mulut Besar ( Tongsan ) ini makan..
Salam ramadhan saya ucapkan kepada yang beragama Islam dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang bukan beragama Islam...Hari ini kita masih lagi di dalam Mod Bulan puasa, sebelum terlambat saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma kepada seluruh umat islam di negara ini dengan harapan agar tuan-tuan memandu dengan berhati-hati agar selamat sampai ke Distinasi yang dituju.
Untuk kali ini saya ingin menceritakan Terdapat 3 jenis umpan yang ikan tongsan makan selama ini yang mana saya rasa ramai dikalangan pemancing tidak tahu atau pun sudah tahu. Semoga sedikit sebanyak perkongsian saya kali ini akan dapat membantu pemancing keadaan sebenar dan rupa dan jenis umpan yang bakal saya ceritakan.
3 JENIS UMPAN ASAS TONGSAN
1. Dedak.
Ini adalah sejenis dedak halus campuran protien ikan yang telah di kisar merupakan sejenis umpan yang ramai orang pakai guna untuk memancing ikan tongsan ini,ia sangat berkesan dalam memancing ikan mulut besar ini kerana taburan peroi ia didalam air yang sangat berkesan memanggil ikan ini makan.
Ikan tongsan sangat suka dedak yang peroi yang bertebaran jatuh di dasar kolam ini kerana ikan tongsan makan secara menyedut.
Terdapat banyak dedak halus yang telah dikisar di pasaran yang terdiri daripada dedak 929,923,286,dedak pcl dan bermacam macam lagi dedak untuk memburu ikan ini.
2. Roti.
Ini juga merupakan umpan tongsan sisik halus dan sisik kasar namun di sebalik itu ikan patin,karak,rohu dan pacu pun suka akan Roti.
Roti boleh juga di potong dadu atau dihiris halus seperti dedak untuk di jadikan umpan tongsan, ikan tongsan akan makan apa saja umpan mengikut bancuhan basah yang tuan-tuan lakukan semasa membancuh umpan tersebut, boleh dikatakan segala umpan yang kita buat berasaskan roti akan di makan oleh sesetengah ikan memang betul ia bergantung kepada bancuhan yang kita buat.
3. Palet.
Palet juga merupakan umpan tongsan bukan hanya dedak atau pun roti. Palet paling terkenal setakat ini adalah palet 929. Palet ini sangat berkesan untuk memburu spesis ikan tongsan sisik halus dan sisik kasar.
Palet juga amat berbahaya kepada pemancing lain ini kerana ikan tongsan akan memburu palet dahulu sebelum dedak dan roti, namun begitu untuk memburu menggunakan palet amat jarang orang guna ini kerana palet merupakan sejenis umpan universal.
Palet bukan hanya tongsan suka malah ikan lain seperti ikan patin,mekong,pacu,karak,rohu,talapia. itu lah sebab banyak kolam pancing mengharapkan penggunaan palet ini, sekiranya ingin memburu ikan tongsan jangan sesekali guna palet sebab anda memburu ikan tongsan namun anda akan daratkan ikan lain selain ikan tongsan sedangkan anda sudah buat bancuhan palet tongsan namun ikan lain yang makan sebab palet akan terapung di atas permukaan air dan amat mudah di sabar ikan lain, jadi peratus anda memburu ikan tongsan sangat nipis wal hal bancuhan anda tepat untuk tongsan.
sekian sahaja perkongsian dari saya terima kasih.

Ahad, 24 Mei 2015
Teknik Memancing Dasar Menggunakan Batu Ladung Saiz No.1
Hi...Kali ini saya akan mengongsikan teknik memancing menggunakan Batu Ladung bagi menjerat ikan tongsan sisik halus yang begitu licik mencuri umpan kita, bukan mudah untuk mendaratkan ikan tongsan yang bersaiz besar yang begitu licik dan cerdik.
Ikan Tongsan yang bersaiz 10-22 kilogram adalah kategori ikan tongsan yang bersaiz besar yang licik menyedut umpan pemancing, ia makan tidak gopoh berbanding ikan tongsan yang bersaiz 9 kilo ke bawah. Ini membuatkan para pemancing ikan tongsan gelisah di kolam, ikan tongsan yang bersaiz besar akan menyedut umpan pancing mengambil masa yang agak lama sehingga mencecah 1 hingga 3 jam lamanya.
Para pemancing harus bersabar dengan karenah ikan tongsan yang bersaiz besar ini, jangan cepat menarik pancing sekiranya kita sudah lihat tanda-tanda ikan ini sudah masuk ke lubuk kita membalingkan umpan kita, jika ikan ini sudah masuk terlihat gelombang air di kawasan di mana kita membalingkan umpan tadi jadi kita harus menunggu seberapa lama yang boleh.
Kita dapat melihat apabila straw atau signal ikan kita sudah turun dengan lembut ke bawah apabila ikan ini sudah mula menyedut umpan kita, ikan besar ini sangat licik, jika tali pancing kita turun secara perlahan-lahan dah berhenti, apa perlu kita buat adalah kita mesti sentiasa di dalam keadaan berjaga-jaga sebab tidak lama lagi tali pancing kita akan di tarik deras oleh ikan ini.
Kita mesti menegangkan berkali-kali tali pancing kita apabila tali pancing kita kendur berkali sehingga mata pancing benar-benar berada dan mengena mulut ikan ini, Jika tali pancing turun dengan lembut dan tali pancing naik semula separuh tegang kita dah boleh sentap pancing kita.
Sebenarnya apabila tali pancing tuan-tuan sudah kendur, mata kail sudah berada di dalam mulut ikan itu, hanya tunggu masa ikan itu menarik sahaja tali pancing kita.
Teknik ini jika memancing dasar di kolam berbayar, ramai juga yang tidak tahu sebiji umpan tongsan yang dikepal di spring ini boleh bertahan selama 3 jam di dalam air atau di dasar kolam, benar kalau di ikutkan umpan-umpan yang di kepal di spring sudah mula lerai sepenuhnya namun begitu umpan-umpan tadi masih lagi berada di bawah spring kosong tadi dan masih tidak hilang di dasar kolam, ikan tongsan terpaksa juga menyedut umpan ini walaupun umpan di spring tadi sudah 1 jam terlerai dari spring, jika ketika itu ikan tongsan sudah masuk di kawasan kita dan kita rasa umpan ini sudah habis spring dan dengan serta merta menarik spring kosong ini maka peluang untuk mendaratkan ikan ini memang tidak akan berhasil sepenuhnya, ini yang saya katakan ikan tongsan bersaiz besar begitu licik mencuri umpan.
Untuk ikan tongsan yang begitu licik ini kita perlu menggunakan batu ladung bersaiz nombor 1 di ikat di pin pancing kita lihat seperti gambar di bawah ini.
Saya terpaksa menggunakan batu ladung ini untuk mendaratkan ikan tongsan yang bersaiz besar yang begitu pandai mencuri umpan dan begitu lama menyedut umpan. Fungsi batu ladung ini sangat banyak ;
1. Batu ladung berfungsi menahan umpan kita dari bergerak jauh apabila umpan kita di tarik atau disedut ganas oleh ikan, jadi umpan kita tidak akan bergerak kemana-mana dan sentiasa berada di situ maka umpan kita masih selamat di bawah spring bila umpan ini sudah terlerai dari spring.
2. Jika terdapat batu ladung ini, kita dapat menjimatkan umpan kita dan kita boleh membiarkan umpan tongsan kita sehingga 3 jam lamanya di dasar kolam, manakala signal straw berperanan sebagai isyarat menandakan ikan masih lagi berada di umpan kita jadi kita tidak perlu menarik pancing untuk mengantikan umpan baru, apa perlu kita buat adalah hanya menunggu dan menegang tali pancing itu sahaja.
3. Dengan adanya batu ladung ini, kita dapat menegangkan tali pancing kita yang sudah kendur apabila di sedut ikan yang mahir mencuri umpan, jadi kerja kita mudah dan jimat masa dan tenaga.
4. Dapat meluruskan tali pancing setiap kali kita melabuhkan umpan dan tidak perlu menunggu masa yang agak lama sewaktu ingin menegangkan tali pancing.
5. Batu ladung ini juga secara otomatik bertindak sebagai penahan mata kail dan secara otomatik menyakutkan mata kail di mulut ikan dan apabila mulut ikan membuat pergerakkan secara perlahan hujung mata kail sudah tertanam di mulut ikan di kawasan yang lembut, jadi kita mesti memeriksa mata kail kita setiap kali turun memancing ini kerana kita tidak tahu sama ada mata kail kita masih tajam atau tumpul. Disetiap mata kail yang baru digunakan kita dapat melihat jarum halus yang sangat tajam, jarum halus ini lah yang amat berbahaya dan batu ladung ini lah membantu mata pancing tajam ini dan secara otomatik mencucuk mulut ikan di kawasan yang lembut itu tadi.
Saya berharap mudah mudahan dari perkongsian teknik ini dapat membantu para pemburu tongsan sepenuhnya, jadi gunakan lah batu ladung ini sebagai senjata para pemancing untuk mendaratkan ikan tongsan yang bersaiz besar yang begitu licik, pastikan mata pancing tuan-tuan dalam keadaan tajam dan kerap memeriksanya setiap kali turun memancing kolam berbayar, jika tumpul mata kail tuan-tuan perlu lah ditukar dengan yang baru. Insyaallah jika ada masa yang terluang saya akan berkongsi lagi artikel-artikel yang baru bagi tatapan para pemburu ikan tongsan,sekian.
Ahad, 17 Mei 2015
Info Terbaru Ikan Tongsan Sisik Halus.
Gambar ikan yang di daratkan oleh Muhd Sharul Temerloh.
Semalam saya seperti biasa di setiap hujung minggu akan memburu ikan tongsan ini, sudah jadi rutin saya di setiap hujung minggu akan memburu ikan spesis ini. Waktu mancing semalam adalah sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi sebab peraturan memancing di kolam itu hanya sekitar 6 pagi sahaja dan kolam itu berehat selama 1 jam di setiap hari. ada juga kolam pancing mengenakan syarat seperti ini, apa boleh buat sebagai pemancing ikan ini,saya terpaksa menurutkan sahaja undang-undang yang telah ditetapkan oleh Pengusaha Kolam Pancing ini.
Kolam itu di rahsiakan bagi menjaga nama baik dan reputasi kolam, rasanya ramai pemancing yang tahu di mana lokasi kolam pancing yang saya maksudkan tadi.
Untuk kali ini saya ingin menceritakan perangai sebenar ikan tongsan ini yang mana saya perolehi sewaktu memburunya semalam. Mungkin ramai yang tidak tahu perangai ikan ini, namun begitu saya akan mengongsikan cerita nya kepada para pembaca yang mana saya rasa ramai yang tidak setuju akan artikel yang saya kongsikan ini.
Info terbaru yang saya perolehi dari ini, saya menganggap ikan tongsan sisik halus merupakan sejenis ikan yang malas untuk bergerak di sekitar kawasan sesebuah kolam apabila ikan ini sudah kenyang, percaya atau tidak apa yang saya ceritakan, terpulang pada pedirian masing-masing.
Hampir setiap minggu,bulan dan tahun saya memburu ikan ini dan mengenal pasti setiap lubuk-lubuk ikan ini di kolam berbayar dan saya mendapati ikan tongsan sisik halus hanya akan bergerak ke lokasi-lokasi kolam apabila ia mula lapar dan ingin mencari makan, jika ia dalam kekenyangan ia akan keluar dari sarangnya dan bergerak ke setiap sudut kolam untuk mencari makan.
Bukti yang saya terima semalam, saya sudah mengenal pasti lokasi ikan ini berada dan seperti biasa ingin mendaratkannya, waktu saya ingin melabuhkan umpan , saya mendapati lubuk ikan ini sudah dikunjungi oleh ikan-ikan patin terlebih dahulu yang mana ikan-ikan patin bersaiz sederhana ini sedang mengutip umpan-umpan dari pemancing ikan rohu lain yang telah di longgokkan lama di lokasi lubuk ikan tongsan itu. Apabila pemancing ikan rohu sudah pulang dari lokasi lubuk ikan tongsan itu maka umpan-umpan ikan rohu yang telah di longgok berjam- jam lamanya memancing disitu sudah menjadi banyak.
Pemancing ikan rohu yang telah menlonggokan umpan disitu sudah balik dan kini telah dikunjungi oleh si ikan patin yang mana saya rasa umpan tadi sudah basi dan masam maka sebab itu lokasi itu telah dikunjungi oleh ikan patin.
Di lokasi itu pula merupakan lubuk ikan tongsan yang sudah saya kenal pasti lama dan saya yakin disitu lah lubuk ikan tongsan. Waktu itu saya ingin membalingkan umpan tongsan, saya lihat lubuk itu telah kunjingi oleh ikan -ikan patin maka saya membalingkan umpan tongsan saya ke tempat lain , bukan di lubuk yang saya kenal pasti terdapat ikan tongsan itu, Memang pelik seekor ikan tongsan pun tidak mahu datang ke arah umpan tongsan yang saya baling tadi, kebetulan kolam tersebut tidak melepaskan banyak ikan tongsan, saya dapat tahu kolam pancing tersebut hanya meletakkan ikan tongsan disitu hanya sekitar 4ekor sahaja.
Hampir berjam jam saya membalingkan umpan tongsan di tempat yang sama semasa memancing disitu malah seekor tongsan pun tidak mahu mengusik umpan tongsan saya tadi, aksi ketuk mengetuk umpan pun tidak kelihatan pada malam itu, saya mula hairan kenapa ia terjadi macam itu ?. iyalah saya tidak membalingkan umpan ini di lubuk itu sebab terdapat banyak ikan patin di lubuk tongsan itu jadi saya baling umpan tongsan di tempat lain sebab saya tahu ikan tongsan tidak suka bila ada ikan patin di lubuknya dan bergegas lari, itu yang saya faham tapi sebenarnya tidak.
Jadi malam itu saya mulalah fikir yang bukan-bukan kenapa ikan tongsan sisik halus langsung tidak mengusik umpan saya, saya mula memeriksa umpan tongsan saya takut-takut saya salah 'seting bau' atau sebagainya tapi rasanya semua 'seting umpan' saya pada malam itu dalam keadaan yang betul, dengan rasa tidak puas hati, saya telah mengambil risiko dan mula membalingkan umpan tongsan di lubuk tongsan yang sebenar, yang mana saya dapati pada malam itu terdapat banyak ikan patin di lubuk ikan tongsan itu.
Tidak sampai 3 minit umpan tongsan saya tadi telah pun diketuk-ketuk oleh ikan mulut besar ini, dari situ lah saya mendapati ikan tongsan sisik halus ini adalah sejenis ikan yang pemalas apabila ia sudah kenyang dan hanya mendiamkan diri di lubuknya dan tidak menghiraukan kehadiran apa jenis ikan pun disitu, ia tetap berada di sarangnya, saya tidak pasti kenapa ikan tongsan ini hanya mendiamkan diri di lubuknya.
Kesimpulan yang saya terima dari kejadian ini adalah kemungkinan besar ikan ini sudah kenyang dan tidak akan bergerak kemana- mana selagi ia masih tidak berasa lapar, Ia kenyang membuatkan ia malas untuk bergerak kemana-mana sahaja di sudut kolam pancing berbayar.
Dari info yang saya perolehi ikan tongsan sisik halus juga akan malas bergerak setelah ia mula kenyang dan ia tidak meninggalkan sarangnya, saya berharap agar info ini sedikit sebanyak dapat membantu para pemburu ikan tongsan mengenal pasti perangai pelik ikan ini,
Jika benar perangai ikan tongsan berkelakuan seperti ini memang amat sukar para pemancing untuk memburu ikan target ini dan tidak hairan lah jika JP TONGSAN SISIK HALUS mencecah naik sehingga Ribuan Ringgit di kolam-kolam pancing yang menyediakan JP Tongsan ( Jakpot Pecah ) sekian terima kasih.
Jumaat, 15 Mei 2015
Percaya atau Tidak Ikan Tongsan Sisik Halus merupakan kategori Ikan yang berpuak-puak...?
Percayakah atau tidak ikan tongsan sisik halus merupakan ikan tongsan yang hidup berpuak puak ..??
Selama hampir 2 tahun mengkaji ikan ini saya mendapati ikan tongsan sisik halus ini suka menunggu di kawasan tenang dan ia berpuak-puak, disetiap lokasi kolam terdapat sebanyak 1 hingga 3 ekor sahaja ikan ini berada disitu.
Ikan tongsan ini tidak suka kehadiran ikan-ikan air tawar yang lain seperti ikan Patin,Mekong,Rohu,Pacu dan berjenis-jenis ikan air tawar. Sekiranya sarang dan koloni nya di ganggu ia akan lari dan akan membina koloni yang baru selepas itu.
Disetiap kawasan atau lubuk tongsan ini akan ada seekor ikan tongsan sisik halus yang bersaiz besar disitu, kadang-kadang terdapat 1-6 ekor ikan tongsan di setiap lubuk termasuk yang saiz besar mencapai saiz 20 keatas disitu. Walaupun ia telah terkena mata pancing ia seperti biasa 2 hari selepas itu ia akan kembali tinggal di lubuk lamanya.
Bagi pemancing yang sudah tahu lokasi ikan ini tinggal maka beruntung lah ia, kemungkinan besar ia akan berkali-kali menaikkan ikan besar seberat 20 kilogram ini namun bancuhan umpan mesti lah berbeza-beza . ikan tongsan bersaiz bezarakan dapat mengenal pasti umpan yang telah dimakan nya dahulu selama 6 bulan lamanya,percaya atau tidak...??
Pengalaman saya memburu ikan tongsan bersaiz besar banyak kali melihat ikan yang bersaiz besar ini banyak kali telah di daratkan di tempat yang sama atau dilubuk yang sama.
Ikan yang telah terkena mata pancing ini akan kembali lagi menyedut umpan setelah mulut atau tubuhnya kembali sihat dan lukanya kembali pulih. sekiranya didalam kolam itu terdapat seekor sahaja ikan tongsan JP ( Jakpot Pecah ) , iaitu ikan sasaran target jakpot ini akan menyebabkan nilai JP itu akan melambung tinggi sehingga mencecah RM 5000, Nilai JP ikan tongsan ini akan naik dari hari ke hari.
Sekiranya kita pernah menaikkan ikan JP ini maka bancuhan umpan tongsan JP ini perlulah di tukar jika tidak, peluang ikan tongsan didaratkan oleh si Pemancing lain amat cerah. Kita tahu dimana lubuk ikan tongsan ini jadi perlu lah tukar bancuhan bau umpan kita ini.
Ikan tongsan ini seakan-akan mempunyai seekor " Ketua" di setiap lubuknya, namun bergitu ia akan mencari makan di setiap sudut kolam dan kembali semula ke sarang atau lubuknya, begitu lah perangai ikan tongsan ini di saban hari.
Ikan tongsan amat suka tinggal di kawasan air yang tenang dan sunyi jauh dari gangguan ikan-ikan lain. bagi yang mahir, ia pasti akan dapat melihat ikan - ikan ini keluar dari sarangnya melalui gelombang air seperti sunami di kawasan itu maka disitu lah sarang ikan-ikan ini boleh di kenal pasti.
Percaya atau tidak itu terpulang pada pandangan masing-masing, ini adalah perkongsian yang mana saya rasa pernah mengalami situasi ini selama 2 tahu memburu ikan tongsan JP. Tabiat saya suka mengkaji tabiat ikan, namun begitu saya bukanlah seorang Profesor, saya hanya lah seorang pemancing biasa dan suka membuat Kajian Umpan Ikan dan mengkaji karenah ikan ini.
Ye lah tuan-tuan cuba bayangkan sama ada tuan-tuan kecewa atau setiap kali turun memancing asyik pulang dengan tangan kosong sahaja, setiap kali memancing ikan tak pernah nak sedut umpan . Kalau ikutkan memang betul lah kata orang rezeki tak ada jangan cepat mengeluh setiap kali balik dengan tangan kosong.
Saya juga percaya dengan takdir apabila saya tidak dapat mendaratkan apa-apa jenis ikan, tapi mustahillah sekiranya di dalam kolam pancing tuan-tuan memang terdapat puluhan ekor ikan tongsan, tak kan lah seekor pun tidak menyedut umpan ikan kita.
Sekurang kurang dalam 30 ekor ikan tongsan yang berada di dalam kolam itu seekor dapat kita daratkan, berbaloi jugalah atau setidak-tidaknya ada juga ikan tongsan yang ketuk-ketuk umpan kita betul tak.
Bagi sesetengah pemancing mereka tak kisah pada hari itu umpan tongsan mereka tidak disedut ikan atau langsung tidak mendaratkan ikan. Namun bagi saya lain caranya, kalau ikan saya tidak berjaya saya daratkan namun sekurang- kurangnya umpan saya tadi ada disentuh ikan itu sahaja saya nak.
Selagi ikan tongsan tidak ketuk-ketuk umpan saya selagi itu lah saya membuat kajian umpan tongsan dengan tidak putus asa sampai bila-bila, itu lah prinsip hidup saya selama memburu ikan tongsan ini, sekian terima kasih.
Perambut Tongsan / Mekong untuk di Jual
Salam dan salam sejahtera kepada pengunjung serta pembaca sekelian. Hari ini saya ada menjual perambut Ikan Tongsan dan perambut Ikan Mekong. Perambut ikan ini amat sesuai untuk memancing menggunakan Pelampong serta Teknik Dasar kolam, Perambut ini sudah saya ukur sepenuhnya dan siap untuk dijual kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Untuk Perambut ikan mekong ini, ia sesuai jika memancing teknik dasar kolam manakala untuk teknik pelampung ia tidak sesuai. Perambut Ikan Mekong kalau memancing menggunakan teknik pelampung memang tidak sesuai, jadi untuk perambut mekong yang menggunakan teknik pelampung mesti pendek sedikit ukuran nya.
Manakala kala tali perambut ini adalah 100 paun, untuk ikan mekong ia amat sesuai dan juga ikan tongsan. Mata pancing pula saya gunakan ialah Mata Pancing Gamakatsu jenis Shinner Hock UE yang terbaru dan ia amat sesuai untuk 2 jenis ikan ini.
Sekiranya nak beli, biar lah mencecah berat sekilogram ini kerana harga Pos Laju agak mahal dan tidak dapat saya elakkan.
Harga untuk Perambut Ikan Tongsan serta Perambut Ikan Mekong ini adalah sekitar Rm 7.00 sebuah. Berminat sila hubungi saya : 019-2361080.
Selasa, 28 April 2015
Cara membalingkan Umpan Tongsan ( BOM ) dengan cara yang betul
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung-pengunjung, pembaca serta rakan-rakan taulan sekalian, kali ini saya nak berkongsi cara bagaimana membaling umpan bom tongsan dengan cara yang betul dan tepat agar tuan-tuan tidak menyesal ketika memancing kelak.
Hal seperti ini ramai terjadi dikalangan pemancing-pemancing tongsan yang mana saya rasa ramai yang tidak sedar kita telah melakukan banyak kesilapan dalam memburu ikan tongsan sisik halus ini termasuk saya juga hahahaha...
Teknik yang betul untuk membalingkan umpan ( Bom Spring ) iaitu kita mesti baling dengan lurus di tengah-tengah kolam. Jangan baling umpan tuan-tuan menyerong ke kiri atau kekanan sebab nya tujuan baling lurus ke tengah kolam adalah bagi memudah kan kita untuk menyentap joran apabila ikan tongsan sudah terkena mata kail kita yang mana ketika itu tali pancing kita sudah tegang dan lurus.. Ini yang nak saya maksudkan tadi.
Tali pancing di baling lurus ke tengah-tengah kolam manakala rod tuan-tuan mesti tunduk ke bawah agar mudah untuk menyentap joran dan senang menegangkan tali pancing ketika tongsan sedang menyedut umpan tersebut.
Bila kedudukan joran tunduk kebawah kita dapat mengawal tiupan angin pada tali pancing da dapat di kawal sepenuhnya. Jangan membaling umpan secara menyerong ke kiri dan ke kanan..Apabila ikan tongsan sudah terkena mata pancing kita tidak dapat menyentap joran sebab ikan akan datang ke arah kita atau pun ikan tongsan akan bergerak ke tengah . Jadi mesti baling lurus ketengah kolam.
Umpan mesti baling satu tempat sahaja dan umpan tadi akan berlonggok satu tempat sahaja jadi peluang untuk kita mendapatkan ikan tongsan memang cerah sekali ini adalah teknik memancing ikan tongsan dengan cara yang betul dan tepat.
Di nasihati juga para pemancing tongsan agar tidak mengejar-gejar waktu membaling umpan, saya faham ramai memancing ikan tongsan pada hari ini sudah mahir mengenalpasti kehadiran ikan tongsan ini di kolam mahupun tasik setelah melihat gelombang air berlaku, itu menandakan tongsan sedang masuk ke kawasan kita ataupun ikan tongsan masuk ke kawasan lain jadi tak perlu kita baling pula umpan dekat ikan tongsan sedang bermain air tadi..apa perlu kita buat adalah dengan istiqamah tetap baling di tempat yang sama juga.
Dimana umpan pertama anda baling maka di situ umpan akhir kita mesti baling, jangan menukar-nukar pondok memancing pula...baling lurus di tengah-tengah kolan itu sudah memadai, akhir sekali tawakal dan sabar menunggu rezeki dari nya insyaallah..
Sabtu, 28 Mac 2015
PENGENALAN KAJIAN UMPAN TONGSAN KELUARAN PEMBURU IKAN TONGSAN.
Hi assalamualaikum kepada pembaca,kawan-kawan serta para pemancing sekelian.... Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudah membeli umpan-umpan, dedak-dedak,stok memancing serta yang paling utama yang sudah membeli Umpan KAJIAN" Umpan Tongsan King " dari saya.
Pada hari ini saya ingin membuat Pengenalan mengenai UMPAN TONGSAN yang saya jual banyak secara online ini agar kawan-kawan tidak salah faham serta keliru, sebab saya tidak mahu di suatu hari nanti ada cerita-cerita di belakang saya dan rasa tidak puas hati pula dan sebagainya, perkataan yang tidak elok kita tidak mahu dengar..Sila baca dan faham betul-betul pengenalan umpan saya di bawah.

Ini adalah Umpan Tongsan Kajian dari saya selama 1 tahun, umpan tongsan ini saya gelar " Umpan Tongsan King's keluaran dari saya yang mana saya sudah bancuh-bancuh kering bahan-bahan nya. Ini adalah umpan tongsan yang telah saya kaji akan bahan-bahannya selama hampir 1 tahun dan ramuan-ramuan terbaru dari saya hasil dari Kajian saya sendiri selama saya memancing sehingga ke hari ini.
Umpan tongsan ini beharga Rm 25.00 sekilogram tidak termasuk wang pos, harganya mahal di sebabkan ramuan-ramuan yang mahal di dalam nya. Saya terpaksa buat campuran penuh umpan tongsan ini agar bancuhan kering ramuannya tidak lari sepenuhnya. Saya boleh bagi lagi murah harganya tapi saya risau kawan-kawan tersalah bancuh ramuan akan menyebabkan ikan tongsan langsung tidak menyentuh atau menyedut umpan ini kelak, jadi saya campur penuh dan tuan-tuan tidak perlu lagi tambah apa-apa lagi, hanya perlu air kolam dan paste sahaja itu sebab ia mahal, saya tidak dapat mengurangkan lagi harga nya kerana ramuan ia mahal datang dari kedai pancing, saya tidak berbuat apa-apa lagi, saya harap para Pembeli memahami dengan situasi ini.
Umpan ini juga adalah ikhtiar umpan dari saya, tak semestinya setiap kali menggunakan umpan ini tuan-tuan, kawan-kawan akan menaikkan ikan tongsan yang besar ia bergantung pada rezeki tuan-tuan memancing ketika itu,segala-galanya bergantung rezeki Allah dan rezeki masing-masing, namun begitu tuan-tuan pasti menaikkan ikan tongsan tak kira kecil atau besar ia bergantung pada rezeki insyaallah. Saya berharap kawan-kawan FAHAM akan situasi ini.Ini kerana ikan tongsan yang sudah dipancing dan mulut yang luka dan sakit tidak akan menyedut umpan,betul kan..
Umpan ini tahan 6 bulan dan kandungan ramuan selamat dan boleh digunakan sepenuhnya jangan kena air sudahlah, itu sahaja. Kepada sesiapa yang ingin menjadi jurujual saya sila whatsup melalui nombor telifon saya yang tertera di bawah dengan syarat ORDER mesti 10 bungkus keatas : 20 kilogram atau datang terus ke rumah saya di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kalau ambil sendiri harga lagi murah, Harga pos laju memang mahal,lagi-lagi cukai GST sekarang. Ini perlu di ambil kira.
Umpan ini juga boleh digunakan untuk memancing ikan-ikan sungai kerana terdapat Respon dari pemancing lain yang sudah memancing di sungai, ikan utama ialah ikan putih, untuk pengetahuan para pembaca saya belum pernah cuba memancing di sungai menggunakan umpan ini tapi ada pemancing yang sudah pakai umpan ini memancing di lombong serta di sungai hasil dari membeli umpan ini dari saya sampai hari ini.Untuk memancing di sungai tak perlu bancuh banyak-banyak umpan ini hanya bancuh sebesar penumbuk dan bulatkan kecil-kecil seperti memancing ikan rohu dan sungguh jimat dan boleh pakai sampai bila-bila asalkan umpan ini tidak terkena air. Kalau memancing di sungai atau lombong ia tak perlu lagi di tambah apa-apa paste atau bau, hanya perlu tambah air dan bulatkan sahaja dan boleh digunakan.
Bagi yang membeli umpan ini, cara-cara membancuh umpan ini sudah saya sediakan di pek umpan umpan tongsan ini serta seting level air,seting paste,seting berat umpan yang bakal di bancuh kelak, tuan-tuan perlu membuka pembalut kecil yang ada di dalam pek plastik umpan ini dan ikut cara-cara membancuh umpan ini.
Pastikan umpan yang Original yang terdapat pek plastik kecil di dalam pek umpan ini, maklumlah lah dengan ada kemudahan internit ini berbagai-bagai cara orang boleh menipu. jadi pastikan yang original tertulis plastik kecil di dalamnya.
Bagi yang ingin membeli secara online boleh lah membuat bayaran secara Online melalui :
Akaun : Maybank.
No Akaun : 162076531452.
Nama : Syukri Bin Lan.
Berminat sila whatsup : 019-2361080 : ( Syukrilan ).
Penghantaran : Pos Laju.
CONTOH PENGIRAAN POS LAJU PENGHANTARAN ORDER DEDAK TONGSAN INI :
HARGA POS LAJU UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA.
MAX WEIGHT : 500g
PRICE : RM 6.00 + 6% GST.
TYPE : PREPAID ENVELOPE M
SIZE : 380 mm X 320 mm
MAX WEIGHT : 1 KG
PRICE : RM 9.00 + 6% GST.
TYPE : PREPAID BOX S
SIZE : 340 mm X 250 mm X 80 mm
MAX WEIGHT : 2 KG
PRICE : RM 13.00 + 6% GST.
TYPE : PREPAID BOX L
SIZE : 340 mm X 250 mm X 150 mm
MAX WEIGHT : 5 KG
PRICE : RM 20.00 + 6% GST.
TYPE : PREPAID BOX L
SIZE : 380 mm X 320 mm X 200 mm
MAX WEIGHT : 10 KG
PRICE : RM 30.00 + 6 % GST.
.............................................................................................................
HARGA POS LAJU UNTUK SABAH / SERAWAK
MAX WEIGHT : 500g
PRICE : RM 10.00 + 6% GST
TYPE : PREPAID EM. ENVELOPE M
SIZE : 380 mm X 320 mm
MAX WEIGHT : 1 KG
PRICE : RM 15.00 + 6 % GST.
TYPE : PREPAID E.M. BOX S
SIZE : 340 mm x 250 mm X 80 mm
MAX WEIGHT : 2 KG
PRICE : RM 25.00 + 6 % GST.
TYPE : PREPAID E.M. BOX M
SIZE : 340 mm X 250 mm X 150 mm
MAX WEIGHT : 5 KG
PRICE : RM 55.00 + 6% GST.
TYPE :PREPAID E.M. BOX L
SIZE : 380 mm X 320 mm X 200 mm
MAX WEIGHT : 10 kg
PRICE : RM 95.00 + 6% GST.
WHATSUP GROUP TONGSAN KING
Makluman kepada yang sudah membeli Umpan Online dari saya akan diterima masuk menyertai Group '' Tongsan King " Whatsup dan saya akan ajarkan seting ;
1. Bancuhan Umpan Tongsan yang saya jual secara online.
2. Bancuhan Paste.
3. Ikat perambut perambut spring ikan tongsan dari 2 Mata-5 Mata.
4. Perambut Tongsan mengelirukan ikan lain agar tidak mencuri umpan tongsan.
5. Pelampung batu hidup Ubah Suai.
6. Seting Gabus tongsan yang tepat.
7. Seting Level Air bancuhan pasir umpan tongsan.
8. Cara kepal umpan tongsan dengan cara yang betul.
9. Seting batu ladung mati.
Sesi pembelajaran semua seting umpan di atas adalah melalui video dalam whatsup group yang akan saya kongsikan kelak.
Segala seting di atas adalah untuk seting umpan tongsan yang saya jual secara online khas untuk pembeli-pembeli umpan saya secara online,kalau dapat naik selain ikan tongsan itu dikira bonus, saya bukan lah seorang pandai memancing ikan tongsan, berbekal dengan pengalaman yang saya ada insyaallah saya boleh ajarkan kepada tuan-tuan yang sudah membeli umpan tongsan keluaran saya nanti, agar tuan-tuan yang membeli umpan keluaran saya akan benar-benar memperolehi ikan tongsan kelak, insyaallah rezeki ada dimana-mana sahaja dan umpan tongsan ini adalah ikhtiar dari saya.
Saya mewujudkan whatsup ini adalah untuk berkenal- kenalan dengan tuan-tuan dan mewujudkan silaturahim di kalangan pemancing yang ada di seluruh negeri di malaysia ini di samping tujuan utama saya membantu para pemancing tongsan dan mencari sedikit pendapatan kepada tuan -tuan untuk menduduki Papan Jakpot dikolam tuan-tuan memancing serta keluarga saya sendiri,maksudnya di dalam situasi sama-sama menang, segalanya tidak datang secara percuma,segalanya memerlukan wang, sebelum ini pun semasa saya mula-mula memburu ikan tongsan saya pulang dengan tangan kosong juga sehingga hampir 6 bulan lamanya, berapa lama saya menghabiskan modal untuk memperlajari teknik memancing ikan tongsan dan menghabiskan wang untuk membuat kajian umpan tongsan ini, saya berharap agar para pembaca serta para pemancing yang membaca dalam blog ini FAHAM akan kesusahan yang saya alami sebelum saya benar-benar menjumpai umpan tongsan saya gunakan sekarang.
Saya juga tidak membuat paksaan kepada tuan-tuan serta pembaca untuk membeli umpan tongsan keluaran saya ini, terpulang lah pada tuan-tuan, testimonial sudah saya tunjukkan,tuan-tuan boleh nilaikan sendiri.
Untuk pengetahuan tuan-tuan serta para pembaca sekelian Umpan Tongsan hasil kajian saya ini bukan semestinya tuan-tuan akan menaikkan ikan tongsan besar,ikan tongsan pecah tabung jakpot dan sebagainya, umpan tongsan ini adalah ikhtiar dari saya,sekiranya ada rezeki tuan-tuan pada masa itu insyaallah rezeki tetap hak milik tuan-tuan juga, dan umpan ini juga tidak semestinya tuan-tuan pulang dengan tangan kosong selalu, saya percaya pada Rezeki Allah.
Syarat menyertai Group saya adalah bila mana tuan-tuan membeli dedak tongsan saya melebihi 2 kilogram insyaallah.

Jumaat, 27 Mac 2015
Ikan Tongsan Lombong
Hi..kawan-kawan..
Siapa di kalangan pembaca pada hari ini mengetahui di mana lokasi-lokasi yang ada ikan-ikan tongsan liar lombong..? Puas juga saya cari di sekitar hulu selangor memang tidak jumpa lagi setakat ini.
Ingin juga rasanya mencuba memancing ikan tongsan liar di lombong-lombong, tujuan saya adalah untuk membuat kajian tentang umpan tongsan liar lombong,tasik dan sungai, masalahnya saya tak tahu di sekitar tempat saya ada atau pun tidak ikan tongsan liar ini.
Dari mana datangnya ikan-ikan tongsan liar ini..? siapa tahu..? jom sama-sama turun memancing hehe..
kalau ada tuan-tuan terjumpa lubuk yang baik tolong komen di bawah, teringin juga rasanya nak mencuba memancing ikan liar lombong..sekian dari pemburu tongsan.

Memancing Ikan Tongsan Teknik Dasar
Setiap kali tuan-tuan memancing ikan tongsan selalunya menggunakan teknik yang macam mana,apakah teknik memancing ikan tongsan yang kerap tuan-tuan gunakan ..??
Setahu saya lah ada 2 kaedah memancing ikan tongsan ini yang PERTAMA :
1. Teknik pelampung.
- Ini adalah teknik yang saya amat suka sekali sampai hari ini sebab,
a. Setiap kali ikan tongsan menyedut umpan kita, selalu didapati mata kail akan BOLT dan kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengenal pasti ikan sasaran makan BOLT ke atau tidak..? Ikan tongsan yang menyedut umpan kita ada pelbagai arah sebenarnya, ada dari kiri,kanan,bawah,atas walaupun kita sudah menggunakan teknik Main Pelampung., Untuk memastikan ikan tadi benar-benar BOLT setelah pelampung kita tadi sudah tidak kelihatan lagi di atas permukaan air kolam. Kadang-kadang walaupun pelampung sudah tidak kelihatan namun bergitu, pancing belum lagi ditarik ikan, apa perlu kita buat adalah, waktu ini kita perlu rembat pancing kita sebab mata pancing sudah berada di mulut ikan itu walaupun ikan tadi tidak menarik tali pancing kita. Kadang-kadang ikan terus tarik tali pancing kita bila pelampung kita tidak tidak kelihatan di atas permukaan air. Sekiranya menggunakan teknik pelampung Isyarat kita adalah pelampung itu. Jika tenggelam pelampung maknanya ikan sudah kena mata pancing.
Kita boleh lihat sekiranya ikan tongsan sedang menyedut umpan pelampung kita di tolak si ikan tongsan secara lembut ke atas,kebawah. kadang-kadang tenggelam timbul secara perlahan-lahan ini tandanya ikan tongsan sedang menyedut umpan kita. Kadang-kadang aksi ini akan berlaku sehingga 1 jam lamanya, kadang-kadang sampai habis umpan baru ikan tongsan tadi menarik tali pancing kita. Jika menggunakan teknik pelampung umpan yang di bancuh perlu basah dan keras apabila di picit, umpan jangan peroi nanti cepat pula habis umpan tadi, tak sampai 30 minit umpan dah habis.
b. Kita dapat rehat waktu memancing, kalau menggunakan teknik main pelampung, kita tidak perlu lagi setiap kali ikan menarik tali pancing secara perlahan untuk selalu menegangkan tali. teknik pelampung perlu menggunakan batu hidup agar pelampung tadi tidak bergerak jauh ke tempat atau kawasan pemancing lain, batu hidup tadi berperanan menahan pelampung kita dari bergerak jauh kewasan pemancing lain, anda boleh lihat orang memancing ikan siakap air masih yang tidak menggunakan batu hidup, pelampungnya bergerak jauh bila di tarik udang..betul kan..?
c. Kita dapat mengagak bila habisnya umpan apabila kelihatan pelampung kita bergerak ringan di permukaan air,ini menunjukkan umpan sudah habis dan perlu digantikan dengan umpan yang baru..sungguh mudah.
d. Teknik pelampung adalah teknik yang selamat jika kita salah bancuh bau dan rencah umpan tongsan tadi, ini kerana umpan yang kita kepal tadi jatuh secara peroi di permukaan air sedikit demi sedikit ini membuatkan ikan tongsan suka dan datang menyedut umpan, jadi ia nya selamat. Namun begitu teknik pelampung akan jadi sukar bagi kita sekiranya di kolam pancing tersebut terdapat banyak anak-anak ikan, anak-anak ikan dulu akan menghabiskan umpan pelampung tadi, itu sebabnya orang memancing ikan tongsan mengepal umpan tongsan sebesar penumbuk agar umpan tadi lambat habis dari di makan anak-anak ikan kecil tadi.
2. Teknik Dasar
-ini adalah teknik yang paling saya suka sampai ke hari ini,
a. Teknik ini kalau ikan tarik juga akan bolt sekiranya bancuhan serta perambut kita tepat, bancuhan umpan perlu tepat, gabus juga mesti set dengan tepat serta bancuhan bau perlu tepat, jika tidak kita akan pulang dengan tangan kosong sehingga tamat masa memancing.
b. Teknik ini dapat membolehkan kita mendaratkan pelbagai ikan, walaupun apa awalnya kita hanya menggunakan umpan tongsan namun kita berpeluang menaikkan pelbagai jenis ikan seperti ikan mekong,rohu,patin,karak,pacu dan pelbagai jenis ikan air tawar sebabnya kita tidak tahu bila ikan-ikan ini lapar betulkah..?Jadi jangan bangga kalau umpan tongsan kita dapat menaikkan pelbagai jenis ikan air tawar hahaha. Teknik dasar memang mengguntungkan ramai pemancing sekiranya bancuhan umpan,seting pelambung,seting bau, seting rencah,seting perambut segalanya tepat.
c. Kita juga dapat mengenal pasti ikan tongsan sudah bolt apabila tali pancing tuan-tuan sudah kendur, itu menandakan mata pancing sudah berada di mulut ikan tongsan. Sekiranya tali pancing kita sudah kendur secara perlahan lahan itu maknanya mata pancing sudah berada di dalam mulut ikan. ada 2 kaedah cara untuk menyentap tuan-tuan. Tuan-tuan boleh sentap joran bila tali kendur dengan perlahan dan naik semula dengan tegang dan tali kendur dengar perlahan dan tali naik separuh tegang waktu ini perlu sentap joran. kalau tidak yakin tuan-tuan tunggulah sampai tali pancing sudah ditarik ikan baru sentap joran. kalau nak tunggu sampai tali pancing tegang dan shoot tali pancing memang lambat nak tarik ikan serta menaik itu sahaja tuan-tuan.
Semoga dengan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu para pemancing-pemancing ikan tongsan sisik halus sekalian, saya bukan lah pandai sangat, saya hanya mampu kongsikan apa yang saya tahu sahaja kawan-kawan,salah dan silap harap dapat di maafkan...sekian dari pemburu tongsan..

Selasa, 24 Mac 2015
Umpan Tongsan Sisik Halus umpama " Belut Balik Ke Lumpur "
Pernah dengar tak dengan bahasa Kiasan Umpan Tongsan Belut Balik Ke Lumpur..??? Jom saya kongsikan apakah makna kiasan di atas tadi..
Saya ada seorang kawan nama di rahsiakan, memang otai tongsan kawan saya ini, umur hampir cecah 50 tahun, pengalaman memancing memang luas, pelbagai teknik memancing dia tahu saya anggap kawan saya ni otai lah dalam bab memancing ni alasan saya sebab dia dah bertahun- tahun memancing dari saya.
Otai ini tak mahu mengalah dalam pemburuan memancing ikan tongsan kolam berbayar, tiap kali dia turun memancing di kolam yang sama dia tidak pernah menukar umpannya, katanya itu umpan yang sudah tepat jadi tidak perlu lah ditukar seting dan rencahnya.
Jadi itu lah kiasan ia tadi Belut Akan Balik Ke Lumpur, maknanya disini bila sekian lama ikan tongsan tadi tidak menyedut umpan tongsan nya satu hari pasti ikan tongsan tersebut akan kembali menyedut atau mahu makan umpan otai ini tadi, ini lah yang dia maksudkan bagi saya memang betul lah tapi bila..?? dan berapa lama...?
Kalau ikutkan bancuhan umpan dan rencah otai memang tepat sekali memang tidak di nafikan dia berjaya menaikkan ikan tongsan seberat 20 kg dan menduduki tempat pertama dalam carta ranking jakpot dan saya saksi waktu itu. Namun tidak lama selepas itu otai tadi terpaksa akur akan umpan tongsannya, tiap kali turun memancing membangau akhirnya dan kini banyak berehat memancing, Saya bukan lah berniat ingin memalukan kawan saya itu tapi ini adalah perkongsian akan umpan tongsan, blog ini saya wujudkan adalah semata-mata untuk berkongsi pengalaman mengenai ikan tongsan,ilmu, hobi dan mencari sedikit pendapatan sampingan dalam perjualan umpan saya pada hari ini.
Itu sebab saya katakan ikan tongsan mahu umpan-umpan yang baru dan bertukar-tukar selera kerana apa kawan-kawan..?? Kerana ikan tongsan sudah dapat mengecam umpan kita sewaktu ia di pancing ketika dulu.
Maksudnya bukan lah umpan asas tongsan tadi di tukar semua...tidak..tidak..apa perlu kawan-kawan buat ialah, tuan-tuan perlu menukar rencah umpan tersebut,bukan menukar seting dan umpan asas ..tapi perlu menukar rencahnya. ini kerana ikan-ikan tongsan tadi sudah mengenal pasti umpan-umpan kita, jadi ikan-ikan ini akan menjadi lebih cerdik dan takut pada masa-masa akan datang.
Dari bulan-ke bulan kita perlu menukar rencah umpan-umpan tongsan kita, senang kata umpan-umpan tongsan up to date ( umpan tongsan rencah baru )..umpan asas dan seting tetap sama yang berubah adalah rencah sahaja. senang kan.
Dari pengalaman yang saya ceritakan dia atas tadi memang kenyataan benar dan saya adalah saksi kejadian tersebut bila mana kawan saya ini mangkau time mancing bukan dia seorang sahaja tapi ramai termasuk saya sekali.Bukan bermakna umpan tongsan kawan saya tadi bau sudah lama,seting lama semua tidak pasal lama, kerana punca si ikan mulut besar tadi sudah dapat mengenal pasti umpan kita, ia tahu bahaya, ia cerdik, beratus ratus kali ia di pancing, macam-macam mata kail lekat di mulutnya jadi ia semakin cerdik jadi tukar lah selalu rencah-rencah umpan tongsan tuan-tuan, jangan pula tukar umpan asas dan seting umpan sudahnya nanti asyik membangau sampai bila-bila sekian terima kasih.

Ketagih Memancing ikan tongsan sisik halus
Memang benar memancing ikan tongsan boleh menjadikan seseorang itu ketagih, ketagih untuk melawan mendaratkan ikan tersebut. Ada segala macam ketagihan memancing ikan tongsan ini.
Walau pun kecil namun pemancing akan rasa lebih puas mendaratkan ikan ini, ramai yang kata ikan tongsan ni kalau di tarik ketepi kolam tak melawan ibarat menarik puntung kayu. ye memang betul.
Yang menyebabkan ketagihan memancing ikan tongsan ini adalah sewaktu kita main bottom atau main pelampung, saat ketagihan itu muncul bila kita menghadapi situasi ikan tongsan ini mencuri umpan, menyedut umpan, mengetuk umpan, menolak pelampung, menarik atau menolak pelampong saat ini lah terjadinya ketagihan itu, bukan hanya dapat menarik ikan itu ketepi kolam.
Ramai yang cakap memancing ikan tongsan ini tak stim hehehe.. ikan ini tak kuat melawan ye betul tapi itu unuk yang bukan pemancing ikan tongsan yang tegar. Saya faham bukan semua pemancing minat memancing tongsan sebab di kolam air tawar terdapat pelbagai spesis ikan seperti Ikan Patin,Ikan Mekong, Ikan Rohu, Ikan Pacu dan pelbagai lagi jenis ikan dikolam air tawar ini.
Bukan semua orang yang nak memancing ikan tongsan ini saya akur. Namun yang betul-betul memburu ikan tongsan ini memang mengigil tangan bila tidak menarik ikan ini dalam sehari termasuk saya juga sebagai seorang pemancing ikan tongsan ini.
Ketagihan memancing itu akan hilang setelah kita berada di kolam pancing sungguh pun waktu itu kita tidak memancing bertapa rindunya kita pada ikan tongsan ini hehehe..dapat tengok orang memancing pun jadilah, bukan tak mahu turun memancing sebab banyak komitmen kita pada hari itu termasuklah kerja hakiki perlu di buat, komitmen keluarga, esok kerja tidak boleh tidur lewat dan bermacam macam lagi alasan.
Sebagai pemancing tegar hati kena tahan sabar, di dalam hati dah seting time memancing bila time sesuai untuk memancing dan turun memancing, kalau hari-hari turun memancing susah juga, sebab kita ada tanggungjawab pada kerja,kelaurga, boss, majikan dan program-program lain.
Sebagai seorang pemancing tegar yang berjaya digelar otai tongsan yang disengani dan berkali-kali memenangi wang jakport maka harus lah ada perancangan memancing, sebab tiap kali turun memancing kita perlu melaburkan wang, wang minyak kereta, wang makan, wang rokok, wang beli umpan dan boleh dikatakan kesemuanya memerlukan wang, jadi ini perlu di ambil kira.
Tak semestinya tiap kali kita turun memancing rezeki berpaling pada kita sungguhpun umpan tongsan kita dikira power ce wah...kalau time itu bukan rezeki kita sudah pasti membangau kita. Mungkin juga waktu itu kita dapat mendaratkan ikan tongsan sampai 7 ekor pada hari tersebut namun kalau rezeki kita sudah pasti nama kita tidak akan berada di papan rangking jakport mingguan. iya lah 7 ekor ikan tongsan yang kita dapat semua berat 10 kg kebawah. Faham tak maksud saya..?? Ikan jakport yang di perlukan paling bawah sekali ialah 14.200 kg tapi 7 ekor ikan tongsan yang kita dapat semua 10kg kebawah.
Sekiranya tuan kolam boleh bayar seekor rm 10.00 tak apa juga sebab dah RM 70.00 dah kira mancing percuma lah katakan, tapi bukan semua tuan kolam mempunyai syarat seperti itu, ada sesetengah kolam seekor ikan tongsan yang kita daratkan di bayar seekor RM 1.00 pun ada dan ada sesetengah kolam langsung tak bayar apa-apa. Maksudnya tangkap dan lepas.
Saya sebagai seorang pemancing tegar ikan mulut besar ini juga ingin menasihatkan para pemancing agar tidak perlu selalu turun memancing cukup lah seminggu sekali " Mid Night " masuk pukul 12.00 tengah malam dan keluar 7.00 pagi dan tambah lagi 3 jam masa tambahan ini sudah memadai, sekiranya ada rezeki kita pada hari itu tetap rezeki itu hak milik kita nanti, ini baru betul sebagai seorang pemancing yang tegar yang berjaya, sebab apa..??
1. Jimat Wang - anda dapat menjimatkan wang bulanan anda dan dapat beraksi semula pada minggu kedua,ketiga dan keempat, jadi kita tidak lagi putus wang untuk memancing di setiap hujung minggu, ini baru dikatakan seorang pemancing tegar yang berjaya dan dalam masa 4 minggu turun memancing tak kan sekali tak dapat ikan tongsan jakport betul tak.
2. Ada masa bersama keluarga - Ye betul masa kita bersama anak, isteri serta keluarga terjamin dan masa kita bersama anak-anak tak terabai. kadang saya berasa sangat sedih dan pernah depan mata sepasang suami isteri 2 malam tak pulang kerumah sebab menemani suaminya memancing yang menyedihkan ialah terdapat anak kecil sekali disitu, bayangkan dengan panas terik,sejuk di waktu malam, hujan dan nyamuk sebagainya disitu.
3. Tak semestinya tiap kali turun memancing kita dikira jaguh hoho...sebab saya dan kongsi disetiap artikel mengenai ikan tongsan di dalam blog ini mohon untuk dibaca sebagai panduan dan persiapan diri untuk memancing kelak, sungguh pun umpan kita dikira power namun ada ramai lagi umpan yang power dari kita ini kerana ikan tongsan mempunyai citarasa yang berubah-ubah dan boleh mengecam umpan kita. Dalam kolam pancing terdapat ratusan para pemancing dengan pelbagai cita rasa dan rencah seseorang pemancing, ikan tongsan yang telah kita daratkan 2 minggu sudah dapat mengenal pasti umpan kita pada akan datang ia akan berjaga-jaga untuk menyedutnya untuk kali kedua ini yang dikatakan citarasa selera ikan tongsan berubah ubah tolong jangan keliru dengan dengan perkataan ini. Ikan tongsan saiz abah selalu cerdik dan dapat mengenal pasti umpan-umpan kita pada masa-masa akan datang sekiranya tidak ada pilihan ikan tongsan tadi mahu tak mahu akan menyedut juga umpan kita sekiranya ia benar-benar lapar ketika itu.
4. Faktor Cuaca- keadaan cuaca perlu juga diambil kira, time kita hendak turun memancing tiba-tiba terjadi pula hujan lebat pada malam iyu sampai ke pagi hujan, ini juga perlu di ambil kira, kalau dah hujan tak berhenti-henti nasihat saya tak perlu lah turun memancing,rugi je sebab ikan tongsan tak mahu buka mulut kalau time hujan lebat sampai ke pagi. sekian....

Isnin, 23 Mac 2015
Kenapa Ikan Tongsan Hanya Memandang / Lari sewaktu menghampiri umpan kita..??
Yeah...Ini adalah soalan yang selalu saya suka...kenapa..?? Jom kita bincangkan soalan ini dibawah..
Pernah kah kawan,pembaca atau pemancing-pemancing mengalami situasi seperti ini..?? rasanya sudah pasti semua telah mengalami situasi seperti ini termasuk saya sekali hahaha...tapi kenapa..??
A. Ikan tongsan hanya memandang umpan tongsan kita dari arah dekat..kenapa..??
1. Umpan yang kita guna tadi tidak memenuhi syarat umpan, terdapat bahan-bahan umpan yang tidak cukup rencah dan perasa atau juga umpan yang kita guna tadi terlebih bahan seperti terlebih paste, atau kurang paste,kurang bau, terlebih bau,terkurang bahan-bahan asas umpan.
2. Umpan kita tepat tadi disukai juga oleh ikan-ikan lain dalam kolam pancing tersebut, ikan tongsan tidak berani menghampiri umpan kita ini kerana terdapat ikan lain sedang menjamah umpan kita tadi. Sifat ikan tongsan tongsan tidak suka diganggu oleh ikan-ikan lain.
3.Umpan kita tadi salah seting terdapat satu perisa yang tidak disukai oleh ikan tongsan jadi ikan tongsan hanya memandang sahaja walaupun kita nampak ombak air sudah masuh di kawasan umpan kita.
B. Ikan tongsan lari setelah menghampiri umpan kita..kenapa..??
1. Ikan tongsan tadi cerdik dan dapat mengenalpasti bahaya umpan kita jadi kita perlu lakukan teknik mengelirukan umpan tersebut seperti menutup mata pancing di dalam boom umpan kita, lakukan pelbagai teknik mengelirukan ikan tongsan tersebut.
2. Umpan kita juga disukai ikan-ikan air tawar yang lain disitu.
3. Umpan kita tadi terlebih atau juga terkurang bahan2 asas atau seting umpan tongsan yang sebenar.
4. Ikan tongsan sedang berebut umpan tadi dari ikan tongsan yang besar dikawasan itu. yang kecil takut dengan besar.
5. Ada peluang untuk mendaratkan ikan tongsan saiz besar , ini kerana ikan saiz kecil takut bila ikan tongsan saiz besar datang serta merta.
sekian terima kasih..

Mari mengenal pasti Lubuk Tongsan di Kolam Pancing Berbayar..
Hi untuk Artikel kali ini saya ingin kongsikan dimanakah lubuk sebenar tongsan ketika di waktu Malam dan Siang di Kolam Pancing tempat tuan/tuan semua.
WAKTU SIANG KOLAM MEMANCING BERBAYAR
= Ini adalah permandangan kolam memancing berbayar di Kolam Pancing Sungai Buaya Rawang, ini adalah gambar hiasan untuk saya menceritakan suasana siang kolam memancing. Untuk pengetahuan para pembaca atau para pemancing, lubuk ikan tongsan yang sebenarnya ia di sebelah kolam kiri dan kanan hujung kolam, dimana kawasan ini jarang di ganggu para pemancing tiap kali memancing .
Ikan tongsan suka mendiami kawasan yang tenang di kolam yang jarang di labuhkan umpan para pemancing pemancing kolam atau juga kawasan yang tidak ada ikan-ikan lain bermain disitu maka disitu lah kawasan sebenar ikan-ikan tongsan mendiami di dasar kolam.
Lubuk ikan tongsan tidak mahu diganggu sepenuhnya oleh ikan-ikan tawar yang lain dan para pemancing-pemancing, manakala tempat pencarian makanan ikan tongsan adalah merata-rata tempat itu kalau ikan tongsan mahu mencari makan.
WAKTU MALAM KOLAM PANCING DHA KKB.
= Suasana malam sebegini adalah waktu yang sangat sesuai memancing ikan tongsan sisik halus, gelombang ombak boleh dilihat dipermukaan air sewaktu ikan-ikan tongsan mula mencari makan di kolam berbayar. Namun begitu Lubuk ikan tongsan tetap juga berada di hujung-hujung kolam yang jarang diganggu oleh pemancing serta ikan-ikan air tawar yang lain.
Tempat ikan tongsan mencari makan adalah di merata tempat juga dan akan balik semula ke lubuk untuk didiaminya.
Memang benar kata seorang pemancing tegar disetiap lubuk ikan-ikan tongsan mendiami terdapat seekor ikan tongsan yang bersaiz besar dari ikan-ikan tongsan yang lain.
Akan ada seekor ikan tongsan saiz ABAH disitu dan yang lainnya kecil dari ikan tongsan besar tersebut, ini memang betul apa yang yang diceritkan oleh seorang yang saya kenali. Jadi sebagai seorang pemancing tongsan yang memburu tongsan kolam perlu memancing berubah-ubah tempat atau pondok.
Maksud berubah-ubah tempat sehingga dapat ikan tongsan saiz besar itu, jika hari isnin kita berada di pondok kiri kolam hari selasa pula kita mesti berada di kanan kolam pula sehingga seterusnya.
Hal ini perlu dilakukan setelah kita berjaya menaikkan ikan tongsan yang besar dan banyak disitu, sekiranya belum lagi menaikkan ikan tongsan besar makan kita boleh lagi memancing disitu.
Maksud besar ialah ikan tongsan yang lebih dari ikan tongsan lain seperti 10kg kecil, 15 kilo besar dan apabila ikan yang bersaiz 15kg berjaya kita daratkan maka tidak ada lagi ikan tongsan 15 kilo bakal kita daratkan disitu seterusnya, namun begitu ikan tongsan yang bersaiz 15 kilo tadi akan kembali semula mendiami disitu dimana kita berjaya mendaratnya sebentar tadi.
Ikan tongsan yang bersaiz 15kg tadi tidak akan menjamah umpan kita sehingga mulutnya benar-benar sembuh sepenuhnya. Ikan tongsan akan kembali menjamah umpan kita paling lewat 2 minggu atau 1 bulan lamanya bergantung pada luka mulut si ikan tongsan tadi.
Jadi kalau-kalau rasa ingin menaikkan ikan tongsan bersaiz besar jadi tuan-tuan perlulah berpindah tempat memancing, bukan berpindah dari kolam pancing tapi berpindah dari pondok memancing.
Untuk pengetahuan semua para pemancing ikan tongsan yang bersaiz 15 kg tadi adakala nya akan mencari makan jauh juga apabila ia lapar dan akan kembali semula ke lubuk asalnya ia mendiami akan tetapi beruntung lah para pemancing yang peka di mana lubuk asal ikan tongsan bersaiz 15kg itu mendiami. Pemancing tersebut akan mendaratkan dengan cepat ikan tongsan bersaiz 15 kg ini dari orang lain sekiranya luka dimulut ikan ini sudah sembuh sepenuhnya.
Jadi kenal pasti di mana lubuk-lubuk ikan tongsan besar selalu mendiami di kolam pancing tempat tuan-tuan sekian terima kasih.
Khamis, 15 Januari 2015
Istilah Umpan Power Tongsan Sisik Halus
Hi.. bertemu kembali kita pada artikel kali ini yang mana saya rasa amat dinanti-nanti kan oleh para Pembaca juga Abang Pancing ( kaki pancing ), Ramai juga para pemancing yang bimbang untuk menyatakan atau mengongsikan istilah umpan power ini.
Saya juga faham bukan mudah untuk mendapatkan umpan yang betul-betul disukai oleh si ikan tongsan ini, terus terang saya katakan saya bukan lah seorang pemancing yang profesional namun begitu dengan berbekalkan pengalaman yang ada, sedikit sebanyak dapat membantu menceritakan sedikit keadaan serta gambaran sejauh mana apa yang di maksudkan ' Umpan Power '
Dari pengalaman yang saya faham waktu itu ialah, umpan power ini bukan sejenis umpan power berkuasa dan kuat akan tetapi kenapa ia digelar umpan power? Umpan power bermaksud, umpan yang kita bancuh benar-benar menepati selera ikan tongsan sahaja, maknanya umpan tadi hanya di sukai oleh ikan tongsan sahaja, ini lah yang di gelar umpan power.
Umpan tadi hanya disukai oleh ikan tongsan dan tidak disukai oleh ikan jenis lain. kita memburu ikan tongsan dan kita akan dapat ikan tongsan,itu lah umpan yang akan di panggil umpan power. Namun begitu segala- gala rezeki kita pada hari itu adalah TUHAN yang menentukannya. Umpan Power adalah umpan ikhtiar dari kita. Kalau dah rezeki kita pada hari itu, insyaallah tetap hak milik kita.
Namun begitu umpan ikan juga merupakan asas kepada perkara penting untuk memancing, kalau tidak ada umpan macam mana nak memancing betul tak..??
Banyak juga saya mendengar dan banyak juga saya dapat tahu dari pada mulut pemancing-pemancing ikan tongsan ini yang banyak mengatakan " Lain Padang Lain Belalang " Pernah tak anda mendengar ayat seperti ini?
Dari pengalaman yang pernah saya tempuhi selama bertahun berkecimpung dalam sukan memancing atau juga aktiviti memancing ini, apa yang saya tahu pasal umpan ikan tongsan ini, boleh dikatakan umpan yang kita gunakan adalah sama umpan nya dengan pemancing - pemancing yang lain di mana-mana kolam pancing tersebut. Yang membezakan umpan kita dengan umpan pemancing lain adalah SETING & RENCAH umpan kita dengan umpan pemancing lain.
Contohnya
SETING : merupakan timbang, gram, level bau, berat umpan, ml air, cara bancuhan.
RENCAH : merupakan campuran umpan, perasa, jenis dedak/palet/, jenis jenama produk yang digunakan, umpan tambahan, jenis-jenis pewangi ( isen ), segala macam bentuk tambahan lain dari umpan asas tadi.
Ini yang membezakan umpan-umpan kita tadi dengan pemancing-pemancing ikan tongsan yang lain.
Baiklah kita sambung balik pasal topik " Lain Padang Lain Belalang " sebenarnya kalau ikutkan memang tidak ada istilah seperti ' lain padang lain belalang' sekiranya seting kita adalah tepat dan disukai ikan-ikan kolam bayar. Mungkin maksud para pemancing tadi itu adalah berkaitan seting umpan .contoh macam ini.
Kita sering juga memancing ikan di banyak tempat dan kolam, banyak kolam kita pernah kita turun dan memancing setakat ini, betulkan..?? Yang membezakan adalah disitu nanti adalah :
1. Air
2.Suhu
3.Ph.
4.Koloni Ikan.
5. Kandungan Neutral Galian Tanah
6. Keadaan dasar kolam
7. Populasi Ikan disitu.
8. Bancuhan umpan kita.
9. Jenis air
10. dan banyak lagi kategori yang perlu di ambil kira.
11. Penggunaan dedak yang di ajarkan kerap oleh pemancing-pemancing kolam disitu perlu di ambil kira.
Ini adalah kategori dalam jenis-jenis seting umpan tongsan kita tadi, bukan mudah k.semasa kita memancing disitu kita kena rajin selidik Rencah - rencah umpan yang kerap digunakan dikolam tersebut.
Kebanyak pemancing-pemancing kolam di seluruh malaysia hampir menggunakan umpan yang sama, yang membezakan adalah seting dan rencah sahaja. Jadi bagi saya tidak ada lagi istilah " Lain Padang,Lain Belalang ".
Namun begitu umpan yang paling mencabar bagi saya setakat ini, adalah umpan ikan tongsan liar, di mana terdapatnya empanga, lombong-lombong tinggal, lombong pecah, dan tasik. Kalau umpan seperti tempat-tempat tadi memang saya akui belum lagi menjumpai umpannya.
Maklumat yang saya kongsikan pada hari ini adalah berkaitan tentang umpan tongsan power kolam berbayar sahaja.
Sekian dulu artikel saya kali ini, diharapkan semoga artikel saya ini sedikit sebanyak dapat membantu kepada geng-geng pancing di malaysia, sekiranya ada silap dah salah dari saya harap dapat di maafkan, sekian terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)